Sunday, July 17, 2011

Bachelor of Taqwa

Bismillahirrahmanirrahim..


Semester dari Universiti of Ramadhan adalah semester yg terpendek di dunia. hanya 4 minggu belajar, tetapi apa yg Allah harapkan kepada kita sesuatu adalah amat dan sangat tinggi, sama ada kita mampu berdiri tegak ataupun tidak dalam jangkaan ini. dalam tempoh yg pendek ini, Allah telah menyediakan kita latihan yg intensif. apabila menjelang akhir ramadhan, insyaAllah kita akan scroll Bachelor of Taqwa!

Universiti ini bukan silibusnya tentang berpuasa sahaja, tetapi lebih dari tu.

"Wahai orang yang beriman, perintahkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang2 sebelum kamu supaya kamu mendapat taqwa" (Al-Baqarah: 183)

Allah telah menetapkan kpd kita, bahawa tujuan puasa adalah untuk mencapai taqwa, sama ada berada dlm ramadhan ataupun d luar ramadhan. ttp puasa yg telah dtetapkan kpd kita dlm tempoh masa tertentu, iaitu bulan ramadhan, kita perlu mencapai tahap taqwa yg advance, double, triple ataupun quadtriple..insyaAllah.
bulan ramadhan, bukan sekadar bulan puasa. org melayu kita selalu cakap, ' bulan pose', ttp hakikatnya ramadhan adalah 'bulan taqwa', 'bulan tarbiah' mahupun 'bulan alquran'. puasa hanyalah tiket untuk kita mencapai taqwa yg mendidik jiwa supaya sentiasa kembali kpd Allah.

kita mungkin familiar dengan perkataan taqwa, ttp kita belum tahu apa maksudnya. bagi yg tidak menyedari hakikat taqwa, atau masih tercari2 apakah rasa taqwa, ini maknanya untuk kita lebih memahami.

Umar al Khattab ra bertanya kpd Ubai b Kaab ra, apakah yg dimaksudkan dgn taqwa?
Ubai b Kaab menjawab, 'wahai Amirul Mukminin, pernahkah kamu berjalan di atas padang atau banjaran yg dipenuhi dengan pokok2 yg sarat dgn duri2?'
Umar berkata, 'ya.' Ubai bertanya, ' jadi, apakah yg kamu lakukan?'
Umar menjawab, ' aku mengangkat pakaianku dan aku sangat berhati2.'
Ubai berkata, 'itulah TAQWA!'.

Kita berjalan di atas dunia ini yg penuh dgn onak dan liku, yg sama ada pengakhirannya baik atau buruk. syaitan dan pengikut2nya seperti biasa akan berusaha dan menggoda kita untuk jatuh ke lembah kejahatan jika kita x tahan dgn pertahanan iman. jadi memeliki taqwa adalah dengan, mengangkat pakaian dan sangat berhati2, supaya kita tak tersentuh atau terkena kejahatan itu.

selain itu, taqwa adalah sumber tenaga kepada kita. dengan taqwa, seseorang itu akan bingkas bangun solat seusai azan, memelihara alam, berukhuwah atas landasan Allah dan sebagainya. taqwa juga adalah cerucuk yg paling dalam dan terkuat dalam hati kita untuk menahan kedasyatan ujian dan tribulasi dalam dunia ini. dengan taqwa, seseorang kan mampu melindungi dirinya dari apa2 macam godaan dunia.

Teruskan mencari taqwa

walaupun ramadhan hanya tinggal sehari lagi, dan bakal berakhir, kita masih sempat 'seeking' taqwa, dan teruskan kuat mencarinya walau di luar ramadhan. bonus yg Allah beri untuk mengampuni semua dosa2 kita sepanjang ramadhan,

Rasulullah saw berkata:" Sesiapa yg menetapkan solat pada malam-malam Ramadan setia daripada iman yang ikhlas dan berharap untuk mencapai ganjaran Allah (bukan untuk pamer), semua dosa-dosa yang lalu akan diampunkan ".

Ramadan adalah hanya satu kursus latihan intensif bagi kita untuk mengecas bateri 


sumber: langitilahi.com

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com