Wednesday, November 28, 2012

Datanglah Kekuatan!

Bismillahirrahmanirrahim

Manusia memerlukan motivasi dlm kehidupannya. Dan motivasi adalah kekuatan. Namun, dimanakan kekuatan itu kita dpt cari? Berbagai manhaj utk memperoleh kekuatan. Sehinggakan sanggup berbuat apa saja utk menaikkan semangat dlm diri dek tertipu dgn kepesongan aqidah yg dipeganginya.

Apapun, sumber kekuatan yg paling agung adalah Allah. Kekuatan yg ada pada diri kita hari ini pun all the way Allah yg punya. Dia Pemilik Kekuatan sebenar. No wonder lah ramai x tahu, sbb tak mengenali Allah dengan sebenar2nya kerana bergantung pada sumber yg dirasakannya lebih relevant. Jadi, apabila kita dah tahu dan yakin Allah lah yg menjadikan dan memiliki kekuatan yg paling besar sekali, tiada kekuatan lain yg lebih hebat dari itu. Boleh dirumuskan disini, segala kekuatan yg ada di atas muka bumi ini adalah sumbernya dari Allah yg menyalurkan kekuatanNya kepada ciptaanNya yg tertentu. 

Sebagai contoh, sahabat. Allah berikan teman rapat utk kita supaya kita mendapat kekuatanNya. Menyorot sirah Rasulullah dahulu, ramai sahabat disekeliling nabi, mereka saling membantu, mengingatkan dan mengasihi. Sehingga masing2 saling memerlukan dlm peperangan, menyebarkan dakwah islam di serata tanah arab dan benua lain. Itu kekuatan yg Allah salurkan melalui sahabat.

Apa yg saya nk cakap ini sebenarnya, sekarang ramai sibuk dengan hal pelajaran. Termasuk saya sendiri. Sampai tak sah kalau tak rasa serabut dan semak samun. Tapi, bila dah tension2 macamtu, lupa dah nak berdoa sungguh2 pada Allah..again..yg Maha Memiliki Kekuatan. Supaya Allah teguhkan hati, tunjukkan penyelesaian dan bukan jalan kemudahan. Tapi banyak yg merungut. Cerita2 itu ini di facebook, mesej2 yg tak boleh belah panjang..luah pd yg bukan muhrim juga. Tapi kalau kita respon agar tawakal pada Allah, bertambah lagi rungutannya. Diri saya sendiri tak terkawal tensionness itu, kadang2 memang rasa nak cerita pada satu dunia yg kita tengah tension dan stress. 

Tapi, bila muhasabah balik, persoalan timbul juga, bila lagi aku nak rasa susah dan hardship macam ni? Sekurang2nya Kita belajar sesuatu bukan? Bukankah Allah berikan kita tenaga sampai kita terbeliak anak mata yang kita mampu buat assignment2 dan test2 yg mencabar tahap dewa tu? Revealed kan yg Allah itulah yg memiliki kekuatan? 

Jadi, bila kita rasa down, tak tahan dengan perkara2 rumit, tak ngam dengan kawan2.. Janganlah cepat naik angin. Rasulullah sebut 'jangan marah, jangan marah, jangan marah ', sebagai syarat utk jadi hambaNya yg terbaik dan menempa nama ke syurgaNya. Apabila kita marah dan anggap semua benda adalah masalah, itu bererti kita belum boleh jadi manusia hebat yg layak ke syurga Allah. Biarpun pahit payau di dunia, yakinlah yg manis2 belaka di akhirat kelak. Pasti.

Lagi satu yg saya suka utk sentuh, jalan dakwah dan tarbiah. Jalan ini liku2nya sangatlah getir. Kalau saya rasa yg saya lalui ini getir, manusia lain dalam landasan ini lebih2 lagi getirrrr. Ia tentang hubungan sesama usrahmate. Payah sebenarnya nak jaga tightness antara usrahmate. Bila ada idea yg bertembung, mesti ada yang terasa. Tapi bila terasa, diam dan simpan saja, tak berani bersuara kerana takut mengeruhkan lagi keadaan dan dianggap 'extreme' dan juga dianggap jenis yang tak mahu bagi komitmen. Ops, jangan salah faham wahai usrahmate, sesungguhnya apabila seseorang itu berada di atas landasan dakwah dan tarbiah, dalam hatinya akan ada tekad yg mendorongnya utk pertaruhkan kehidupan utk DnT, walaupun bukan sepenuhnya. Namun, perlulah diingat, apabila komitment atau kerja yg memerlukan kerjasama, belajarlah utk berkomunikasi dengan baik. Maksudnya disini, interaksi antara usrahmate perlu dikekalkan tsiqah itu, walaupun dah lama kenal, tp kepercayaan tu penting, jgn buruk sangka je tahu. Ini ada yg sampai perli2, sindir2 antara satu sama lain depan adik2 pula tu. Astaghfirullah. 

Menjaga hubungan adalah vital. Sebab kalau seseorang tu stress sbb perangai manusia yg mcm badak sumbu afrika(bak kata inche gabbana), boleh menyebabkan gangguan emosi tahap giga dan takut2 sawan je. Juga menjadikan semangat luntur utk melakukan kerja2 lain. Em dah tak nampak kekuatan melalui sahabat itu. Kenali semula peranan usrahmate sebagai sahabat ya. Apabila menjaga hubungan, haruslah melibatkan perasaan. Jadi, kena sama2 jaga perasaan satu sama lain and 'hormat'..itu paling penting..jangan fikir tentang kuasa, jawatan..ataupun apa2 program semua dia je nak lead dan boleh arah2kan org lain buat kerja. Yup, itu medan amal dan pengorbanan dlm dakwah, tp haruslah mestilah wajiblah menjaga maqasid@asas yg 5 itu, antaranya nyawa. Ini paling saya bengang(marah jugalah). Bab2 arah2 ni mmg seronok kan, tp kamu kena ambil kira soal keselamatan kawan tu. Pengorbanan yg membabi buta tu tak boleh jadi sebabnya dan takda apa yg dapat kita belajar pun darinya. Misalnya, perempuan keluar tengah malam naik motor. 

Tapi takpalah, tiada apa yg perlu dipertikaikan pun. Asalkan selamat sudah kan. Cuma saya nak semua orang concern tentang soal hati, perasaan dan keselamatan org lain. Jangan bagi peluang orang lain untuk berburuk sangka dengan kita. Kalau tidak, tidaklah kita diberitahu bahawa hati itu sebagai raja(hadis 6). 

Lihat semula tahapan2 ukhuwah. Yang paling rendah adalah berlapang dada, yg paling tinggi berkorban utk saudaranya. Tapi jangan ambil mudah tahap tertinggi itu, meskipun kawan2/usrahmate/sahabat tunjuk pengorbanan mereka pada kita, tapi susurilah hati mereka. Jangan biarlah mereka rasa terdesak dan tanpa rela. 

Astaghfirullah. Semoga Allah tunjukkan jalan sebaik2nya. Amin!

'ku memohon agar ruh yang dulu2 aku bina dlm diri aku untuk pertaruhkan kehidupanku untuk dakwah dan tarbiah kembali mengasak dalam hatiku, hanya Allah tempat curahan kesedihanku, agar ketenangan kuperoleh dariMu'.

Sekadar coretan dan utk menghapdet blog. 

Wassalam.

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com