Tuesday, June 28, 2016

sabar

bismillahirrahmanirrahim...

susah kan nak jadi orang yang sabar. even tiap kali solat aku akan doa kat Allah untuk jadikan aku seorang yang sabar. aku pun tak pasti macammana nak jadi orang yang sabar. kena control ke, atau it comes naturally? kita je tak perasan yang kita tengah jadi penyabar. entahlah, tak kiralah bulan ramadhan ke tak, nafsu tetap ada menguasai diri. nafsu tetap buakkan kemarahan kita, nafsu serakah kita supaya buat perbuatan yang keji.

menahan marah, menahan diri dari perbuatan mungkar macam mengumpat orang, sakit hati ngan orang etc. semua tu susah kot nak kawal. kenapa ek aku cerita pasal sabar plak ni. nampak macam tengah marah je hahaha

entahlah (ulang lagi perkataan ni -_-') aku ni memang jenis tak banyak bunyi dengan orang. aku jenis tak ambik port sangat pasal orang & benda-benda remeh n kalau benda tu bagi aku kurang penting untuk aku bicarakan, I will just ignore it. n aku ni jugak jenis tak perhati orang, sebab tu aku layan je orang, sebab kadang-kadang aku tak tahu background perangai dia cemane. alkisahnya, ada plak kawan-kawan aku kat sini yang ambik port gila-gila pasal orang-orang kat sini. I dont know whats their purpose. cerita dia, suka plak cerita kat aku ni pastu aku pon naik kepala sekali. aiyo! padahal sebelum ni aku ni langsung tak kisah sangat pasal mereka-mereka yang diceritakan itu.

memang dari sekolah tau aku ni suka sebut (ataupun bermonolog dalam diri) 'lantaklah!' sebab aku rasa its not give any benefit to me indirectly pun. indirectly tu maksudnya dalaman lah. tahlah, aku tak suka lah terlalu cerita pasal orang sampai menampakkan diri sendiri hebat n kononnya bagos lah. sampai aku rasa macam nak marah je kalau diorang start cerita. ha amek hang


 The "Lantak lah !" face. hahaha


actually bukan tu je buat aku marah, tapi dengan diri sendiri pun aku marah gak sebab lately macam tak terurus sangat. pergi lab dari 8.30 pagi sampai 4 petang, tapi sekarang macam penat dia tu balik je dari lab tak produktif lah. penat terlebih pon hado gak sampai tak larat nak buat kerja lain. ya Allah time bulan ramadhan lak tu, tak sempat sangat nak habiskan tilawah. arghhhhh geramnyaaa dengan diri sendiri. balik je lab tido..adoi! kan bagus kalau aku lawan. bila kita lawan n mujahadah nak buat sesuatu kebaikan, ganjarannya di bulan ramadhan ni berlipat ganda weyh.

aku rasa sebab tu lah Allah gandakan pahala time bulan puasa ni. sebab kita mungkin tak melawan & menahan diri dari perbuatan sia-sia time bulan2 biasa macam kita buat dalam bulan ramadhan ni. sebab tu lah kan, logik! acece tadabbur siket.

tapi, bila fikir balik memang penat. moga Allah redha dengan tido aku tu kahkah.

ok. nak gi tido lah, esok ada lab meeting presentation. sometimes I hate it! sometimes urmmm..yah, always hate it!



Thursday, June 23, 2016

#randomneverfail

.
..
...
....
.....
..............

☆ミ ☆彡☆ミ ☆彡☆ミ ☆彡☆ミ ☆彡☆ミSemoga dipermudahkan final exam☆ミ ☆彡☆ミ ☆彡☆ミ ☆彡☆ミ ☆彡☆ミ ☆

Semoga lulus semua subjek, tak repeat lagi

Semoga Allah sentiasa lapangkan jiwa, lembutkan hati & bimbing ke arah hidayahNya

Semoga semoga semoga

Kekallah berada dalam doa saya

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Sunday, June 19, 2016

#akudanramadhan

bismillahirrahmanirrahim

salam 14th ramadhan. sebenarnya this is an intentional post. sebab aku rasa nak sangat share pasal benda ni, sangat rare aku rasa susah nak dapat mutiara nasihat yang macamni lately. haa gitew. haha sesaje lah untuk rujukan masa hadapan jugak kan insyaAllah kalau masih dipanjangkan hayat. actually, jujurnya aku tengah kering kontang lah sekarang, bukan sekarang je, since I was in Johor. tak taulah kenapa, tak macam aku kat UiTM dulu. yes, kehidupan ni ada fasa dia, time ni lah ujian menentang hawa nafsu jahat tu lagi mencabar. sentiasalah baik sangka dengan Allah.

apa yang aku nak share ni ofcos pasal ramadhan lah kan. suka sangat aku share pasal ramadhan ni haha. kalau tengok post2 aku tahun-tahun lepas memang banyak pasal ramadhan, aku pun tarak tau lah. okay, back to main topic kita. macam biasa every week aku ada usrah, selasa haritu first usrah dalam ramadhan. iftar makan-makan sedap kat rumah makcik nailah. then sambil-sambil tu dia pun tanya lah semua orang.

apa yang dirasakan ada perubahan dalam diri ramadhan ini?

then, aku jawab, rutin harian. tilawah, ibadah, bangun lebih awal, everything cuba untuk make it nice & neat. hari-hari aku bawak quran pegi lab kot, sambil tunggu machine run 3 jam, pegi surau sambung tilawah. perghhh ko hado? hahaha. tapi apa yang makcik jawab ni  memang aku tertusuk habis lah. dia cakap perubahan yang kita nak adalah perubahan yang kompleks. macamana kompleks tu?

STOP being LAZY! tak tau nak letak gambar apa. acah-acah je ni haha

maksudnya, macamana hawa nafsu, perasaan pentingkan diri sendiri, marah, dengki, malas semualah kita benar-benar lawan. sound cliche? for me, not. okay contoh yang makcik bagi, sedeqah misalnya, kita sedeqah bukan hari-hari kan? cuba sedeqah hari-hari, satu hari RM1, jangan kumpul sampai rm30 baru nak sedeqah. hari-hari sedeqah je rm1 tu. kat situ sedeqah mengajar erti sebuah perjuangan & kesungguhan. nikmatnya ramadhan ni Allah buka rahmatNya seluas-luas langit. bayangkan kalau kita bagi rm30 tu terus, agak-agak keberatan tak nak bagi? mungkin kita akan sedeqah rm5 je. selebihnya untuk beli tiket bas balik raya kuang3

moralnya dari kisah sahabat dalam perang Badar yang berjuang demi agama Allah di dalam bulan ramadhan. sahabat-sahabat ni bukan tunggu tentera cukup baru nak perang, walau sedikit pasukannya mereka tetap teruskan perang. kalau kita sendiri kedekut nak buat ibadah pada Allah, jangan teragak-agak nak Allah buka rahmatNya untuk kita. sekali lagi, time ni lah Allah buka rahmat & keampunan Dia seluas-luasnya untuk hambaNya. kita sebagai hamba & khalifah, time ni lah kita nak berbalik kepada Allah atas segala dosa-dosa kita & beramal bakti pada orang lain. ada pakej hamba & khalifah disitu kan.

okay cakap senang la kan, tapi mesti kita berperang habis-habisan nak buat ibadah ni sebab mungkin out of our routine jugak kan (hehe). actually, aku sendiri cakap kat diri aku, jangan paksa diri untuk habiskan tilawah, buat itu ini, takut penghujungnya keikhlasan tu hilang satu demi satu. bimbang keluar ramadhan nanti bukan dapat taqwa, tapi hanya menjadi hamba ramadhan.

last but not least (aceceh dah macam tulis tesis), makcik cakap ramadhan ni tanpa kita sedar memberi refleksi pada kehidupan kita tu sendiri. ramadhan 5 tahun lepas kita jumpa saudara mara jiran jiran kawan-kawan kita, ramadhan tahun ni jumpa lagi tengok-tengok dah besar panjang. how time flies (okay cliche). kehidupan yang kita kecapi Allah bagi peluang hidup sampai hari ni, dapat tengok budak darjah 5 sekarang dah jadi anak dara. angin mengkhabarkan umur kita semakin singkat. 5 tahun demi 5 tahun Allah beri peluang bernafas, apa lah yang dibuat? astaghfirullah. lailatul qadar ramadhan tahun ini pun belum tentu dapat dicapai, entah nafas yang akan terhenti dahulu.

jadi, ramadhan ini, fokuslah pada amal kita. yes, nak kejar lailatul qadar, lailatul qadar tetap akan berlaku, satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, tapi kita belum tentu kan...

sekian.

**adik aku dah sibuk nak beli baju raya, oh no!



Saturday, June 11, 2016

5th ramadhan

Bismillah...

rasa dah lama tak update post yang 90% sedar, latest post tu nampak macam orang gila kot tahpape lirik lagu kunun. haha. so sekarang, insyaallah dah okay sebab masa itu memulihkan. acececewah. tapi sekarang ni aku takdelah ceria mana, ada je masalah, stress jugaklah dengan kerja & master. dengan program lagi. but seriously semua ni mengajar aku nak urus masa dengan lebih baik. bangun pagi subuh dah mandi, malam tidur lambat tu dah biasa, tapi pandai2 curi masa qadak tidur. putaran kehidupan ni nampak biasa, semua orang pun mengalaminya, tapi macamana diri kita sendiri nak memanfaatkan setiap 'detik' supaya terisi. kenapa aku cakap 'detik', sebab kalau minit, seminit pun belum tentu kita appreciate. itulah perbezaannya masa orang yang terisi dengan tak, walaupun semua orang ada time circle yang sama.

wah sekarang dah ramadhan. eksaited kan. teringat haritu masa beberapa hari lagi dah nak ramadhan, dia punya eksaited tu Allah je tahu. sebab apa ek? aku fikir-fikir, rupanya itulah fitrah manusia. manusia 'suka' untuk kembali kepada Pencipta dia. yelah ramadhan ni kan ibarat musim bunga untuk umat islam, sebulan Allah bagi untuk berpesta ibadah. dari hari sebelum puasa haritu aku tak terhitung dosa aku sepanjang setahun ni. Allah. jatuh terduduk aku tiap kali kira jumlah dosa yang aku buat. memang banyak. aku kira dari bulan Jan sampai Mei 2016, Allah...memang nangis berat aku. memang banyak, sampai aku rasa boleh ke dosa-dosa tu semua diampunkan. kelalaian yang aku reka sendiri, padahal Allah dah buka jalan kebaikan di hadapan aku, tapi aku lepaskan. moga Ramadhan ini memberi seribu satu erti pada diri aku. insyaallah belum cukup terlambat nak taubat. insyaallah Ramadhan ini menjadi bulan untuk aku hapuskan dosa-dosa yang terdahulu.

nak cerita bulan ramadhan ini pun banyak juga dugaannya. aku set beberapa azam ramadhan yang aku akan laksanakan untuk pembaikan diri selepas ramadhan. biasalah, dalam Alquran Allah ada cakap Allah akan uji dengan kesusahan untuk jadi hambaNya yang benar-benar beriman. berdepan dengan ujian hati, manusia, masa, mujahadah untuk lengkapkan muttabaah amal ramadhan. di sebaliknya ada ujian. tapi alhamdulillah, perkara pertama apabila hadapi kesusahan adalah, SYUKUR. yang ni yang aku pegang sampai bila-bila. segala amal ibadah yang kita laksanakan adalah untuk dapat redha Allah. so, kalau merungut, satu demi satu redha Allah tu akan jatuh.


nikmat ramadhan yang tak akan kusia-siakan cewah

eh satu lagi sebelum terlupa. DOA. cliche kan? banyak dah tazkirah pasal doa ni. tapi for this ramadhan, I got the best reflection pasal doa. naqibah aku haritu cerita pasal orang yang merungut gagal, tapi sepatutnya dia kena menyesal sebab tak doa. sekecil-kecil perkara, berdoalah. satu refleksi besar untuk aku jugak bila dapat ramadhan planner dari AZAM Russia, dalam list tu ada masukkan doa as separating list. maksudnya, bukan main-main doa lah, manfaatkan tiap masa untuk doa sungguh-sungguh. sebelum berbuka tu waktu mustajab. ehem doa jodoh mungkin? hahaha ni kawan yang cakap

and yes, we ain't perfect at all. still, kalau kita buat amal sebanyak mana pun, 'baik' macammana pun kita, kita lah sendiri tahu diri kita macamana. level iman kita pun kita boleh rasa lemah even tengah buat amal (baca: tilawah, tadabbur, solat sunat etc). di sini lah keikhlasan diuji. walaupun sekecil-kecil perkara kita buat untuk dekatkan diri pada Allah, untuk memohon keampunan dari Allah, jadikan ia paling bermakna dalam ibadah kita. contohnya, ni apa yang aku alami (selalu alami kot). baca ma'thurat separuh jalan, then tak habis. then bila aku fikir, dah banyak kali gak la aku baca separuh jalan, tapi tiap kali tak habis sebab terpaksa buat kerja or apa2 aral, aku mesti menyesal. Allah, bersyukur sangat ada perasaan ni. sekurang-kurangkan kita cuba untuk improve day by day.

apa apa pun. memang kita tak perfect. tetap diuji, tetap akan marah, tetap akan down, tetap akan kecewa, tetap kurang sana sini. inilah permulaan kepada episod kehidupan kita. Allah sediakan semua ni untuk jadikan kita 'hamba' yang betul-betul hamba. erk acano tu? sebab kan, aku fikir (ni teory aku sendiri la), bila kita diuji then diuji lagi, at last kita menyedari hakikat yang kita perlu bersyukur. jadi lebih matang menghadapi ujian. mampu kaitkan masalah dengan akhirat (ha tudiaaa! bak hang) haha.

okaylah. days by days passed, we never know when will be our last breath in this world. sedari hakikat kita hanya 'sewa' di dunia ni, so what should we do adalah,

GIVE - SERVICE - KIND - SURVIVE (yg ni aku tambah!)

ni kata-kata Muhammad Ali yang pulang ke rahmatullah baru-baru ni. cukuplah quote kata-kata dia ni mendefinisikan kehidupan didunia ni. yg part service tu, tengah fikir apa patut aku buat utk bagi service kat orang ek? kawan aku cakap tetibe, tak duduk sorang-sorang, keluar bergaul dengan orang tu dah service lah tu. harap ada yg terasa lol.

okaylah. merepek banyak niii. ciooouuu!


 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com