Monday, July 7, 2014

sedekah: folding up, up and up


Banyakkan memberi sedekah.

Memetik buku 'Happy Ending Full Barokah, Apa Pun Peran Kita, Surga Obsesinya', tulisan Solikhin Abu Izzuddin, beliau mengutarakan suatu pandangan yang unik, tapi benar.


Tentang konsep 'Logika Terbalik, Kebahagiaan Terbalik'.


Jika kita memperhatikan bagaimana dunia ini berputar, kita akan dapati bahawa dunia ini memang tidak mengikuti logik. Bagaimana kita hidup untuk mati, bersusah untuk senang, orang yang hidupnya sulit selalunya kreatif; dan sebagainya.


Semua itu akan dapat dilihat hanya dengan mengubah cara pandang kita terhadap sesuatu perkara. Memandang dengan mata hati dan mata visi.


Logika infak, memberi malah bertambah. Memberi tidak mengurangi, malah menambah. Seperti membuka kedai, jika dilihat dari luarnya, banyak harta dikeluarkan untuk modal, tetapi semakin besar kedai dibuka, semakin banyak debit duit mengalir masuk.


Keluar harta tidak berkurang atau habis. Sedangkan logiknya habis.

Dan jikalau ia berkurang pun, nilai duit/saham kita di akhirat ia bertambah. Perlu ingat, harta itu bukan milik kita. Kita lahir zero, tak punya apa-apa. Kita mati pun zero. Maka, dengan cara memberi harta yang Allah pinjamkan itulah kita punya harta di sana. Jika tidak, sampai ke akhirat kita tidak punya apa-apa.


Benarlah, semakin memberi semakin kaya.


Amalan sedekah bukanlah hanya dilakukan semasa bulan Ramadan. Tetapi kita sendiri maklum betapa amalan sedekah dilipat gandakan pahalanya semasa bulan ini. Maka, janganlah lepaskan peluang yang terbaik untuk mengejar kebaikan (
فاستبقوا الخيرات).

Jadi, mulai dari saat ini, mari persiapkan harta. Jadikan Ramadan 1435H ini sebagai 'kick-start' kita. Tanamkan semangat untuk memberi kepada mereka yang meminta mahupun tidak. Dan yang lebih penting, semoga amalan yang dilakukan ini dapat dilazimi sehinggalah akhir Ramadan dan selepasnya, ke tahun-tahun yang berikutnya, sehingga menjadi sebati dalam diri. Demi redha Tuhan.
 
---> 51:19

c&p from Kelab IKRAM Mesir

Monday, June 23, 2014

#Roadtoramadhan

Knock knock knock

Sape tu?

Ramadhan.

6 kali dia ketuk. Dan ketukan itu akan berkurangan lepas ini malah semakin kuat gemanya tanda dia juga eksaited.

Photo: [6 hari menuju Ramadan]

Ya Ramadan...
Yang tahu pasti persiapkan diri
Yang rindu pasti tak sabar menanti
Kerna hadirnya hanya setahun sekali

Ya Ramadan...
Keindahan yang tiada tara
Kemuliaanya tak habis dibicara
Penuh limpahan maghfirah buat hambaNya

Ya Ramadan...
Rindu aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan yang padanya keberkatan

Ya Allah...
Tolong sampaikan Hajatku
Untuk berpanjangan Nafasku 
Hingga pengakhirannya untukku

#RinduRamadan #Rindu #AKUdanRamadhan #MenujuRedhaNya

Menunggu tempoh 6 hari ni, carilah bekas-bekas untuk dibawah menadah bekalan semasa Ramadhan nanti.

Latih diri tilawah Al-quran setiap hari tak tinggal. Zikir dan istighfar di kala diri tak lekang dengan dosa. Didik diri solat di awal waktu dan tingkatkan tahap khusyuk dalam solat. Cuba bangun malam agar hati lentur lembut dan mudah terbiasa untuk bangun semasa Ramadhan nanti. Latih diri bersedeqah walaupun sedikit, dengan hati yang ikhlas keranaNya, bukan dengan tangan. Pupuk hati agar sentiasa melihat kebaikan pada diri orang lain dan berlapang dada memohon dan memaafkan. Ikhlaskan jiwa merendah diri di hadapan Allah agar terhindar sifat u'jub dan takbur.

Supaya kehangatan beramal dan beribadah padaNya kita tak lekok dan cepat terbiasa.

Supaya kita rasa nikmat berduaan dengan Allah pada Ramadhan nanti. InshaAllah.

Kalau boleh nak ambil kebaikan Ramadhan tu dari awal. InshaAllah.

Bukankah Allah janjikan keampunan untuk dosa-dosa terdahulu jika kita berkira-kira mengejar pahala Ramadhan?

Siapa tak nak kan? Rugi yang pandang sebelah mata je.

Semoga 6 days road to Ramadhan, sempat untuk kita.

Allahumma ballighna Ramadhan. YOSH!


Encouragement for myself though.



Sunday, June 22, 2014

3 am


It’s 3 am. Masih berpusing-pusing memikirkan sesuatu. Menunggu jawapan. Mencari kekuatan. Mengakui kekurangan diri di hadapanNya. It’s hurts. Really hurts.

Memadam memori, bukan mudah. Tapi ia bukanlah terlalu sesuatu pun. Cuba memujuk diri. Ia baru bermula sebenarnya. 

Segalanya di tangan Allah.

Oh Allah, why this tearsssss come streaming my face again and again and again only for the uncertain thing???
.
.

Why must I suffer when come to lose it??
.
.
.
.
Because, too many uncertain things in this world. You don’t have to find it, just try harder to go through it. Even you are too in love with.
.
.
Please, only Allah must be the first. How can I throw myself into the worldly matter, while I put Allah aside?

Saturday, June 21, 2014

An adult


Leka bersembang dengan Mahmudah, usrahmate aku. Tiba-tiba masuk bab tolong mak masak masak kat rumah. Hehe. Ceritanya macam ni,

Kalau dulu masa muda-muda, takde lah ada hati sangat nak pergi dapur untuk tolong mak masak kan, nak tolong potong pun ke laut la. Tolong basuh pinggang untuk semua orang tu adalah kot hati perut nak buat. Bila makin lama dalam lingkungan tarbiyah, dan usia pun makin meningkat yang ke 20++ err?, ada rasa jugaklah nak masak, nak kemas dapur, nak susun-susun makanan atas meja, cuci bilik air, kemas ruang tamu, tak bazir letrik, macam-macamlah. Acah-acah orang dah besar lah, dah boleh fikir mana baik buruk kononnya.


Mudah.Wani.KakMinah.KakLong. Semalam punya cerita. Nur takde dalam gambar.


Usia dan tarbiyah itu mematangkan.

Bukan usia saja mematangkan, tapi tarbiyah juga jadi penyebab kematangan. Mungkin di awal peringkat join tarbiyah dulu, kita mudah terasa dengan sindiran kawan-kawan, merungut bila ada masalah, cepat marah dan mungkin tak rela dipaksa untuk datang usrah dan daurah.

Tapi dengan tarbiyah, hasil mujahadah demi redha Allah, kita berjaya mengikis sikit demi sikit semua sifat tu. Bahkan yang menarik, aku baru terfikir, kematangan hasil tarbiyah ni manfaatnya untuk orang lain juga. Berbeza mungkin dengan usia, ia hanya untuk diri sendiri saja. Dengan tarbiyah, kita jadi lebih berlapang dada menghadapi konflik ukhuwah, cepat berbalik pada Allah jika ditimpa masalah bukan menyalahkan orang lain. Boleh jadi juga akhlak sebagai daie akan bertambah mantap dan menjadikan dakwah lebih muntij. Harap-harapnya macam tu lah.

Allah tak melihat amal berapa lama kita hidup di dunia, tapi Allah melihat kesan tarbiyah dalam diri kita. Adakah ia membangkitkan iman, atau kita juga hanyut. Haih.

Semoga terus berusaha mengejar keretapi dakwah dan tarbiyah, supaya kita lebih dewasa dan untung dengannya. InshaAllah. 

"Sunnatullah terhadap semua makhluk terus berjalan. Sesiapa yang berpaling dari jalan mulia ini, ia tetap terus berjalan tanpa henti, tidak menghiraukannya. Allah akan memberi hidayah pada kaum yang lain pula untuk menyerlahkan kekuasaan dan merealisasikan sunnahNya ini" (Hanya Gerhana, Bukan Terbenamnya Matahari, Muntalaq)

*Sedih semalam kak aminah belanja makan, sedih nak tinggalkan diorang. Sedih sedih! Mereka banyak mengajar aku.

Friday, June 20, 2014

Pre-Ramadhan


Lagi 10 hari tetamu agung akan tiba. Rasa eksaited tak? Saya sangat eksaited. Sebab apa eksaited? Sebab bulan yang dinanti-nanti akan datang. Bulan yang Allah sediakan ganjaran yang osem berlipat-lipat ganda. Hanya orang yang mendengar saja lah yang beria menerima berita ini dan menyahut seruan Allah (Al-An’am:36). Okay ayat ni sangat sentap.


Kita pelik dan tengok saje kenapa orang gumbira benar bila Ramadhan nak dekat, padahal Ramadhan tu puasa macam biasa je lah. Malam ada solat sunat trawih, buka puasa, sahur dan bazaar Ramadhan. Err


Allah wahyukan pada Rasulullah melalui Jibril tentang istimewanya Ramadhan ni. Ramadhan ni satu-satu anugerah Allah yang Dia janjikan pahala yang berganda bahkan boleh menghapuskan dosa-dosa kita terdahulu yang tak terhitung tu. Allah tak ada pula menceritakan ganjaran pada bulan-bulan lain setanding dengan ganjaran bulan Ramadhan. 


Antara hadis sahih riwayat Bukhari & Muslim:

‘Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.’

‘Barangsiapa yang membangunkan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.’

 Dua hadis ni cukup menerangkan tentang keistimewaan Ramadhan itu sendiri. Dosa-dosa kita yang dulu-dulu diampuni oleh Allah jika kita berpuasa seluruhnya keranaNya. Hadis kedua juga disebutkan seruan Allah untuk menghidupkan Ramadhan, iaitu dengan ibadah ikhlas untuk meraih keampunan dan redhaNya semata, so baru boleh terhapus dosa-dosa kita, dengan kehendak Allah inshaAllah. Itulah yang dimaksudkan dengan berkira-kira yang disebutkan dalam hadis di atas. Kata kuncinya adalah keranaNya dan ikhlas, serta menghitung amalan-amalan  (Apa lagi yang aku tak buat?) dalam bulan ramadhan semata-mata untuk penyucian diri.


                                       Hendak tidak hendak, kena go jugak. Ewahh

Jadi amatlah penting untuk kita fokus semaksimum mungkin pada bulan ni. Tak kira sesibuk mana kita, berilah penumpuan extra dalam ibadah di bulan ramadhan ni sebab ia merupakan refleksi untuk bulan-bulan lain. Bak kata naqibah saya, Ramadhan ni macam kursus, tempat kita melatih diri untuk performance kita pada masa depan atau masa bekerja nanti. See?


Jadi, sebab itulah Ramadhan itu dinanti-nanti kalau kita memahami apa yang Allah janjikan. Panaskan engine kita dari sekarang, praktis diri untuk bangun malam dan bina momentum dengan mendekatkan diri dengan Allah. Supaya nanti hari pertama Ramadhan kita menjadi hambaNya yang bersedia menyahut ganjaranNya. Supaya Umphh Ramadhan cepat melekat dalam jiwa kita berbanding tahun-tahun lepas, di mana kadang-kadang lambat feel tu nak datang kan haha. Buat planning dan target apa yang nak dicapai Ramadhan ni. 


‘Aku nak jaga hati aku. Nak jaga amalan supaya aku lebih dekat dengan Allah. Rugi kalau Ramadhan aku sama je macam tahun-tahun lepas. Banyak yang aku hambarkan. Maka keluar Ramadhan pun hambar je. Aku nak berbakti pada keluarga dengan masak juadah berbuka (Ehh! Mampu ke?) dan nak sedeqah time pergi solat tarawih and mesti singgah bazaar (untuk bagi kat jiran ke kengkawan makan err). aku nak khatam and tadabbur Quran blablabla...’
Tu contoh target la. Tapi rasanya korang punya target mesti lagi bombastic.


Tinggalkanlah dulu planning nak beli baju raya yang dijual kat beratus-ratus page Instagram. Baju raya kita beria fikir, macam ni ke kita sahut kebaikan yang Allah nak bagi? Nanges T_T. Beria kita tu belum tentu lagi umur kita akan sampai ke Ramadhan tahun ini.


JOM! Kita panaskan engine kita, ikat tali kasut kemas-kemas, tunjukkan beria-ria kita tu dengan persiapkan ruh, jiwa even masa sekalipun untuk Ramadhan.


Jadi, bersediakah kita untuk 'berkira-kira'? If you know what I mean. Allahumma ballighna Ramadhan.


*Actually baru usrah tadi. Tugasan tafsir surah al-Qadr. Memang kena lah kan. Naqibah pun banyak bincangkan pasal Ramadhan. Aku pun terbangkit dari lena, ‘Ehh aku wat lek wat cool je ramadhan nak dekat dah woi.’

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com