Monday, October 3, 2016

A wake up call October

Dah 3 oktober, esok dah 4 oktober. Gila la masa berputar pantas betul. Aku perasan post 2016 ni banyak plak berbanding tahun-tahun sebelum. Haha banyak sangat kot benda berlaku, then blog je lah tempat karang ayat. Takdelah, sebenarnya aku nak simpan koleksi-koleksi post-post ni. Sama ada post aku tu merepek or tak perlu dipost pun. Tapi okaylah kan nanti dah tua boleh tengok baru betapa haru biru jugak hidup ni dulu.

Sebenarnya kalau hidup ni asyik smooth je, kita tak kan ada peluang nak jadi seorang yang kuat, diplomasi, toleransi dengan orang lain, considerate etc. betul tak? Haha. Bila menghadapi sesuatu situasi, macam-macam situasi sama ada perkara yang menjahanamkan diri kita atau life sucks (hahahahahaha! jaga mulut tu sikit). Sebab kita boleh belajar meletakkan diri kita dalam kasut orang lain. Tapi not every situation pun kena tolerate or considerate. Ikut atas orang jugak, kadang-kadang orang sombong, tak hargai kebaikan orang lain. Boleh pergi mati orang camni. Excuse my words

Budak-budak lab aku antara orang yang cakap aku ni baik. Sampai ada yang tiap kali makan je belanja, pape semua refer aku. Padahal aku tak pernah belanja dorang pun haha. Entahlah aku jahat lah in real. Haha. Hipokrit tahap 90000. semua orang ada hak dilayan baik, tapi sama ada kita hargai atau karma yang menjemput. Kebaikan yang kita beri pada orang sekeliling bukanlah utk kepentingan kita. Memikirkan mungkin orang lain juga ada kebaikan yang lebih besar dari yang dapat kita beri, maka rugilah kalau lepaskan. 



Haritu berbual dengan sorang makcik cleaner kat fakulti aku, ada makcik cleaner sorang lagi tengah bising sebab panas dengan student phd ni yg lantak dia pijak lantai masa dia tengah mop, taktahu lah mungkin phd tu buat mata buta kot 😏 Pastu makcik yang borak ngan aku tu cakaplah pasal kebaikan sesama manusia ni. Dia cakap la kebaikan yang kita tunjukkan secara tidal langsung kepada orang sekeliling ni memaparkan macammana kebaikan yang dalam hati kita. Aku rephrase ayat makcik tu. Contohnya, kalau kita marah kat orang sampai lebih2 macam nak ajak gaduh, agak-agak dalam hati kita tu ada sabar tak. Giteww lah. Then aku pun terfikir, kebaikan yang kita paparkan kepada orang lain, menandakan sejauh mana kita memberi kebaikan pada diri kita sendiri. Bagaimana kita menaikkan nilai diri kita di sisi masyarakat, apatah lagi di sisi Allah. Aku mengaku aku pun tak baik mana, semua orang pun ada kelemahan dan buat salah. 

Tapi, jangan sampai terfikir untuk merendahkan orang lain. Rendah hati tu lagi baik daripada tingginya ilmu. Ilmu yang tinggi tapi tak bermanfaat & tak menjadikan akhlak kita baik, tak guna juga. Analoginya mudah, kita tak sempurna & tak mampu selesaikan semua benda seorang diri. Macam jari-jari kita ada 5 kan, kalau ikut mitos ada definisi setiap jari. Contohnya, ibu jari yang selalu guna utk benda baik, jari tengah yang paling panjang tapi sombong, jari manis yang sopan sampai digunakan utk sarung cincin, jari telunjuk yang menuding & menyalahkan. Semuanya ada perbezaan tersendiri, sama jugak macam kita dalam komuniti ni. Konsep ni bagi aku mudah, kesederhanaan. Ye, hidup ni sederhana. Dari situ, kita belajar untuk merendahkan hati kita dalam semua situasi. Belajar untuk menghargai orang lain & menerima kekurangan mereka. 

Hmm still jauh kan diri kita ni kalau nak jadi betul-betul baik. Kadang-kadang termarah, tettinggi suara, tertuduh, macam-macam. Tapi kadang-kadang orang masih menghargai kita, orang still sayang kita, masih memberi kat kita. Entahlah, mungkin aku je yang tak sedar semua ni. Memang sunnatullah, Allah jadikan umat manusia yang brrbilang ni untuk saling berkenalan & melengkapi. Tinggal kita sabar & berbaik sangka saja. Lebih baik tersalah baik sangka, daripada tersalah buruk sangka kan. Sebab kita sedar pahala kita belum cukup utk capai redha & syurgaNya. Allahu terima kasih atas pengajaran ini makcik & pakcik cleaner yang selalu tegur aku, kadang-kadang cuma aku je terjalan laju tak tersapa diorang.

Not just a wake up call in october, but a shot to make small hijrah. Hehe
Salam Maal Hijrah 😊

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com