Thursday, September 1, 2016

3.30 am

bismillah

harini cuti merdeka, wow terbayang bayang dalam kepala aku muka najib dan sekutu-sekutunya. dan perjuangan mereka yang nak tegakkan kebenaran terutamanya rafizi haha.

ah pape je lah, dah 3 malam aku tak tidur siapkan first quarter writing ni. then siang gi lab, cuma siang tadi je aku tido seharian sebab cuti merdeka en. malam ni berjaga lagi. banyak lagi tak siap ni, susah weh nak karang ayat, nak kait result aku dengan reasons kenapa conduct experiment protocol gitu gini, kenapa dapat result camtuh bukan macam past studies punya result. ko mampu keee, aku rasa ni baru sikit, nanti nak siapkan full tesis memang tak kuar rumah la. 

camne ek nak cakap. aku bukan menyesal, bukan putus asa. tapi rasa macam tak larat la nak habiskan. result yang aku dapat tak memuaskan lagi, tengah berusaha selamatkan keadaan, kalau boleh tak nak la kita punya master di hujung tanduk. cuma pitih je la di hujung tanduk huwaaaaa. bukan merungut, tapi teringat dengan kata-kata budak bangla (eh bangladesh) Suraiya, dia labmate aku student phd, dah ada 2 anak. selalu gak aku mintak nasihat dia ni. tapi dia selalu provoke aku pasal jodoh, suruh aku kawen cecepat, you life will be more tough, but you will be a better person. marriage will help you to enter jannah and be a good muslim. katanya. wuishh cambest je kawen. yela dia kawen masa 19 taon kot. pengalaman dia before phd kt mesia, dia dah gi europe n duduk kat finland 5 taun. 

ok back to the topic. suraiya ni cakap kat aku kita ni selalu je risau itu ini, pastu down tak memasal, pastu sipa bersumpah dengan diri sendiri nak jadi gitu la jadi gini. dalam hidup ni, banyak lagi benda yang boleh kita fikirkan. banyak lagi kegembiraan, manfaat kebaikan yang boleh kita dapat. kalau kita nak benar2 hidup, kita akan cari sesuatu yang jadikan diri kita manusia yang lebih baik, soft hearted person, tolerate, berfikir tentang teknikal kehidupan yang lebih besar cabarannya. tak perlu stagnant down dengan keadaan yang mematahkan kita. tu aku translate balik ayat english dia. wehhh betul sangat dia cakap dia. giler malaikat ke suraiya ni haha ke wali Allah..wakakaka k merepek


keep calm, dan lihatlah alam yang seluas-luasnya ini. usah bermimpi dalam anganmu yang sempit

camne ek nak relate. contohnya, bila kita ada masalah yang menjatuhkan kita, kita jadi negatif. kita tak nak menerima pendapat orang, tak nak bergaul, tak nak cari kebaikan. ada orang yang solve dengan duduk je sendiri-sendiri, scroll internet sampai lebam, tengok porno (ni memang ada, suraiya tu cakap la) sebab putus cinta kot. macam segalanya buruk bagi diri dia. huhu okay. segalanya telah berlaku, hidup manusia Allah jadikan penuh ujian, sama ada kebinasaan diri yang mengganggu keimanan, ketakutan, kelaparan mahupun kegagalan. di sini lah turning point Allah nak kita ubah mind set, belajar menerima. tak salahkan keadaan. tapi berbalik pada diri sendiri. make everything moderate in your life, sederhana, tak perlu nak capai tingi-tinggi macam orang lain, kalau mampu capaila.

kehidupan ini hakikatnya untuk akhirat. jadi selagi kita belum nampak akhirat tu, kita masih layak untuk menikmati kehidupan ini dengan lebih baik. positifkan diri kita, cari pembaikan yang bersepah di sekeliling kita sekarang ni. ataupun fokus pada satu benda yang kita suka. living life to the fullest. kita tak akan sempurna sampai bila-bila, tapi tak akan lemah sampai bila-bila. kita ada tubuh badan yang menguatkan, ada hati naluri yang boleh dikuatkan dengan akal & rahmat dari Allah. masakan lah kita nak down berterusan. betul weh aku suka point suraiya ni, berjela gak la aku huraikan point dia ni.

okay aku akan kuatkan diri. bila kita lemah, satu titik akan menutupi jiwa kita. dan akan tutup keseluruhan bila lemah berterusan. yakinlah Allah maha Pengasih dan Penyayang. kita tak ada manusia yang mendamping kita? Allah ada sayang untukmu. kita perlu sabar. penyelesaian kepada masalah kita bukan selesai seminit je, mungkin proses agak panjang, tapi kita belajar menjadi lebih baik dan kuat along that way insyaAllah.

"sekarang Allah telah meringankan kamu kerana Dia mengetahui ada kelemahan padaMu. maka jika di kalangan kamu ada seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh, dan jika di antara kamu ada seribu orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu musuh dengan izin Allah. Allah beserta dengan orang-orang yang sabar." (Al-Anfal:66)

 sabar sikit ya. Allah akan gandakan.

ok chiow. tido zzzz

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com