Thursday, August 25, 2016

ego

 Some people love each other.
They do miss each other. But, both of them got an ego to keep them together.
" I miss her "
" I miss him "
Said both of them.
Bearing the pain that they don't talk anymore. Bearing the pain that they are not close anymore.
" Well, she probably doesn't want me anymore "
" He already love someone else "
They replied to themself.
The feeling goes unsaid. With false assumptions and expectations.
The space is getting larger and larger. Their relationship is getting worser and worser.
Their love was strong, but it was killed when their ego come along. And eventually,
they do not belong.
People don't know how precious it is to say sorry, how precious it is to be the one that save the situation.
But they choose to hold onto their pride.
Choose to wait and hope from the other side.
When both of them hold onto their pride.
It is when they choose to commit suicide.
Love doesn't kill us.
We killed ourselve
 - Luqman San

Aku syak luqman ni orang yang ikut usrah jugak. tapi kerap pulak dia post pasal benda-benda serupa cam kat atas ni. cambest je baca. betul gak dia cakap, sebab ego lah. manusia ni ego dia kadang-kadang sampai tahap gunung runtuh kat belakang pun dia sanggup lari selamatkan diri, orang yang ada kat tempat selamat sanggup dia tolak bagi orang tu mati sebab nak bagi diri sendiri berlindung kat situ. okay ni aku tengok cite San Andreas. tapi memang berlaku dalam kehidupan kita pon. semua manusia pon ada ego dia. cuma tahap mana teruk dia nak runtuhkan ego tu. ada orang ego melangit, tak mampu nak runtuhkan sebab tinggi sangat. memang sakit hati dgn orang camni.

weekend ni aku diberi masa dengan supervisor untuk menulis first quarter tesis. so hadap laptop je lah. terfikir pasal cerita kak S, dia ex ketua aku dlm ikram siswa. macam-macam la pulak dia ni, suka kat seseorang yg mulut manis & quite hot, pastu rasa sifat-sifat yang ada kat diri dia sesuai dengan si jejaka hot tu & kak S ni rasa jejaka itu pasti suka dengan dia, mereka lately selalu berjumpa kerana urusan kerja.kita tengok lah camne ending dia nnt. aku ni selalu sangat dengar masalah cite orang, selalu pinjamkan telinga kat orang tapi cerita aku sendiri just tenggelam dalam hati aku. ego ke aku?

bila kita terlampau ikutkan kemahuan diri, ego pun makin meninggi. percaya tak tahap keimanan menjadi indikator kepada tahap keegoan kita? macam kapal terbang, lagi plane tu terbang tinggi n jauh, plane tu kelihatan makin kecik di pandangan mata kasar. macamtu jugak diri kita. tapi yang kata-kata luqman san
tu, macam ada kaitan je dengan cerita yang aku pendamkan. hahaha.

ok lah ciaw



Monday, August 22, 2016

nasihat kak ayu


Bismillah…


Nasihat kak ayu (ex-naqibah kat UiTM) time lawat dia kat hospital,


“ Walaupun kita tahu kita dah tak macam dulu, kurang itu ini, semangat yang dah main luntur, tiada orang yang sama macam orang yang bangkitkan semangat kita dulu, just positif dengan apa yang berlaku. Fikirkanlah apa yang boleh kita beri, lebih baik teruskan kehidupan, daripada lemah stagnant saje. Inilah fasa kehidupan yang perlu kita lalui. Allah Maha tahu apa yang terbaik buat kita. Jadikan apa yang berlaku sebagai titik tolak untuk kita menghadapi cabaran yang lebih getir di masa hadapan.”


Nasihat kak ayu dari dulu lagi tak pernah mengecewakan aku. mesti kena punyew. 2 point yang aku suka kat sini, sampai focus bebeno kitorang borak kat katil hospital tu.

lupa nk letak gamba ni. ni ah kak ayu. dia je leh naikkan semangat aku blk oh


First, fikirkanlah apa yang boleh kita beri. Memang tak dapat dinafikan, kekurangan diri terlalu banyak sekarang. Makin lama hidup, makin keluar segala dajal (ops sorry kasar sikit). Huhu entahlah wei, aku taknak komen lah. Secara praktikal, ia agak sukar untuk aku buat masa sekarang. Macamana nak memberi kalau kita takde pape, jiwa kosong.


Second, inilah fasa kehidupan yang perlu kita lalui. Yang ni pun ada betulnye jugak. Jujurnya, fasa sekarang aku banyak belajar mengenali sikap manusia, belajar macamana nak handle with it, kawal emosi & marah. Huhu

Monday, August 15, 2016

Reminiscing~

Bismillah...

Today is off day, not doing any labwork. Dapat cuti dari Dr Alina yeay. Tapi sehari jelah, takyah nak yeay sangat. Tapi yeay2 pun kawan aku (baca:akhawat) ajak lepak kat luar gak. Tak denye nak tidur kat bilik. Aku jenis tak duduk je terkurung, kena keluar jugak haha. Then dapat gambar dari archive google, gambar zaman awal-awal blogging dulu.

Rihab, fatinfana, liyana, wani, maariah

Weh memang legend gambar ni. Ada lagi gambar lain, tapi macam tak sopan je. Time ni betul2 sehari lepas SPM, kitorang keluar reramai gi tawaf KL. Dalam satu hari pegi Sungai wang , bukit bintang, KLCC, mid valley, pavilion. Mana lagi eh tak ingat dah , naik tren je masa ni ramai-ramai. Sampai balik tengah malam, ayah aku amek kat smakl terus bawak gi makan sate kajang samuri kat melawati. Haha best weyh. Time ni memang gila-gila habis, cakap pun merepek lagi time ni. Pakaian takyah cite, masa ni tak dapat hidayah lagi, walaupun sekolah 'agama'. Seluar jean yg agak ketat, tudung suku, baju lengan panjang tshirt je. Haha lawak kan. Tapj alhamdulillah dari sekolah dididik pakai stokin dari form 1. Wakakakakk

Sekolah agama kat KL ni takyah la nak expect produk dia semua 'alim-alim'. Sama je, mungkin sebab kat KL.

Papepun alhamdulillah Allah atas nikmat hidayah ini. Merasai nikmat tarbiyah selama lebih kurang 6 tahun. Teringat dulu time kat sarawak kat sana aku memang berubah dahsyat sangat. First day pegi sarawak pakai biasa-biasa je. Pastu balik for good dah lain, tu yg adik aku cakap. Tudung labuh gila time tu, belajar beli baju besar. Ish nikmat tak terkatalah perubahan tu. Mula menjaga pergaulan dengan lelaki, tapi budak lelaki sarawak berani2 je duduk sebelah aku dalam kelas n masa makan. Tu tak dapat elak, aku dah faham kat sarawak camne. Tambahan UiTM pulak.

Sekarang ni entahlah. Sedang mencari semula hidayah itu. Mohon kalau terjumpa, tolong saya kutip ye. Huwaaa

Bercakap pasal hidayah ni, ex murabbi aku kat uitm dulu skrg dia stay kat jb, sbb suami dia ustaz kat sekolah hidayah. Haritu masa jumpa dia kat program sekolah ni (Malam Badar), dia tanya macam2 ttg perkembangan tarbiyah aku termasuklah bab baitul muslim. Dia sangat memahami, rindu nak bersama mcm dulu2. Then smlm, dpt berita dia masuk hospital sebulan maybe sebab komplikasi kandungan dia. Uri baby jatuh ke bawah. Belum sempat aku bak ziarah dia, maybe khamis ni. Sedih weyh, dia murabbi aku paling lama, dia berjaya sentuh hati aku yg dulu keras sgt sampai jadi lembut macamni. Tiap kali dia memberikan nasihat & taujihat, memang menusuk tepat ke dalam hati. Kadang2 buat aku menangis. Bukanlah nak cakap naqibah sekarang kurang memahami, sebab naqibah aku skrg makcik n aku agak kurang rapat. Kadang2 awkward nak cerita tentang masalah. Tapi kak ayu pernah cakap dlu, mungkin dlm perjalanan tarbiyah kita akan diuji dengan naqibah. Yg kurang faham keperluan kita. Huhu tapi takpe, naqibah ni adalah satu wadah dlm jemaah. Rasanya kalau kita benar2 mahukan tarbiyah tu sendiri (ataupun bila dah faham) naqibah bukan faktor utama sangat, lebih ke arah diri sendiri nak mencari. Tapi exposure daripada naqibah pun penting gak kan. Haha tah la, aku tak bijak nak cakap pasal ni wahahah

Dulu tarbiyah aku di UiTM memang aki tak dapat nafikan, terlalu larut. Concentrated, bersama 3 orang lagi usrahmates yang rapat sangat dulu. Kami selalu muaiyasyah (baca: bersama) menceritakan perihal peribadi, dakwah kepada mutarabbi. Boleh dikatakan kami jadi pioneer balik kpd dakwah di perlis sebab senior sebelum ni tak meninggalkan pelapis. Alhamdulillah sekarang anak-anak usrah kitorang masih berada di jalan ni, malah lebih hebat weh. Huwaaaa sedih dgn diri sendiri. Mmg betul lah kan, fasa kehidupan ni ada naik turun, jalan dakwah tak pernah memerlukan kita, tapi kita yang perlukannya. Tinggal macammana kita sesuaikan diri ikut tahapan fasa kehidupan tu. Kat johor ni aku tak bawa usrah, jadi semangat dakwah tu terhakis sikit demi sikit. Moga satu hari nanti Allah beri kesempatan untuk bergerak semula.

Ramai murabbi-murabbi aku rupanya dari kt sampai lah di johor. Tapi di sarawak n perlis lah murabbi2 ini yg banyak membantu membentuk kehidupan. Huhu. Moga kak ayu dipermudahkan n segalanya selamat.





 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com