Saturday, October 22, 2016

Satu Peluang Lagi

Maafkan aku kesilapan aku
Halusnya hatimu aku tersentuh
Telah kau berikan segala yang kau punya
Demi membahagiakan aku yang hina
Segala dukamu segala tangismu
Akan ku tebus seumur hidupku
Sedalam-dalamnya aku menyesali
Terimalah aku kembali
Kerana engkau yang ku cinta
Pertama hingga ke akhirnya
Maafkan kerana pernah meluka
Beri aku satu peluang lagi

Wednesday, October 12, 2016

sekadar mimpi

Berangan bermimpi berfantasi
Bercinta denganmu saban hari
Rahsia ini kutimbuskan dalam hati

Dicintaimu tak mungkin jadi kenyataan
Kehadiranku tak terlihat olehmu
Tersisih jiwa terguris luka
Kubendung segala hampa

Merindu menanti dalam sepi
Mengharap sesuatu yang tak pasti
Rahsia ini kutimbuskan dalam hati

Pintu terbuka namun tak pernah kau singgah
Apakan daya cinta yang kuingin
Hanyalah sekadar mimpi
Hanya mimpi
Tinggal mimpi
Kusendiri
😒

Sunday, October 9, 2016

Apa yang pasti dalam hidup ni?

Oh today was a bit tired,

Staying in lab from early in the morning until 5.30 eventhough today is saturday. Yes as of now i am going to lab everyday without skip even one day. Bagus tak? Penat dia tu tak terbayang, balik je bilik akan terus landing, sekarang je rasa macam nak scroll facebook n internet tengok update terkini. 

Then, buka blog ternampak traffic, oh ada juga orang view latest post. Hmm bila fikir balik, ya Allah latest post aku merepek je, macam tak de manfaat pun untuk bacaan awam. Padahal blog ni bacaan umum. Astaghfirullah, sesuatu perbuatan yang  sia-sia tak akan memberi makna pada orang lain. Apatah lagi nak dapatkan kerelaan (baca: redha) Allah. Huhu okay lepasni akan cuba update sesuatu yang bersifat umum & ada manfaatnya.

Okay. Semalam ada lepak-lepak tarbawi sikit. 

Kisahnya, aku dengan kawan ni sembang pasal segala yang berlaku dalam hidup ni pernah ke kita tahu benda tu akan terjadi sebelum ia terjadi? Ok jangan pening. Contohnya, kita tak tahu kan kemalangan akan berlaku kat simpang jalan sejam sebelum tu. Semuanya di luar pengetahuan kita. Pengetahuan kita sangatlah terbatas. Kadang-kadang kita menyesal kalau sesuatu terjadi dalam hidup kita sebab kita tak buat precaution lah, kalaulah buat camni camtu, mesti tak jadi camni. 

Nak cerita pengajaran yg aku boleh conclude disini, hidup kita ni banyak uncertainties. Tiada apa yang pasti, kecuali mati. Kita cenderung untuk berharap & yakin, sampai kita lupa kita tak tahu pun apa natijahnya. Kita seolah-olah yakin segalanya pasti. Contohnya, kita tahu kita akan dapat gaji pada sekian2 tarikh, tapi tiba-tiba ada musibah, gaji dapat tapi kita tak dapat selesaikan urusan tertentu ikut ketetapan waktu. So apa cerita dia ni?

Konsepnya mudah. Tawakal & cuba jalani kehidupan dengan tertib. Tertib tu macammana? Bukan tertib rukun wudhuk tau. Bertenang, jangan menggelabah. Jangan terlalu resah & risau dengan ketidakpastian. Semua orang pun mengalami. Setiap ketidakpastian tu atas keizinan Allah & aku yakin Dia pasti ada sesuatu nak diajarkan pada kita. Setiap yang berlaku pasti, ya pasti ada hikmah. Allah tak akan izinkan & redhakan sesuatu untuk berlaku kecuali kalau ada hikmah. Betullah bila kita baca kisah-kisah sahabat, kisah Nabi dalam alquran. Kadang-kadang kita tengok Nabi juga diuji, sedangkan dia Nabi. Ya, hikmah kisah-kisah dalam Alquran tu Allah nak tunjukkan pada kita.

Aku takut kalau aku mati sorang-sorang. Orang tak tahu pasal kematian aku. Sebelum mati tu aku berfikir tentang dunia yang seolah-olah aku bimbang kalau aku terlepas nikmatnya. Ya, kita risau kan pasal kematian kita. Walaupun mati adalah pasti, yang tak pastinya pendirian kita. Kita mungkin rasa kita akan mati di hujung umur 60, tapi hakikatnya lebih awal. Macammana nak 'tertib' sebelum menghadapi kematian? Jawapannya, bertenang, bersabar, jangan risau tentang bila Allah akan tarik nyawa kita. Tapi risaulah bila kita nak tunaikan hak-hak Allah. Aku kesal kalau aku teringat benda2 aku rasa ia boleh menggembirakan, tapi sebenarnya ia buat aku lalai lada Allah. Allahu

Contoh lagi, bila kita mencintai seseorang, tak pasti lagi kita akan memiliki dia. Yakin & percayalah Allah akan bagi cinta yang terbaik untuk kita cintai. Walaupun kita risau kehilangan dia, walaupun kita risau dia tak tahu, tapi kena yakin cinta yang sia-sia adalah cinta bukan keranaNya. Allah lebih tahu, jadi Allah lah yang menetapkannya. 

Okay panjang pulak. Dah akhir-akhir master aku ni, makin banyak pula aku diuji, master terasa lebih susah berbanding permulaan. Tapi Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ―Ω„Ω„Ω‡, kadang2 Allah selitkan dengan sesuatu untuk ajar aku hikmah & jadi lebih kuat. 

🌼🌼🌼

Monday, October 3, 2016

A wake up call October

Dah 3 oktober, esok dah 4 oktober. Gila la masa berputar pantas betul. Aku perasan post 2016 ni banyak plak berbanding tahun-tahun sebelum. Haha banyak sangat kot benda berlaku, then blog je lah tempat karang ayat. Takdelah, sebenarnya aku nak simpan koleksi-koleksi post-post ni. Sama ada post aku tu merepek or tak perlu dipost pun. Tapi okaylah kan nanti dah tua boleh tengok baru betapa haru biru jugak hidup ni dulu.

Sebenarnya kalau hidup ni asyik smooth je, kita tak kan ada peluang nak jadi seorang yang kuat, diplomasi, toleransi dengan orang lain, considerate etc. betul tak? Haha. Bila menghadapi sesuatu situasi, macam-macam situasi sama ada perkara yang menjahanamkan diri kita atau life sucks (hahahahahaha! jaga mulut tu sikit). Sebab kita boleh belajar meletakkan diri kita dalam kasut orang lain. Tapi not every situation pun kena tolerate or considerate. Ikut atas orang jugak, kadang-kadang orang sombong, tak hargai kebaikan orang lain. Boleh pergi mati orang camni. Excuse my words

Budak-budak lab aku antara orang yang cakap aku ni baik. Sampai ada yang tiap kali makan je belanja, pape semua refer aku. Padahal aku tak pernah belanja dorang pun haha. Entahlah aku jahat lah in real. Haha. Hipokrit tahap 90000. semua orang ada hak dilayan baik, tapi sama ada kita hargai atau karma yang menjemput. Kebaikan yang kita beri pada orang sekeliling bukanlah utk kepentingan kita. Memikirkan mungkin orang lain juga ada kebaikan yang lebih besar dari yang dapat kita beri, maka rugilah kalau lepaskan. 



Haritu berbual dengan sorang makcik cleaner kat fakulti aku, ada makcik cleaner sorang lagi tengah bising sebab panas dengan student phd ni yg lantak dia pijak lantai masa dia tengah mop, taktahu lah mungkin phd tu buat mata buta kot 😏 Pastu makcik yang borak ngan aku tu cakaplah pasal kebaikan sesama manusia ni. Dia cakap la kebaikan yang kita tunjukkan secara tidal langsung kepada orang sekeliling ni memaparkan macammana kebaikan yang dalam hati kita. Aku rephrase ayat makcik tu. Contohnya, kalau kita marah kat orang sampai lebih2 macam nak ajak gaduh, agak-agak dalam hati kita tu ada sabar tak. Giteww lah. Then aku pun terfikir, kebaikan yang kita paparkan kepada orang lain, menandakan sejauh mana kita memberi kebaikan pada diri kita sendiri. Bagaimana kita menaikkan nilai diri kita di sisi masyarakat, apatah lagi di sisi Allah. Aku mengaku aku pun tak baik mana, semua orang pun ada kelemahan dan buat salah. 

Tapi, jangan sampai terfikir untuk merendahkan orang lain. Rendah hati tu lagi baik daripada tingginya ilmu. Ilmu yang tinggi tapi tak bermanfaat & tak menjadikan akhlak kita baik, tak guna juga. Analoginya mudah, kita tak sempurna & tak mampu selesaikan semua benda seorang diri. Macam jari-jari kita ada 5 kan, kalau ikut mitos ada definisi setiap jari. Contohnya, ibu jari yang selalu guna utk benda baik, jari tengah yang paling panjang tapi sombong, jari manis yang sopan sampai digunakan utk sarung cincin, jari telunjuk yang menuding & menyalahkan. Semuanya ada perbezaan tersendiri, sama jugak macam kita dalam komuniti ni. Konsep ni bagi aku mudah, kesederhanaan. Ye, hidup ni sederhana. Dari situ, kita belajar untuk merendahkan hati kita dalam semua situasi. Belajar untuk menghargai orang lain & menerima kekurangan mereka. 

Hmm still jauh kan diri kita ni kalau nak jadi betul-betul baik. Kadang-kadang termarah, tettinggi suara, tertuduh, macam-macam. Tapi kadang-kadang orang masih menghargai kita, orang still sayang kita, masih memberi kat kita. Entahlah, mungkin aku je yang tak sedar semua ni. Memang sunnatullah, Allah jadikan umat manusia yang brrbilang ni untuk saling berkenalan & melengkapi. Tinggal kita sabar & berbaik sangka saja. Lebih baik tersalah baik sangka, daripada tersalah buruk sangka kan. Sebab kita sedar pahala kita belum cukup utk capai redha & syurgaNya. Allahu terima kasih atas pengajaran ini makcik & pakcik cleaner yang selalu tegur aku, kadang-kadang cuma aku je terjalan laju tak tersapa diorang.

Not just a wake up call in october, but a shot to make small hijrah. Hehe
Salam Maal Hijrah 😊
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com