Wednesday, March 9, 2016

gerhana skacintaNya huhu~

pagi tadi lepas subuh ku merenung ke luar jendela, mentari meniup lembut (betul ke camni lirik dia haha). aku merasakan pagi tadi bila matahari mula nak naik, cahaya tu suram dan kelam, seakan tiada cahaya. pokok hujan-hujan yang tinggi dekat dengan jendela (baca: tingkap) bilik aku selalunya ada cahaya dingin yang terik bila waktu syuruk nak bermula, tapi pagi tadi lain sangat, aku rasa nak duduk lama-lama kat tepi tingkat tu (bukan hantu nenek tingkap jual nasi lemak eh) nak tengok langit. lepastu dah pukul 7.50 macamtu matahari start naik, tapi cahayanya bukan seperti kebiasaan. seakan terkatup cahaya panas di tengah, tapi kelihatan lingkaran cahaya di keliling matahari tu (macam sastera je ayat aku ni)

ya, gerhana matahari.

entahlah. memang dari semalam aku menunggu macam mana agaknya keadaan langit dunia tika matahari itu gerhana. sebelum ni memang lah pernah terjadi, tapi aku macam tak betul-betul hayati sangat. kali ni gerhana yang paling terkesan. masa solat dekat masjid utm semalam, ramai orang jugak padahal takde pape event pape pun. ramai yang aku dengar borak pasal gerhana. bukan tu je, aku nampak sorang makcik ni tengah solat, nampak sangat khusyuk, kat depan dia takde sesapa, raut wajah dia ikhlas seolah-olah betul2 sedang berbicara dengan Allah. aku tertanya pada diri aku, solat aku bagaimana pula? adakah aku betul-betul merasakan Allah sedang melihat aku?

semalam jugak kak mumtaz (team hidayah centre) dia explain kat aku pasal tafsir quran yang boleh menyentuh hati. actually dah banyak kali dia ajak aku datang kelas mengaji dan kelas tauhid hidayah centre tiap hari rabu, tapi cuma aku je takde masa n kadang-kadang penat sangat balik lab. malamni pun ada, tapi disebabkan malamni ada persidangan muayyid ikram siswa, aku terpaksa la batalkan niat tu. bukan ajar mengaji je okay, tapi tafsir sekali. ok back to topik, then semalam aku terfikir lagi, bukan saje-saje Allah nak bagi kak mumtaz explain semua tu kat aku, aku terfikir mungkin dari tafsir quran aku lebih semangat nak baca quran lebih banyak helai dari yang selalu baca, baca terjemahan selalu (walaupun selalu jugak lah skip terjemahan). hmmmm, hikmah Allah ni kita tak tahu. tapi kalau dah terfikir macamtu, mesti bukan saje-saje Allah nak kita dapat fikir camtu kan.

pastu masa drive gi lab pagi tadi, aku lalu kat jalan yang panjang yang tak selalu aku ikut jalan tu, tepi-tepi jalan yang panjang tu ada pokok-pokok besar n tinggi-tinggi. cahaya suram je, tak ada pun bunyi burung ke apa ke, bunyi kereta aku jek haha. terasa sangat kerdilnya diri ini. betullah gerhana matahari ni memang kejadian yang mengingatkan kita pada kebesaran Allah, takut pada dosa-dosa yang dah dilakukan, rasa nak tertunduk je kepala aku tadi, nasib tak sebab tengah drive kan. terasa sayu dek cahaya yang kelam tapi menginsafkan. seolah-olah Allah sedang berbicara pada hambaNya taatlah padaKu, "belum cukupkah bukti-bukti kebesaran dan rahmatKu disekelilingmu?"

kehidupan ni memang sementara. manusia yang terbaik adalah yang merancang bagaimana untuk bertemu dengan Rabbnya. memang itulah purpose of life, in no matter what we are doing in this life, in the first place, seeking the pleasant of Allah is the basic concrete. cakap macam kencang je, hehe sikit je tu

tapi kan, gerhana ni memang betul-betul peringatan directly dari Allah lah. bayangkan, perubahan yang berlaku pada matahari bukan lah manusia yang buat, tapi Allah. Pencipta alam semesta yang luas ni. kalau gerhana yang sikit tu pun dia boleh buat n tunjukkan pada kita, tak terbayang fenomena-fenomena lain yang lebih dahsyat. hari kiamat yang lagilah dahsyat, gerhana ni hanya gazette je lah. hmmm

teringat pula salah bab dalam buku al-muntalaq, 'hanya gerhana, bukan tenggelamnya matahari'. bila fikir balik, gerhana ni seolah-olah macam 'moment of silence' of diri sendiri. muhasabah dosa-dosa yang dilakukan, yang termalas nak buat, yang tersalah niat, yang termarah, yang terdendam. Allahu....

okay itu je lah. malamni ada persidangan muayyid ikram siswa. nama aku dah tercalon untuk pegang sesi akan datang. aku sikit terkilan sebab dorang calonkan tanpa pengetahuan aku. so, tengah fikir ni sebab apa aku leh bagi untuk tolak. hmmm

*************

Tuesday, March 8, 2016

performed vs tak performed?

tak tau nak letak tajuk apa. apa punya tajuk daaa atas tu -_-'

sebelum apa-apa, aku rasa macam minggu ni bercelaru sikit jiwa sanubari aku (cewah). hari ni je ada daurah, aku rasa blur, malas nak bercakap ngan orang. entah kenapa tah. rasa nak buat hal sendiri, cari ketenangan. haha macam-macam hal lah aku ni. 

lepas solat maghrib tadi aku terfikir, kita selalu rasa down n rasa diri ni teruk sangat bila tak performed. tak performed apa? tak performed dalam amal. bukanlah aku mahu jadi sempurna yang muttabaahnya lengkap langsung tak pernah skip walau sehari. tapi sekurang-kurangnya itulah cara yang boleh buat kita lebih dekat dengan Allah, merasakan keberadaan Allah n terhindar dari buat benda yang mungkar.

Gambar takde kaitan, tapi aku suka pergi masjid, sebab fokus dia tu lain macam. erk?


contohnya solat. tadi masa daurah, ustaz (tak ingat nama) cakap solat yang terbaik adalah solat yang memberi kesan pada diri sendiri selepas menunaikannya. maksudnya, solat menghindarkan kita berbuat perbuatan mungkar n keimanan kita kepada kekuasaan Allah bertambah. lagi satu, zikir-zikir ringkas tu penting katanya. sebab kalau kita recite walaupun hanya Astaghfirullah, kesan dia pada hati mengingatkan dosa-dosa yang dah dilakukan 5 minit yang lalu. hebat kan. zikir ni juga kalau kita perasan, kalau kita tengah cemas, gelabah tak tentu hala, time tu zikir buat kita bergantung sepenuhnya pada Allah. 

macam orang banyak sebut review pasal citer munafiq. haha dah 3 kali kak sya n kak lina ajak aku gi tengok, tapi aku ni jenis malas masuk wayang, tapi takut gak tengok citer hantu, aku ni sekali tengok cite hantu terus terbayang. ok lari topik

ok nak katanya, kadang-kadang kita ada missed banyak juga muttabaah amal harian kita macam baca quran, solat sunat rawatib, zikir. yang ni list2 yang common. kalau kita ada termissed semua tu mesti akan rasa down. rasa diri ni teruk sangat, rasa macam tak sungguh nak kejar redha Allah. terfikir kalau mati dalam keadaan tengah lalai, macammana lah keadaan aku kan, astaghfirullah. tapi, alhamdulillah Allah tak pernah buat aku putus asa untuk naik balik (walaupun sikit je improvement). apa yang buat aku fikir lepas mengalami perasaan tu semua,

'kenapa aku perlu menjatuhkan diri aku sendiri dalam bab mendekatkan diri pada Allah?'

'bangkit lah dengan sedikit usaha, terus bersangka baik dengan Allah yang bila kita down dengan amal-amal, masa tu mungkin Allah nak bagi peluang muhasabah diri n lebih n lebih rapat lagi dengan dia'

kalau perasaan banyak je 'station-station muhasabah' yang Dia sediakan dalam hari-hari kita. bila kita sedar semua tu, dapat tahu kekuatan macammana yang diri sendiri perlukan. betul tak? haha. sebenarnya nak address 'aku' je rather than 'kita'. haha apa-apalah

last but not least, tiada istilah 'terlambat' untuk improved ibadah n amal selagi pintu taubat belum tertutup (ok yang ni cliche kan?) tapi betullah. kalau nak down je, sampai bila lah nak jadi manusia yang melakukan perubahan. perubahan pada diri sendiri. 

aku suka quote ayat ni:

- surah al-imran ayat 133
- surah fussilat ayat 30
- surah kahfi ayat 30
- surah kahfi 104 & 105

**tazabarnye nak tunggu jumaat ni, balik KL. aku tak larat dah sebenarnya duduk jaybee ni. hahaha


 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com