Sunday, July 17, 2011

Bachelor of Taqwa

Bismillahirrahmanirrahim..


Semester dari Universiti of Ramadhan adalah semester yg terpendek di dunia. hanya 4 minggu belajar, tetapi apa yg Allah harapkan kepada kita sesuatu adalah amat dan sangat tinggi, sama ada kita mampu berdiri tegak ataupun tidak dalam jangkaan ini. dalam tempoh yg pendek ini, Allah telah menyediakan kita latihan yg intensif. apabila menjelang akhir ramadhan, insyaAllah kita akan scroll Bachelor of Taqwa!

Universiti ini bukan silibusnya tentang berpuasa sahaja, tetapi lebih dari tu.

"Wahai orang yang beriman, perintahkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang2 sebelum kamu supaya kamu mendapat taqwa" (Al-Baqarah: 183)

Allah telah menetapkan kpd kita, bahawa tujuan puasa adalah untuk mencapai taqwa, sama ada berada dlm ramadhan ataupun d luar ramadhan. ttp puasa yg telah dtetapkan kpd kita dlm tempoh masa tertentu, iaitu bulan ramadhan, kita perlu mencapai tahap taqwa yg advance, double, triple ataupun quadtriple..insyaAllah.
bulan ramadhan, bukan sekadar bulan puasa. org melayu kita selalu cakap, ' bulan pose', ttp hakikatnya ramadhan adalah 'bulan taqwa', 'bulan tarbiah' mahupun 'bulan alquran'. puasa hanyalah tiket untuk kita mencapai taqwa yg mendidik jiwa supaya sentiasa kembali kpd Allah.

kita mungkin familiar dengan perkataan taqwa, ttp kita belum tahu apa maksudnya. bagi yg tidak menyedari hakikat taqwa, atau masih tercari2 apakah rasa taqwa, ini maknanya untuk kita lebih memahami.

Umar al Khattab ra bertanya kpd Ubai b Kaab ra, apakah yg dimaksudkan dgn taqwa?
Ubai b Kaab menjawab, 'wahai Amirul Mukminin, pernahkah kamu berjalan di atas padang atau banjaran yg dipenuhi dengan pokok2 yg sarat dgn duri2?'
Umar berkata, 'ya.' Ubai bertanya, ' jadi, apakah yg kamu lakukan?'
Umar menjawab, ' aku mengangkat pakaianku dan aku sangat berhati2.'
Ubai berkata, 'itulah TAQWA!'.

Kita berjalan di atas dunia ini yg penuh dgn onak dan liku, yg sama ada pengakhirannya baik atau buruk. syaitan dan pengikut2nya seperti biasa akan berusaha dan menggoda kita untuk jatuh ke lembah kejahatan jika kita x tahan dgn pertahanan iman. jadi memeliki taqwa adalah dengan, mengangkat pakaian dan sangat berhati2, supaya kita tak tersentuh atau terkena kejahatan itu.

selain itu, taqwa adalah sumber tenaga kepada kita. dengan taqwa, seseorang itu akan bingkas bangun solat seusai azan, memelihara alam, berukhuwah atas landasan Allah dan sebagainya. taqwa juga adalah cerucuk yg paling dalam dan terkuat dalam hati kita untuk menahan kedasyatan ujian dan tribulasi dalam dunia ini. dengan taqwa, seseorang kan mampu melindungi dirinya dari apa2 macam godaan dunia.

Teruskan mencari taqwa

walaupun ramadhan hanya tinggal sehari lagi, dan bakal berakhir, kita masih sempat 'seeking' taqwa, dan teruskan kuat mencarinya walau di luar ramadhan. bonus yg Allah beri untuk mengampuni semua dosa2 kita sepanjang ramadhan,

Rasulullah saw berkata:" Sesiapa yg menetapkan solat pada malam-malam Ramadan setia daripada iman yang ikhlas dan berharap untuk mencapai ganjaran Allah (bukan untuk pamer), semua dosa-dosa yang lalu akan diampunkan ".

Ramadan adalah hanya satu kursus latihan intensif bagi kita untuk mengecas bateri 


sumber: langitilahi.com

Wednesday, May 25, 2011

Tak Mampu Berdiri Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim..

Kita baca Alquran bukan? bagaimana kita membaca Alquran? menghayatinya atau sekadar baca saja? baca Alquran itu sudah bagus. teruskan. nanti apabila sudah lebih kuat, bergeraklah meningkatkan diri dengan cuba memahaminya. banyak kelebihannya. kerana siapa yang mendalami Alquran, maka akan terbukalah kesedaran untuk dirinya.

'Dan cukuplah Allah sebagai wakil...'(An-Nisa:81)

'Wahai orang yang beriman, cukuplah bagi kamu Allah, dan orang mukmin yang mengikuti kamu.'(Al-Anfal:64)

'Sekiranya kamu sudah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.'(Ali-Imran:159)

Rentetan ayat ini membuat kita berfikir sekitar limitasi seorang manusia.
Kita semua faham bahawa berdikari atau berdiri di atas kaki sendiri ialah satu ciri untuk melahirkan manusia yang hebat, bagus dan meyakinkan. majoriti manusia di atas muka bumi ini akan diajar untuk berdikari, menguruskan diri mereka sendiri tanpa bantuan orang lain bagi mempersiapkan diri mereka untuk survival pada masa akan datang. manusia tidak akan mampu selama-lamanya menyandarkan masalahnya pada orang lain., atau selama-lamanya mengharapkan ada orang membantunya. dia perlu berdikari untuk meningkatkan dirinya, untuk meneruskan kehidupannya.. sesungguhnya dia sendirilah yang mencorakkan kehidupannya. andai kata dia tidak pandai berdikari, dia seakan-akan melukis kehidupannya dengan berus yang patah.

Namun meneliti ayat-ayat tadi, saya mula sedar bahawa sehebat mana manusia itu, sebaik mana pun dia mampu berdikari, maka sesungguhnya dia tidak mampu melepaskan pergantungannya kepada Allah SWT. sebenarnya manusia tidak berdiri dia atas kaki sendiri, sesungguhnya sifat itu hanyalah sifat untuk Allah SWT. Allah SWT  berfirman yang bermaksud,

'Sesungguhnya Kami tidak meminta rezeki darimu, bahkan Kamilah yang memberikan rezeki.'(Taha:132)

Hal ini menunjukkan, usaha manusia yang kita lihat sebagai berdikari tu, nak atau tidak,memerlukan juga Allah SWT. kadangkala rasa bongkak dan takbur akan menyusup ke dalam jiwa, apabila kita berjaya mencapai sesuatu dengan usaha kita sendiri. namun kita tidak sedar betapa kejayaan kita itu, setiap langkah kita untuk mencapai kejayaan itu diiringi dengan bantuan Allah SWT.

'Ingatilah Aku, maka Aku akan mengingati kamu, bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu kufur (terhadapKu).'(Al-Baqarah:152)

Sebab itulah kita perlu sedar bahawa kita sebenarnya hanyalah manusia yang kerdil. setiap usaha yang kita rasakan kita usahakan sendiri, pelajaran kita cemerlang hasil belajar sehingga lewat malam, dapat menang dalam pertandingan lepas berlatih dengan gila-gila, semuanya itu adalah diiringi bantuan Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Menguasai Segala-galanya. kita diberikan peluang dan pilihan untuk berusaha, dan Allah akan memberi natijahnya.

'Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah terlebih dahulu apa yang ada dalam diri mereka.'(Al-A'rad:11)



Apabila kita mula sedar akan hal ini, akan mencurah-curahlah rahmat Allah SWT kepada kita. jika hakikat ini kita hayati betul2, maka kita akan merasa lebih rendah diri kepada Allah SWT. apabila kefahaman ini menyusup ke dalam jiwa kita, maka akan berbuah lah syukur di dalam jiwa kita. jika semua ini kita lalui dan telan dengan baik, maka kehidupan kita akan bertambah berkat dan lapang seperti firman Allah SWT.

'Sesiapa daripada kalangan kamu yang bersyukur, maka akan Aku tambahkan untuk kamu (nikmat kamu), namun sesiapa daripada kalangan kamu yang kufur (tidak bersyukur) maka sesungguhnya azabKu amatlah pedih.'(Ibrahim:7)

Oleh itu, kita perlu meneliti kembali usaha-usaha kita. selama kita berdikari sendiri tanpa bantuan orang lain, apakah kita kaitkan segala kejayaan kita kepada Allah? atau kita sekadar melupakan saja bantuan-bantuan dan nikmat-nikmat yang Allah SWT berikan pada kita?

Ada saja yang lupa kepada Allah. dia merasakan segala kejayaannya di dunia ini adalah atas usahanya semata-mata. namun setelah kita lihat perkara yang sebenar, kita akan tersenyum sendiri.

Berdiri di atas kaki sendiri? Kita akan geleng kepala.

Kita hakikatnya bergantung kepada Allah. dan Allah itulah yang memberikan kita segala perkara. kita hanya berusaha dan natijahnya itu adalah milik Allah saja.

Sesungguhnya mereka yang sentiasa berhubung dengan Allah ialah mereka yang tahu akan asal-usul, serta tempat mereka ingin kembali.

Marilah kita duduk sebentar & mengkoreksi diri.

Wednesday, May 4, 2011

Bukan Muallaf Lagi

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah kita masih dlm kesedaran iman, islam dan amal. Menjalani kehidupan yg tanpa henti bercampur pula onak duri juga konflik umat yg melanda generasi dunia hari ini. Kdg2 sesuatu yg terjadi dlm kalangan kita pun, kita jarang tafsir dan lihat dgn mata kasar. Apatah lagi dgn mata hati. Insyaallah melihatkn fenomena dunia skrg sdkt sbyk kita muhasabah hati wlupn secebis cuma.

Kerah kudrat ke Simunjan

Alhamdulillah sbg pemuda pemudi islam, Allah beri kesempatan melunaskn kebaktian & mntarbiah hati (program IPT bersama masyarakat). Perjalanan memakan masa hampir 7 jam utk betul2 pijak d bumi Simunjan. Simunjan ni lokasinya dlm daerah samarahan. Em mmg pelik juga, sbb sy betul2 ingat samarahan ini hanya beberapa daerah kecil shj termasuklh uitm Sarawak, ttp rupanya lebih besar merentasi sebatang sungai. Tp itulah bukti Allah maha pemurah. Dia ciptakan bumi ini utk manusia menginap dan beribadah sebaiknya.

Katakanlah: ‘mengembaralah kamu d muka bumi, serta lihatlh bagaimana Allah mnciptakan manusia dr prmulaannya, kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pd hari akhirat) dlm bntuk kejadian yg baru. Sesungguhnya Allah maha berkuasa ats tiap2 sesuatu.’(al-ankabut:20)

Kami menjejak di Kg. Semalatong dan Kg. Sibau Rembau, dimana kampung ini ada lbh kurang 23 kluarga Iban yg islam (x sangka juga, ada bangsa Iban yg menganut Islam, alhmdulillah). Ttp dmaklumkan makin bertambah penganut islam  dr hari ke hari. Tugas utama kami, bersihkan surau (x ingat nama surau) + sillaturrahim lain. D surau seperti biasa ada organisasi yg dtubuhkan demi kemaslahatan penduduk d situ. Antara mereka yg mengangkat surau ini & program islami lain d kg itu, mak cik paridah dan suami, yg tlh memeluk islam sjk drjh 4.  juga pengerusinya haji hasyim. (masih x percaya org iban dpt buat semua!). kampung2 ini agak berdekatan dgn kg2 yg lain, jd mudah utk kami melihat interaksi antara mereka.


Usaha menentang kejahilan

Dlm kitab ulama assyahid dr. abdul qadir audah, semua org islam d dunia ini mengaku beragama islam dan kebanyakan mereka brbangga dgn nama trsebut. Ttp dukacita skli kbnykn mereka tdk mngetahui hakikat islam yg sbnrnya. Islam tdk ada hbngan dgn hati mereka mskipun hbngan dgn tutur kata mereka.
Kejahilan ttg islam mmbawa mrka jauh dr hokum hakam islam, mrka mnolak hukum2 itu mnyebabkn berlaku kruntuhan umt islam itu sndri. Sbnrnya islam ialah satu sistem hdup plhn Allah SWT.

‘ssngguhnya agama yg dredhai Allah hnyalah islam. Tiada berselisih org yg dberi alkitab kecuali sesudah dtg pngetahuan kpd mrka, krn kedengkian yg ada antara mreka. Ssiapa yg kafir trhdp ayat2 Allah maka ssngguhnya Allah sgt cepat hisabnya.’(ali imran:19)

‘ssiapa yg mncari slain drpd islam sbg deen(cara hdup), mka sama sekali tdk dterima drpdnya dan dia d akhirat kelak trdiri dr glgn yg rugi.’(yunus:32)

‘ssngguhnya Kami tlh menurunkan kitab kpdmu dgn mmbawa kebenaran, spy kamu mngadili angtara manusia dgn apa yg tlh Allah wahyukn kpsmu, dan jgnlaj kamu mnjadi penntang (org yg tdk bersalah) krn membela org yg khianat.’(an-nisa:105)

Byk lagi bukti2 ayat Allah lain, (al-maidah:3) (at-taubah:33) (ali-imran:85)

Nmun dlm ksmpurnaan islam ini, ramai  juga yg masih lg cuba mncari2 sistem khdpn lain utk mengatur khdupan mreka. Mreka ini sbnrnya jahil dgn reality islam sbnr. Sedih melihat kenalan2 bkn islam  yg beramal dgn cukup songsang dari syariat dn sunnah, x kena pd adab yg d syorkn.

Nmun apa yg prlu dlihat pd muallaf2 iban ini, hati mereka. Bgimana tekunnya mreka bljr alquran, prbetul diri, bgimana adab mreka. Lihat bgimana mereka berkomunikasi antara mereka, apa yg mereka dahulukan, peri pentingnya cara hidup baru ini pd mereka. Bagi saya yg melihat dan merasai, sgt jelas kesanggupan mereka mlksanakn islam. Tnpa berbelah bahagi. Spt bukan org yg baru memeluk islam. Lebih advance dari kita yg islam sjk lahir. Betapa mereka menghargainya. Cuma apa yg sy x percaya td, spengetahuan sy, spjg sy mengenali knln iban d uitm srwk, mreka sgt komited dgn agama mreka. Patuh pd arahan jadual yg dsusun, ambil berat soal kerelaan paderi, percaya dgn penuh reality dan sbgnya.
Tp, yg dlihat olh bgsa iban islm ini, islam ini tiada cela dan kecacatan.


Islam tiada kecacatan

“Masyarakat Islam” bukanlah sebuah perkumpulan atau organisasi manusia
yang menamakan diri mereka “MUSLIM” sedangkan syariat Islam tidak menjadi
undang-undang masyarakat itu, walaupun mereka patuh bersembahyang,
menunaikan rukun puasa dan naik haji ke Mekah. Bukan juga masyarakat Islam itu
yang mereka reka bentukkan bentuk Islam untuk diri mereka sendiri, lain daripada
yang telah diatur dan ditetapkan oleh Allah SWT dan telah diajar oleh Rasulullah
SAW, dengan memakai nama “Islam liberal” atau “Islam progresif”. (petunjuk spnjang zamn-syed qutub)

Musuh2 islam cuba menimbulkn keraguan d hati manusia agr tidak menerima islam ini sbg cara hdup.

Oleh sbb itu, jika hndak mengetahui islam maka perlulah mencarinya drpd sumber yg sahih lg dyakini. Alquran dan assunnah adalah sumber utama utk memahami, d smping utk kita merujuk kembali sirah rasulullah dan khdpn para shbt. Kmdian ulama2 mktbr.
Kejahilan terhadap islam, hanya kan membuatkn hidup kita huru hara. Jika peraturan paling sempurna d dunia ini tdk dpt kita hayati, bgimana kita hendak mengatur kehidupan kita dgn baik, dan bagaimana kita hendak mencapai tujuan hidup ini iaitu ibadah kpd Allah. Bgaimana pula kita hndak kembali kpd Allah dlm keadaan yg baik?

Ayuh kita semak kembali sistem kehidupan yg sempurna ini.
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com