Sunday, July 31, 2016

Keberkatan masa #random

Bismillahir rahmanir rahim...

Nothing to post for this while. Just ponder some ibrahs along the journey. Baru je selesai sembang harmoni raya, which is aku macam biasa akan turun sama-sama membantu tambah pulak gabung dgn jamuan raya ikram JB. Before program, aku agak busy n terkejar-kejar jugak nak ke preparation, sebab yelah malam mesti penat balik dari lab kan. Somehow, aku rasa this is the last sembang harmoni yang aku akan turun as commitee, bcoz from part 1 until 11, akulah the loyal commitee dalam tu. They recognized me as wani perlu ada. Huhu. Entahlah, semalam aku stay back sampai pukul 12 tgh mlm prepare dewan. Actually aku dah biasa balik tengah malam sorang-sorang, kalau ada feed homeless kt JB mmg akan balik pukul 2 pagi camtu. So its norm for me. Tapi sebenarnya selalu je kena tegur jangan balik malam2 sgt kalau sorang2. Takpelah, insyaallah selamat je.

Excuse the tiring face. Alone in lab, while others were gone back home. Need rest please

Then, aku rasa dengan bebanan projek master yg masih banyak yg belum selesai, aku nak stop dengan kerja2 volunteers ni. Aku bimbang sebab aku jenis kalau nak start, memang takleh stop. So better do not start it kan. Then, semalam bro jay cakap kat group whatsapp ucap thanks kat kami2 yg kerja extra time ni. Padahal dalam hati weh banyak keje aku tak siap ni. Pastu bro jay cakap la, masa yang dikorbankan untuk mudahkan jalan dakwah ni kita tak tahulah berkatnya di mana. So, sentiasa jaga niat supaya tetap ikhlas kerana Allah, berkat tu serahkan pada Dia. Pernah la bro jay cerita pasal pHD dia, viva dia dapat B- n dia rasa gred tu terlalu tinggi nak dibandingkan dgn usaha dia selama ni. PhD dia agak lama ,aku nampak bro jay ni tak pernah missed dgn kerja dakwah non muslim dia. Dia rasa apa yg Allah bagi tu dia tak layak pun dapat.

Wow aku rasa betullah. Yelah sape tak risaukan kerja sendiri tak settle, masakan boleh buat kerja lain. Aku perlu jaga niat sebaiknya supaya masa-masa aku ada keberkatannya. Kalau bercerita pasal masa, masa ni macam darah yang mengalir dalam salur urat, sentiasa berjalan tak henti-henti, sampaikan tahap tak sedar pun apa aku buat ni. Keberkatan masa pulak bila masa yg ada dirasakan cukup n berbaloi. Sebabnya guna masa maximize dgn benda-benda kebaikan, ofcoz niat yang sentiasa dijaga. Berkat ni ibarat macam kereta api laju berhenti just 10 saat, kalau kita tak grab masuk mmg tertinggal. Tapi kejar masa tak semestinya perlu berlari lintang pukang kan.

Masa yang diluang tu, insyaAllah Allah akan ganti dengan pertolongan Dia. Kita kena yakin yang tu, bukanlah bermaksud just buat halai balai je (baca: sambil lewa) dengan kerja, kalau kau rasa risau & penat tak cukup masa & kerja mesti takleh siapkan, keyakinan pertolongan Allah tu kenalah ada. Dari situlah maksudnya keberkatan masa tu. Ke aku salah? Haha

Sebenarnya banyak kali dah pun kita dpt reflection psl masa ni. Tapi manusia biasa lakukan kesilapan, ada masa ups n down, komitmen kehidupan yg berbeza-beza tahapannya, maka (cewah!) perlulah sentiasa diperingatkan.

Duhai Pencipta masa, bantu aku dalam mengingatiMu.

:: met someone at jamuan raya ikram today, made me remembering of you & our memory. Ohh keberkatan masa! ::

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com