Monday, August 15, 2016

Reminiscing~

Bismillah...

Today is off day, not doing any labwork. Dapat cuti dari Dr Alina yeay. Tapi sehari jelah, takyah nak yeay sangat. Tapi yeay2 pun kawan aku (baca:akhawat) ajak lepak kat luar gak. Tak denye nak tidur kat bilik. Aku jenis tak duduk je terkurung, kena keluar jugak haha. Then dapat gambar dari archive google, gambar zaman awal-awal blogging dulu.

Rihab, fatinfana, liyana, wani, maariah

Weh memang legend gambar ni. Ada lagi gambar lain, tapi macam tak sopan je. Time ni betul2 sehari lepas SPM, kitorang keluar reramai gi tawaf KL. Dalam satu hari pegi Sungai wang , bukit bintang, KLCC, mid valley, pavilion. Mana lagi eh tak ingat dah , naik tren je masa ni ramai-ramai. Sampai balik tengah malam, ayah aku amek kat smakl terus bawak gi makan sate kajang samuri kat melawati. Haha best weyh. Time ni memang gila-gila habis, cakap pun merepek lagi time ni. Pakaian takyah cite, masa ni tak dapat hidayah lagi, walaupun sekolah 'agama'. Seluar jean yg agak ketat, tudung suku, baju lengan panjang tshirt je. Haha lawak kan. Tapj alhamdulillah dari sekolah dididik pakai stokin dari form 1. Wakakakakk

Sekolah agama kat KL ni takyah la nak expect produk dia semua 'alim-alim'. Sama je, mungkin sebab kat KL.

Papepun alhamdulillah Allah atas nikmat hidayah ini. Merasai nikmat tarbiyah selama lebih kurang 6 tahun. Teringat dulu time kat sarawak kat sana aku memang berubah dahsyat sangat. First day pegi sarawak pakai biasa-biasa je. Pastu balik for good dah lain, tu yg adik aku cakap. Tudung labuh gila time tu, belajar beli baju besar. Ish nikmat tak terkatalah perubahan tu. Mula menjaga pergaulan dengan lelaki, tapi budak lelaki sarawak berani2 je duduk sebelah aku dalam kelas n masa makan. Tu tak dapat elak, aku dah faham kat sarawak camne. Tambahan UiTM pulak.

Sekarang ni entahlah. Sedang mencari semula hidayah itu. Mohon kalau terjumpa, tolong saya kutip ye. Huwaaa

Bercakap pasal hidayah ni, ex murabbi aku kat uitm dulu skrg dia stay kat jb, sbb suami dia ustaz kat sekolah hidayah. Haritu masa jumpa dia kat program sekolah ni (Malam Badar), dia tanya macam2 ttg perkembangan tarbiyah aku termasuklah bab baitul muslim. Dia sangat memahami, rindu nak bersama mcm dulu2. Then smlm, dpt berita dia masuk hospital sebulan maybe sebab komplikasi kandungan dia. Uri baby jatuh ke bawah. Belum sempat aku bak ziarah dia, maybe khamis ni. Sedih weyh, dia murabbi aku paling lama, dia berjaya sentuh hati aku yg dulu keras sgt sampai jadi lembut macamni. Tiap kali dia memberikan nasihat & taujihat, memang menusuk tepat ke dalam hati. Kadang2 buat aku menangis. Bukanlah nak cakap naqibah sekarang kurang memahami, sebab naqibah aku skrg makcik n aku agak kurang rapat. Kadang2 awkward nak cerita tentang masalah. Tapi kak ayu pernah cakap dlu, mungkin dlm perjalanan tarbiyah kita akan diuji dengan naqibah. Yg kurang faham keperluan kita. Huhu tapi takpe, naqibah ni adalah satu wadah dlm jemaah. Rasanya kalau kita benar2 mahukan tarbiyah tu sendiri (ataupun bila dah faham) naqibah bukan faktor utama sangat, lebih ke arah diri sendiri nak mencari. Tapi exposure daripada naqibah pun penting gak kan. Haha tah la, aku tak bijak nak cakap pasal ni wahahah

Dulu tarbiyah aku di UiTM memang aki tak dapat nafikan, terlalu larut. Concentrated, bersama 3 orang lagi usrahmates yang rapat sangat dulu. Kami selalu muaiyasyah (baca: bersama) menceritakan perihal peribadi, dakwah kepada mutarabbi. Boleh dikatakan kami jadi pioneer balik kpd dakwah di perlis sebab senior sebelum ni tak meninggalkan pelapis. Alhamdulillah sekarang anak-anak usrah kitorang masih berada di jalan ni, malah lebih hebat weh. Huwaaaa sedih dgn diri sendiri. Mmg betul lah kan, fasa kehidupan ni ada naik turun, jalan dakwah tak pernah memerlukan kita, tapi kita yang perlukannya. Tinggal macammana kita sesuaikan diri ikut tahapan fasa kehidupan tu. Kat johor ni aku tak bawa usrah, jadi semangat dakwah tu terhakis sikit demi sikit. Moga satu hari nanti Allah beri kesempatan untuk bergerak semula.

Ramai murabbi-murabbi aku rupanya dari kt sampai lah di johor. Tapi di sarawak n perlis lah murabbi2 ini yg banyak membantu membentuk kehidupan. Huhu. Moga kak ayu dipermudahkan n segalanya selamat.





0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com