Tuesday, December 29, 2015

Tesis vs Manusia



Lama betul tak update blog ni. Sayang kan kalau dibiarkan macamtu je. walaupun dia punya traffic nuffnang dah menurun. Tapi takpelah update jelah. Atleast jadi kenangan untuk diri aku sendiri. 

Benda yang bagi aku agak menarik nak ditulis. Semalam aku ada presentation untuk gantt chart. Budak master la katakan, bukan setakat presentation setiap 3 bulan, labwork hari-hari tau. Betapa penatnya kalau balik pukul 5.30 tu terus landing kat katil. 

Semalam satu benda aku terwonder lepas dihujani dengan banyak persoalan yang kritikal, bukan aku sorang, ada lagi bebudak yang lain. Barisan supervisor-supervisor ni Tanya soalan yang kritikal, sampai susah aku nak faham, semalam aku banyak kali tersalah jawab soalan diorang. Tanya lain, jawab lain. Tapi Alhamdulillah atleast aku clarify balik. Diorang tanya dan jawab dengan penuh kesabaran dan hikmah. Walaupun benda tu mungkin mudah atau baru bagi diorang, tapi soalan yang dilontarkan tak berbaur nak ‘bash’ atau nak attack presenter. Aku suka kredibiliti diorang ni. Atlast cakap camni lepas dah tengok aku stress, takpe tiap masalah ada penyelesaiannya. Siap bagi suggestion yang sangat membina dan naikkan semangat aku nak buat labwork lebih efficient lepas ni. Sebelum ni labwork aku macam berterabur sikit sebab kadang-kadang lupa nak jot (camne tah eja) down dalam logbook. Even supervisor aku pun membantu, Alhamdulillah. Hikmah ujian Allah uji dulu dengan supervisor yang Ya Rabbana perangai macam hape, at last Dia hadiahkan supervisor baru yang MasyaAllah baik giler. May Allah bless her =)

gambar takda kaitan, tapi community inilah sebagai wadah dakwah kt utm yang buat aku sedar usaha mengajak orang kepada kebaikan tu bukanlah susah mana, sebab ramai yang nak buat baik, cuma usaha kita je

So cerita dia, aku terfikir. Aku dalam ikram siswa ni coreteam je. Tapi rasanya banyak benda yang diorang push untuk fikir. Susah sangat nak solve apa-apa problem. Sampai aku fikir apalah jalan penyelesaian yang sepatutnya nak capai rahmatan lil alamin dan menuju kampus harmoni tu. haha ini wawasan ikram siswa tau, jangan main-main. Sampai satu masa (bukan satu je, banyak kali kot) tiap kali bebudak ikram siswa utm ni cakap and laungkan menuju kampus harmoni, aku akan tergelak. Dalam hati mampu ke nak capai kalau banyak benda tak setel. Ha yang tu tak nak cakap lah. Benda-benda yang dah dirancang pun susah terlaksana. Hoo kalau meeting pun tak kira dalam whatsapp ke meeting face to face ke, dahi kerut fikir masalah yang ada, macamna nak kasi settle. Nak kata tiap masalah ada penyelesaiannya pun tak sampai hati.

Nampak tak kat situ, betapa usaha nak mengislah masyarakat sekeliling dan membawa nilai-nilai Islam ke tengah masyarakat bukanlah satu benda yang semudah kita boleh jawab ‘tiap masalah ada penyelesaian’. Yang paling aku rasa tak suka and rasa nak keluar dari perjumpaan bila pencapaian diukur dengan KPI (key performance index). Sebabnya memang kalau difikir logic, bukan mudah nak capai semua benda tu. bukan mudah nak bina kefahaman dan membina individu. Kalau perjumpaan ke apa ada je yang cakap beremosi, sampai aku naik geram tau. Tapi sejam presentation semalam, it makes me wonder yang perkara ni bukanlah semudah tu. perlukan mujahadah dan kesabaran yang kuat. 

Reflek diri sendiri juga yang kadang-kadang merungut dan mungkin perasaan yang diluangkan untuk program dan meeting bukanlah lahir dari hati, tapi macam kena paksa. Okeh lepas ni kena ikhlas seikhlas-ikhlasnya, sebab orang lain pun ikhlas memikirkan sesuatu untuk menyebarkan nilai Islam yang bukanlah senang ni. Tak kisahlah kalau kadang-kadang ada ahli-ahli yang tak beri komitmen dengan baik, jangan dipersoalkan sangat ‘siapa’, tapi aku yakin kalau sama-sama bantu membantu, insyaallah boleh kehadapan sikit demi sikit. Wataa’wanu alal birru wattaqwa, wala taa’wanu alal ismi wal ‘udwan (Al-Maidah: 2).

:: 1 Jan ni birthday Dr Alina, so aku dengan labmate Ja Ming nak kasi hadiah kononnya. haha ::

Saturday, November 14, 2015

[HG Mockingjay Part 2]

::: Mocking jay Part 2 dah keluar :::

Apa la punya penantian. astaghfirullah

sebenarnya aku follow HG ni dari yang first lagi. sisa-sisa jahiliyyah masih melekat ni, haish

tapi entahlah aku rasa sepanjang aku follow ada jugak la ibrah dari cerita ni. dari segi ilmiah tu ada, yang pasti dalam ni ada banyak kata-kata and moment2 semangat untuk survive. so, orang yang tengok pun mungkin dapat jugak tempiasnya

kalau nak claim jahiliyyah tu, aku pun taktau nak cakap. haha

lagi satu benda aku wonder, gap masa mockingjay part 1 rasanya tak sampai setahun, pastu ni dah keluar yang part 2. cepat betul, taktau la cane dorang handle. and reflect dengan research and labwork aku, banyak lagi tak siap ni. haha apa la punya reflection. ni tengah takde idea langsung ni
so macam clithe and hambar je

okay ni tengah fikir nak ajak sape gi tengok cite ni.

Tuesday, October 20, 2015

Ujian Hebat untuk Orang Hebat

Huhu tiap kali aku ingat and go through balik dugaan-dugaan hidup, aku tak kan lupa sentence ni, yang satu hari dulu naqibah aku di UiTM Kak Aminah pernah bangkitkan balik semangat and positif dekat Allah.

Sekarang ni alhamdulillah sedang berjuang dengan research title master yang baru, Plant Molecular pasal Dna and protein. Actually jauh dalam hati aku nak buat master dalam Plant Biochemistry, sebab masa aku jadi RA dulu kerja-kerja ni lah aku buat. minat makin bertambah pulak. tapi disebabkan masalah dengan bos @ supervisor yang suruh aku sambung master under dia masa tu, aku jadi nak bertukar arah, dalam hati lantak lah dapat bidang apa pun, asalkan tak tengok dah supervisor aku tu. haha. betapa kerasnya hati aku masa tu, tapi ok lah atleast aku berpindah arah start all over again, bukan lari terus. and aku rasa supervisor aku tu lagi keras kepala kot.

keep calm, bismillah, jalan


Sekarang ni aku akan buat betul-betul, Allah dah bagi peluang kedua kan, harapnya aku cekal and mampu habiskan. aku anggap semua ni ujian Allah yang paling terbaik, untuk jadikan aku lebih dekat dengan Dia, lebih yakin pada kekuasaan Dia, lebih kental untuk hadapi cabaran-cabaran masa hadapan. disebabkan aku ni sukakan cabaran, so aku okay je and terima semua ni sebab Allah nak gandakan pahala aku. tapi cabaran paling tak suka, kena cakap kat depan. eh tetiba.

Pasal Plant Biochemistry tu, minat aku tak terpupus lah dan insyaAllah tak akan terhenti cewah. mungkin Phd nanti pulak kot kan boleh sambung bidang tu. tapi lepas kahwin lah (tah2 kahwin umur 30!). mungkin sambung kat UTM jugak, mungkin under Dr Zainul (kot) sebab aku tengok ilmu dia banyak kot. tengok acane, tah2 takde jodoh lagi dengan UTM.

huhu konklusinya, tak kiralah cabaran apa pun, sama ada cabaran dalam study, cabaran kewangan, family, kehidupan itu sendiri, semuanya dari Allah. semuanya berada along the path towards akhirat. di akhirat nanti ada lagi 2 cabaran, dan cabaran tu hanya boleh dijawab dengan amal-amal kita didunia. kalau kita respon baik dan positif dengan ujian yang Allah bagi ni, InsyaAllah semua tu menjadi bekalan amal yang memasukkan kita ke syurga.



Friday, April 3, 2015

H.D.A

Bismillah

Astaghfirullah rasa macam dah lama tak menulis this kind of thing. Pasal hati. pasal kembali pada Allah. pasal keterikatan dan pergantungan hati pada Allah. nampak tak yang sebenarnya kondisi aku dah kelaut. macam-macam berlaku sekarang, ujian Allah tak pernah sia-sia, ia datang untuk mendidik. positive positive (cakap senang) =='


H.D.A. What is that stands for?

Hubungan Dengan Allah

It's a very basic thing to ponder, but because its a basic, a pillar is needed to build something firm. disebabkan diri aku ni dah terlalu lemau, dah hanyut dengan benda yang kadang-kadang buat kita letak Allah kt ranking no 2. tu parah beb

tadi scroll down insta, terjumpa post dari seseorang (di masa silam erkk!), berbunyi begini


"Ya Allah jangan jadikan hatiku disibukkan dengan mencintai sesuatu yang selain mencintai diriMu."

Allah, masa baca tu, sentapnya tuh di sini (tunjuk hati toink3!). selama lemau lately, sebab aku sibukkan diri dengan fikir benda yang terus jauhkan aku dari Allah. nak tengok n nilai diri kita dah lalai n kelaut, tengok pada amal hari-hari kita, subuh pukul berapa, dalam seminggu buat qiam tak, alquran macamana, ma'thurat apa cerita. n yang paling boleh rasa, saat sesuatu benda yang mengusutkan jiwa menjengah dalam hidup, siapa dulu yang dicari? ke biarkan je diri terus hanyut n lalai. semua amal tunggang langgang.


sebab apa pentingnya amal ni. pernah someone cakap kt aku, iman tanpa amal, macam bangunan yang dibina dengan budget mahal, tapi takde lampu, aircond takde, apa pun tarak. tak berfungsi. terbengkalai. dengan amal-amal kita tiap hari, ia sebagai connection kita dengan Allah. inshaallah hubungan dengan Allah baik n improved. dari situ juga, iman akan bertambah. definisi IMAN ni aku baru betul-betul faham masa start join usrah di sarawak dulu, masa tu umur 19. iman ni maksudnya kita betul-betul YAKIN yang Allah tu ada, Allah tu berkuasa atas segalanya, segala yang Allah 'compose' dalam hidup kita, kita yakin itu yang terbaik dari Dia. if u are feeling down, Dia ada sebagai penolong, sebagai pemilik kekuatan, pemilik ketenangan. dengan beriman pada Allah, you have everything, even if everything has lost in you.


susah kan nak jaga semua ni. tambah-tambah komitmen kita makin bertambah, makin payah. amanah makin berat, hidup ini juga satu amanah dari Dia. ada seorang ni, dia cakap sifat dia suka barang branded. then terfikir, alangkah ruginya hidup kalau itu semua menjadi priority kita. ok taknak komen lelebih. yes, untuk memastikan kelangsungan hidup, kita kena cari duit. haha what is that mean?

saat kau jatuh terduduk, keep calm and eat breakfast lulzz



ini tak lain tak bukan untuk diri ini yang dah sangat jatuh (baca: down). lagi dah jatuh, ditimpa lagi tangga besi buruk berkarat sebab tersepak. itulah aku. aku dah tak jadi aku yang dulu. aku yang dulu semangat. aku yang dulu ceria. aku yang dulu lemah lembut (ok ini tipu). sekarang aku sedar aku makin kasar, cepat emosi, cepat marah. ujian yang hadir tu, aku belum mampu hadap dengan perisai yang kukuh, sebab tu jadi cenggitu. lihat aja post-post gua sebelum ni, nampak tak something wrong somewhere


ok last but not least. ini ayat-ayat yang aku belek-belek dalam notebook program, saaangat penting untuk kita faham kenapa bila down, lalai, jatuh tersadung, kena bangun balik. sebabnya RAHMAT (baca: kasih sayang) Allah tak pernah padam n tak pernah habis.


ali imran ayat 133-136

'dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.'

'iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.'

'dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.'

'balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya. dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.'

keep me in your Rahmat ya Allah T.T





Thursday, February 26, 2015

#reflection

Bosan la pulak asyik-asyik cakap pasal masalah. Cuba cakap benda yang gembira sikit, at least takde la dengar nada merungut yang annoying tu. Eh mana ada merungut!

Aah kan, manusia ni benda-benda yang payah, sedih, sakit otak, benda tu lah yang nak dikongsinya. Macam aku lah :)

tiba-tiba tadi teringat ayat 43 surah an-najm,

'Allah lah yang menjadikan kamu tertawa dan menangis.'

nampak tak permainannya di situ. If kita tahu kita sedih sebab Allah nak kita sedih, pastinya Allah nak tunjukkan sesuatu yang lebih baik pada kita. If Allah bagi kita gembira and ketawa berdekah-dekah pun, mesti dia nak kita mensyukuri nikmat Dia. Tak gitu.

sebelum tu, ayat 40, 'kamu akan dapat apa yang kamu usahakan.'

ayat ni aku yakin Allah bagi semangat untuk berusaha sebab Allah tahu potensi kita. Kalau tidak takdelah Allah bidas pada malaikat yang Dia lebih tahu masa Allah nak jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Kuatkan tekad, gengam bara api biar sampai jadi asap (eh?!) alhamdulillah, dapat dua reflections hari ni. Hati dilanda gelombang, chill jek lah :D

Tuesday, February 17, 2015

kerana akhirnya pasti menang

Allah...

harini usrah cerita berkisah tentang kematian shuyukh2 dan penggerak2 dalam menegakkan islam seperti TG Nik Aziz, Sh Jumuah Amin (Ikhwanul Muslimin Mesir) dan isu Anwar Ibrahim di tahanan penjara. Sosok-sosok ini adalah antara yang gigih berjuang menyebarkan fikrah islam agar ia tertegak di negara/dunia ini.

di pertengahan, murabbi baru aku, makcik nailah yang power dengan suka berfikirnya, menyoal,

Masa hidupnya atau adanya mereka-mereka ini berusaha menyampaikan kebenaran, Islam tu kadang2 dah nampak harapan untuk menang, tapi tiba cahaya kemenangan tu malap kembali. Sama lah jugak macam penggerak-penggerak sekarang berusaha menyusun strategi untuk memberi manfaat Islam tu pada orang lain, tapi kadang2 nampak sukses, tapi lama-lama jatuh perlahan-perlahan. Persoalannya, kenapa antum semua masih mahu berada teguh di jalan ini? Yakin ke Islam akan menang?

sudah..dah lama tak digertak dengan soalan serupa ini. Makcik nailah nak bagi as a homework, tapi pujuk punya pujuk, dia nak jugak bagi jawapan. tiap orang dah macam tunduk diam tak tau nak jawab macamana, ada yang cakap kita ni ibarat batu kerikil yang menyumbang jugak pada kemenangan tu, ada yang jawab, pemimpin mati, tapi yg tinggal adalah kepimpinannya.

Jawapan makcik,

yang membuatkan kita masih mahu berada di jalan dakwah dan tarbiah adalah sebab kita yakin islam pasti akan menang. Yakin dengan pertolongan Allah, bila datangnya pertolongan Dia, inshaAllah ramai akan cenderung kepada islam (an-nasr:1-2). Yakin lah akhirnya islam tu adalah sememangnya dari Allah dan pasti akan menang walaupun cahayanya cuba dimalapkan (saff : 8).

Sangat sentap. Masyarakat di luar sana memerlukan kita. Kita yang sedar ni kena sampaikan supaya tak dituntut di akhirat nanti. Masih banyak perlu ditingkatkan diri ini. Jangan lose hope bila jatuh, sebab kejatuhan tu mengajar banyak benda untuk bangkit semula.

moga tsabat inshaAllah :$


Thursday, February 12, 2015

rehat yang bagaimana?

lately there was many things i have to think about and unable to cater all over them. its been tiring, need some time to relax and roar. proposal + progress report + durian processing project (!!!)

 at some point, aku terfikir kalaulah kita kata kita perlukan rehat, apakah dunia ini hanya membutuhkan tenaga untuk bekerja, tiada masa untuk berehat even malam juga tidur lambat. Allah sendiri kata dalam Quran, siang untuk bekerja malam untuk berehat.

apakah Allah tak tahu kerja sangat banyak? kalau tak buat, tak productive hidup (katanya). then, terbaca dalam buku saksikan bahawa aku seorang muslim (Salim A Fillah), sahabat- sahabat dahulu waktu rehat mereka hanyalah didalam solat. Allahuakbar, memang menyentapkan. Allah jadikan kehidupan ini tidak sia-sia hanya untuk bekerja, dalam kepenatan, Allah beri solat untuk jiwa meraih ketenangan, dengan ketenangan, kepenatan hanya sekadar ketukan ringan, tapi solat mampu bagi kekuatan. begitu hebat penangan hamba yang hatinya berhubung dengan Sang Penciptanya.

everything is back to niat. kalau kita yakin Allah tempat mengadu kita, Allah adalah sumber ketenangan, Allah adalah Pemilik Kekuatan, segala penat hilang selepas solat. sangat amazing bila para sahabat menjadikan solat sebagai istirahat dan persinggahan utk menambah petrol, keimanan mereka terlalu hebat sebab mereka yakin Allah tak akan kecewakan penat lelah mereka. jadi, jom jadikan penat lelah kita kerana Allah.

there's one thing that worth to ponder, bila kita rasa tak ikhlas, malas, culas, resah tentang sesuatu benda yang kita buat, tengok balik niat awal kita. contohnya, susah payah tolong orang, kita rasa kehilangan benda yang telah kita berikan, adakah ketika tu niat kita betul-betul kerana Allah?

sangat berbaloi untuk kita muhasabah terutama kepada diri ini. syukurlah Allah masih memilih aku untuk ditarbiyah.

last quote >>>

terbaca kat facebook, tak rugi penat berkerja, asalkan bekerja dalam kebaikan - muharikah.


Of the Magnificent Tarbiyah

Actually this is the delayed post. Still, I want to post it out. Ehehe. Just like throwback, but meaningful on its content.
*
*
*
Aku sentiasa sedar bahawasanya lebih kurang 3 minggu lagi aku akan menamatkan zaman bujang, ehh, zaman belajar di UiTM Shah Alam & Perlis. Stay kat Perlis sejak 2011 dan final year kat Shah Alam sehingga lah sekarang. It’s been 3 years. Banyak yang aku dapat baik yang manis mahupun yang buruk. Tapi kedua-duanya akan menjadi memori supaya boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran.
Perkara manis yang aku dapat di sini tak terhitung banyaknya, aku akui itu. tapi sebanyak-banyak kemanisan tu boleh dirangkumkan dalam hanya satu perkataan.

TARBIYAH.

Tarbiyah maksudnya pendidikan. Aku bermula ketika belajar di UiTM Sarawak sehingga lah sambung degree kat Shah Alam/Perlis. Tingkatan tarbiyah yang aku dapat berbeza sangat, tapi menghidupkan. Daripada menjadi mutarabbi (adik usrah) hingga lah diberi amanah untuk pikul tugas dakwah. Dan sepanjang perjalanan merentasi setiap tingkatan tu adalah tarbiyah. Even kalau tidak menjadi murabbi (bawa adik usrah) sekalipun, tarbiyah tetap berjalan.

Aku percaya level tarbiyah bagi setiap tingkatan berbeza. Atau dalam kata lain, jenis ujian. Jika sebagai mutarabbi, kita harus memikirkan tentang bagaimana untuk istiqamah, bagaimana untuk mantapkan iman dan mungkin juga diuji dengan ukhuwah. Jika bergelar murabbi pula, ujiannya aku kira lebih getir. Harus memikirkan bagaimana untuk dakwah fardiah (dakwah individu) adik-adik, kawan-kawan hatta keluarga. Kalau dengan keluarga, mungkin payahnya hanya kita saja yang tahu. Tapi takpa, Rasulullah sendiri ditentang oleh kaum keluarganya, tapi Baginda tetap terus menyampaikan biarpun dibaling najis di tengkuk dan melepaskan bapa saudara sendiri dalam keadaan tidak Islam. Jika dengan adik-adik, semestinya kita berkorban dengan masa, wang dan studi sendiri. Bahkan perlu berperang dengan emosi bila respon mereka mengecewakan. Sebagai seorang daie (penyeru) juga perlu sangat menarik-narik hati dengan hawa nafsu terhadap jahiliyyah yang datang mahupun membuang yang sedia ada dalam diri. Supaya tidak dituntut di akhirat kelak (As-Saff:2).




Tapi tarbiyah mampu mengatasi ujian itu. Apabila memahami bahawa pertolongan Allah sangat dekat, Allah Maha Mengetahui dan Berkuasa di sebalik segala yang berlaku, segala langkah penyelesaian semua kita akan berbalik pada Dia. Jika dulu hanya tahu menyalahkan orang lain bila ditimpa musibah, hanya memikirkan untuk marah, hanya mahu melepaskan stress dengan tengok wayang, movie marathon bahkan soal hubungan dengan manusia juga, tarbiyah mendidik bahawa ukhuwah adalah cabang kepada iman. Didatangkan sahabat-sahabat yang menyokong dan saling menasihat, sungguh ia adalah tarbiyah yang menguatkan. Belajar erti mujahadah dan berkorban demi redha Allah melalui sejarah Rasullulah dan para sahabat. Tarbiyah mengajar untuk terus bina kekuatan dariNya hanya kerana syurgaNya mahal untuk dijejak oleh orang yang bersenang-lenang di dunia. Dan dakwah itu diperkuatkan oleh tarbiyah. Memikul tugas dakwah bukanlah sesuatu yang terlintas di akal fikiran pada awal permulaan. Tapi, ia sememangnya amanah Allah kepada kita yang sudah dapat dan disampaikan seruanNya. 

‘Katakanlah (Muhammad), “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.” (Yusuf: 108)


Ujian sepanjang perjalanan mendidik jiwa supaya tetap dan tsabat menakhluk hati manusia dan membebaskan manusia dari jahiliyah. Teguh jiwa membawa risalah dakwah mengajak  manusia kepada Allah. Jalan ini tak akan pernah dibentang karpet merah, mungkin akan berjumpa atau terpijak duri dalam perjalanan, tapi di hadapan pasti indah Allah janjikan. Jatuh terjelepok tu memang akan berlaku, aku juga pernah mengalami. Seperti hilang arah, disebabkan kekurangan diri. Tapi sekali lagi, tarbiyah menyelamatkan. Dakwah dan tarbiyah itu adalah penyelamat sebenarnya (Idad Murabbi). Jika kita keluar darinya, ia tidak pernah rugi bahkan terus berjalan, sebab Allah sebutkan dalam Alquran, Allah mampu gantikan orang yang lebih baik untuk mentadbir bumi ini. Kalau aku putus asa, aku yang rugi dan mungkin akan tenggelam semula dengan jahiliyah. Dakwah dan tarbiyah tu mampu menghidupkan kerana umat yang berjuang untuk redhaNya tidak akan mati, bahkan kita akan berjaya sebab sebaik-baik dakwah dan tarbiyah itu adalah celupan Allah (Baqarah: 138) dan tak syak lagi adalah pertolongan dari Allah (Muhammad: 7).


Untuk ummah yang sedang tenat sekarang, kita sangat perlu kepada tarbiyah dan Islam tu sendiri dan menggunakan kesan tarbiyah sebagai bekal untuk membantu membina iman orang lain dan bekerja bersungguh-sungguh biarpun dengan jiwa kerana ruh yang menggerakkan kapal dakwah tu. Aku harap selepas habis belajar, aku mampu untuk terus berasa di landasan ni. Mohonlah agar Allah sentiasa nak mentarbiyah kita, tak biarkan kita leka dengan dunia hingga hati kita jadi keras dan susah untuk berbalik semula.

Saturday, February 7, 2015

kembali dengan jiwa sejahtera

diuji dengan sakit dan penyakit bukanlah perkara malang
kerana telah tertulis Allah buatmu menangis atau ketawa
kerana iman itu adalah perasaan, jika ia kukuh,
pastinya jiwamu tenang dan kuat
sebab kau tahu Allah sangat dekat dari urat nadi
mustahil Dia beri ujian untuk kesengsaraan
Dia mahu uji tahap kebergantunganmu padaNya
sungguh ujian itu dari Dia, Dia tahu kenapa diberikan padamu
maka berbalikkanlah ujian kepadaNya, agar Dia memberi tenang damai
kerana pada akhirnya kepada Dia kau akan kembali
tidak mahukah kau kembali dgn jiwa sejahtera?

orang kata sakit itu kifarah dosa-dosa lampau, atau hilanglah nikmat sihat menjalani kehidupan. hakikatnya, apabila merasai keperitannya, sakit dan penyakit boleh bertukar menjadi nikmat yang manis. sebab apa? sebab ia mengingatkan kita yang sudah jauh meninggalkan Allah di belakang. solat kita, doa kita, amal kita selama ini bagaimana? bukankah sepatutnya ia lebih merapatkan kita dengan Allah kerana dikerjakan hari-hari? atau hanya menganggap semua itu sekadar ritual harian. Allah menimpakan apa saja kesusahan yang membuatkan hati kita mencari siapa yang boleh kita tak payah mengeluarkan suara untuk bercakap, untuk meminta tolong, tapi Dia yang pertama muncul dalam jiwa sanubari kita, sebab Dia sangat dekat dengan pertolonganNya. Dia beri peluang pada kita yang lalai ni dengan menguji tahap ketawakkalan kita pada Dia. Allah, aku sangat merasai keberadaanMu saat aku kesakitan, saat aku diuji dengan kerisauan, saat zahir aku lemah, namun Kau ada dalam hati aku menguatkan batinku.

sesungguhnya tiada yang lain sebagai cinta teratas.

Friday, February 6, 2015

debu berterbangan

today's jumuah barakah! alhamdulillah setel tak kahfi harini? johor cuti, so takde alasan skip kahfi okies ^^,

harini Allah peringatkan aku something simple and sentap. pasal amalan baik yang terhapus dengan sekelip mata disebabkan kesilapan, dosa yang nampak kecil tapi macam fireshooter boleh memadam api yang marak. hilang, bagai debu berterbangan.

i did commited a thing that has wronged myself. feel very bad, syukurlah dengan lintasan hati yang Allah bagi, i could realize and akan cuba beware in the future.

hari-hari kita sentiasa diberi peluang untuk beramal and buat amalan-amalan baik macam baca quran, zikir, tolong orang even solat and doa tu sendiri, tapi tanpa kita sedar, kita belum cukup mujahadah lawan diri dari buat dosa. dan tanpa disedari amalan-amalan baik lain semua punah ranah macam tu je. macam Allah sebut dalam surah furqan ayat 23,

'dan Kami akan perlihatkan amalan-amalan yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amalan itu bagai debu yang berterbangan.'

Allah, sangat rugi. Alhamdulillah, Allah masih pilih aku untuk diberi tarbiyah ini, kalau tidak, memang sedar langsung. lagi satu, amalan baik kita boleh terhapus kalau tanpa ikhlas dan amal kebaikan yang mereka lakukan tidak di atas dasar keimanan yang mengaitkan hati dengan Allah. Allahukbar, sentap lagi.

jadi, perhatikanlah niat kita, audit amal kita sama ada matlamat kita Allah atau manusia. kita tak tahu mana satu amal kita Allah terima, tapi pastinya kita nak Allah terima semua amal baik kita. but dun worry, InshaAllah Dia bagi peluang lagi,

'dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji dan menzalimi diri sendiri, segera mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi dapat mengampuni selain Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. balasan bagi mereka ialah keampunan dari Allah dan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya. dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.' (ali imran: 135-136)

see, substitute dosa tu balik dengan bertaubat and beramal lagi, bukanke amalan baik tu boleh menghapus amalan tak baik? hihi. Allah siap sebutkan syurga, jadi bukanlah calang-calang orang boleh masuk, pastinya kita perlu perhatikan amal-amal kita walaupun nampak remeh. tapi, paling takut sekali, amal banyak, tapi Allah tak redha. hmm

moga kita bisa terus beramal dengan faham dan ikhlas. muhasabah untuk diri sendiri :D

Tuesday, February 3, 2015

first struggle is against our own ego

masa solat tadi (err solat khusyuk tak??) terlintas lately banyak benda yang aku like sengaja buat yang benda tu melalaikan aku dari mengingati Allah and seolah-olah its took a toll on me when aku boleh terfikir that thing was salah, tapi still tak boleh lawan nafsu.

baru-baru ni dapat forwarded message kat whatsapp tentang input from Dr Tareq Ramadhan's talk. 

'why do we pray? to resist our own forgetfullness. it is personal jihad to our own ego. first struggle is against our own ego.'

before ni pernah lah dengar pengisian pasal jihad dalam usul 20 (Hasan albana). tiada jihad tanpa pengorbanan, hidup ni adalah satu jihad yang paling besar, and ia memberi impak yang sangat besar dalam hidup kalau kita gagal or success in jihad. fundamentally, we need to sacrifice first in order to do jihad (indirectly).

sacrifice feeling towards worldly things, anything yang boleh buat kita rakus dengan dunia dan perkara yang melalaikan dari Allah. that is NAFSU. 

back to the first, aku terfikir, jika Allah kehendakkan kebaikan pada seseorang, Dia akan beri kefahaman. so tetiba jadi loser sangat, sedih down and rasa tak guna. menyoal diri sendiri, Allah memang tak nak bagi kebaikan ke kat aku? kenapa dia biar aku lalai and buat benda yang lagha? aku nak jadi orang hebat in dakwah dan tarbiyah, tapi kenapa aku terjebak dalam kancah kelalaian? memang Allah tak nak aku being in this way or what?

astaghfirullah. syaitan kalau mencucuk, bukan main lagi sampai ke akar urat dia masuk. damn betol

then i was like, why i must blamed Allah for the thing that aku sendiri boleh jihad untuk lawan? Allah sendiri kata, Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya, akan tetapi, hamba-hambaNya yang selalu menzalimi diri mereka sendiri. (Surah Yunus: 44). so aku ni tak cukup berkorban, berkorban perasaan untuk avoid perkara-perkara yang aku kesalkan tu ha.

nabi yunus yang terperangkap dalam perut ikan nun pun menyalahkan diri sendiri.
'Tidak ada Tuhan Selain Engkau. Maha suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.' (Al-Anbiya: 87)


so, memang salah aku pun kalau lalai, bukan kononnya Allah tak kehendakkan kebaikan untuk kita. banyak nikmat-nikmat Allah terbentang yang kita nampak and tak nampak depan kita, yang tersirat dan tersurat, tapi kenapa tak reflect benda tu dulu, kenapa mesti persoalkan tindakan Allah tu salah pada kita. kalau ingat nikmat yang ada, Allah akan tambah lagi means Dia boleh tambahkan kebaikan yang kita nak sangat tu (bukan sahaja harta okay).

all in all, susah sebenarnya nak tahan nafsu ni. makhluk yang tersembunyi dalam diri kita. eventhough kita tewas sekalipun, Allah tetapkan izinkan keburukan berlaku, tapi adakah Allah redha? pastinya tidak. lastly, a familiar quote has saying, 

"if Allah brought you to it, He will brought you through it. just have faith in Allah and remember Him when it comes to forgetting Him, so then heart become peaceful." Nice, rite?

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com