Tuesday, March 8, 2016

performed vs tak performed?

tak tau nak letak tajuk apa. apa punya tajuk daaa atas tu -_-'

sebelum apa-apa, aku rasa macam minggu ni bercelaru sikit jiwa sanubari aku (cewah). hari ni je ada daurah, aku rasa blur, malas nak bercakap ngan orang. entah kenapa tah. rasa nak buat hal sendiri, cari ketenangan. haha macam-macam hal lah aku ni. 

lepas solat maghrib tadi aku terfikir, kita selalu rasa down n rasa diri ni teruk sangat bila tak performed. tak performed apa? tak performed dalam amal. bukanlah aku mahu jadi sempurna yang muttabaahnya lengkap langsung tak pernah skip walau sehari. tapi sekurang-kurangnya itulah cara yang boleh buat kita lebih dekat dengan Allah, merasakan keberadaan Allah n terhindar dari buat benda yang mungkar.

Gambar takde kaitan, tapi aku suka pergi masjid, sebab fokus dia tu lain macam. erk?


contohnya solat. tadi masa daurah, ustaz (tak ingat nama) cakap solat yang terbaik adalah solat yang memberi kesan pada diri sendiri selepas menunaikannya. maksudnya, solat menghindarkan kita berbuat perbuatan mungkar n keimanan kita kepada kekuasaan Allah bertambah. lagi satu, zikir-zikir ringkas tu penting katanya. sebab kalau kita recite walaupun hanya Astaghfirullah, kesan dia pada hati mengingatkan dosa-dosa yang dah dilakukan 5 minit yang lalu. hebat kan. zikir ni juga kalau kita perasan, kalau kita tengah cemas, gelabah tak tentu hala, time tu zikir buat kita bergantung sepenuhnya pada Allah. 

macam orang banyak sebut review pasal citer munafiq. haha dah 3 kali kak sya n kak lina ajak aku gi tengok, tapi aku ni jenis malas masuk wayang, tapi takut gak tengok citer hantu, aku ni sekali tengok cite hantu terus terbayang. ok lari topik

ok nak katanya, kadang-kadang kita ada missed banyak juga muttabaah amal harian kita macam baca quran, solat sunat rawatib, zikir. yang ni list2 yang common. kalau kita ada termissed semua tu mesti akan rasa down. rasa diri ni teruk sangat, rasa macam tak sungguh nak kejar redha Allah. terfikir kalau mati dalam keadaan tengah lalai, macammana lah keadaan aku kan, astaghfirullah. tapi, alhamdulillah Allah tak pernah buat aku putus asa untuk naik balik (walaupun sikit je improvement). apa yang buat aku fikir lepas mengalami perasaan tu semua,

'kenapa aku perlu menjatuhkan diri aku sendiri dalam bab mendekatkan diri pada Allah?'

'bangkit lah dengan sedikit usaha, terus bersangka baik dengan Allah yang bila kita down dengan amal-amal, masa tu mungkin Allah nak bagi peluang muhasabah diri n lebih n lebih rapat lagi dengan dia'

kalau perasaan banyak je 'station-station muhasabah' yang Dia sediakan dalam hari-hari kita. bila kita sedar semua tu, dapat tahu kekuatan macammana yang diri sendiri perlukan. betul tak? haha. sebenarnya nak address 'aku' je rather than 'kita'. haha apa-apalah

last but not least, tiada istilah 'terlambat' untuk improved ibadah n amal selagi pintu taubat belum tertutup (ok yang ni cliche kan?) tapi betullah. kalau nak down je, sampai bila lah nak jadi manusia yang melakukan perubahan. perubahan pada diri sendiri. 

aku suka quote ayat ni:

- surah al-imran ayat 133
- surah fussilat ayat 30
- surah kahfi ayat 30
- surah kahfi 104 & 105

**tazabarnye nak tunggu jumaat ni, balik KL. aku tak larat dah sebenarnya duduk jaybee ni. hahaha


0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com