Monday, July 7, 2014

sedekah: folding up, up and up


Banyakkan memberi sedekah.

Memetik buku 'Happy Ending Full Barokah, Apa Pun Peran Kita, Surga Obsesinya', tulisan Solikhin Abu Izzuddin, beliau mengutarakan suatu pandangan yang unik, tapi benar.


Tentang konsep 'Logika Terbalik, Kebahagiaan Terbalik'.


Jika kita memperhatikan bagaimana dunia ini berputar, kita akan dapati bahawa dunia ini memang tidak mengikuti logik. Bagaimana kita hidup untuk mati, bersusah untuk senang, orang yang hidupnya sulit selalunya kreatif; dan sebagainya.


Semua itu akan dapat dilihat hanya dengan mengubah cara pandang kita terhadap sesuatu perkara. Memandang dengan mata hati dan mata visi.


Logika infak, memberi malah bertambah. Memberi tidak mengurangi, malah menambah. Seperti membuka kedai, jika dilihat dari luarnya, banyak harta dikeluarkan untuk modal, tetapi semakin besar kedai dibuka, semakin banyak debit duit mengalir masuk.


Keluar harta tidak berkurang atau habis. Sedangkan logiknya habis.

Dan jikalau ia berkurang pun, nilai duit/saham kita di akhirat ia bertambah. Perlu ingat, harta itu bukan milik kita. Kita lahir zero, tak punya apa-apa. Kita mati pun zero. Maka, dengan cara memberi harta yang Allah pinjamkan itulah kita punya harta di sana. Jika tidak, sampai ke akhirat kita tidak punya apa-apa.


Benarlah, semakin memberi semakin kaya.


Amalan sedekah bukanlah hanya dilakukan semasa bulan Ramadan. Tetapi kita sendiri maklum betapa amalan sedekah dilipat gandakan pahalanya semasa bulan ini. Maka, janganlah lepaskan peluang yang terbaik untuk mengejar kebaikan (
فاستبقوا الخيرات).

Jadi, mulai dari saat ini, mari persiapkan harta. Jadikan Ramadan 1435H ini sebagai 'kick-start' kita. Tanamkan semangat untuk memberi kepada mereka yang meminta mahupun tidak. Dan yang lebih penting, semoga amalan yang dilakukan ini dapat dilazimi sehinggalah akhir Ramadan dan selepasnya, ke tahun-tahun yang berikutnya, sehingga menjadi sebati dalam diri. Demi redha Tuhan.
 
---> 51:19

c&p from Kelab IKRAM Mesir
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com