Friday, June 20, 2014

Pre-Ramadhan


Lagi 10 hari tetamu agung akan tiba. Rasa eksaited tak? Saya sangat eksaited. Sebab apa eksaited? Sebab bulan yang dinanti-nanti akan datang. Bulan yang Allah sediakan ganjaran yang osem berlipat-lipat ganda. Hanya orang yang mendengar saja lah yang beria menerima berita ini dan menyahut seruan Allah (Al-An’am:36). Okay ayat ni sangat sentap.


Kita pelik dan tengok saje kenapa orang gumbira benar bila Ramadhan nak dekat, padahal Ramadhan tu puasa macam biasa je lah. Malam ada solat sunat trawih, buka puasa, sahur dan bazaar Ramadhan. Err


Allah wahyukan pada Rasulullah melalui Jibril tentang istimewanya Ramadhan ni. Ramadhan ni satu-satu anugerah Allah yang Dia janjikan pahala yang berganda bahkan boleh menghapuskan dosa-dosa kita terdahulu yang tak terhitung tu. Allah tak ada pula menceritakan ganjaran pada bulan-bulan lain setanding dengan ganjaran bulan Ramadhan. 


Antara hadis sahih riwayat Bukhari & Muslim:

‘Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.’

‘Barangsiapa yang membangunkan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.’

 Dua hadis ni cukup menerangkan tentang keistimewaan Ramadhan itu sendiri. Dosa-dosa kita yang dulu-dulu diampuni oleh Allah jika kita berpuasa seluruhnya keranaNya. Hadis kedua juga disebutkan seruan Allah untuk menghidupkan Ramadhan, iaitu dengan ibadah ikhlas untuk meraih keampunan dan redhaNya semata, so baru boleh terhapus dosa-dosa kita, dengan kehendak Allah inshaAllah. Itulah yang dimaksudkan dengan berkira-kira yang disebutkan dalam hadis di atas. Kata kuncinya adalah keranaNya dan ikhlas, serta menghitung amalan-amalan  (Apa lagi yang aku tak buat?) dalam bulan ramadhan semata-mata untuk penyucian diri.


                                       Hendak tidak hendak, kena go jugak. Ewahh

Jadi amatlah penting untuk kita fokus semaksimum mungkin pada bulan ni. Tak kira sesibuk mana kita, berilah penumpuan extra dalam ibadah di bulan ramadhan ni sebab ia merupakan refleksi untuk bulan-bulan lain. Bak kata naqibah saya, Ramadhan ni macam kursus, tempat kita melatih diri untuk performance kita pada masa depan atau masa bekerja nanti. See?


Jadi, sebab itulah Ramadhan itu dinanti-nanti kalau kita memahami apa yang Allah janjikan. Panaskan engine kita dari sekarang, praktis diri untuk bangun malam dan bina momentum dengan mendekatkan diri dengan Allah. Supaya nanti hari pertama Ramadhan kita menjadi hambaNya yang bersedia menyahut ganjaranNya. Supaya Umphh Ramadhan cepat melekat dalam jiwa kita berbanding tahun-tahun lepas, di mana kadang-kadang lambat feel tu nak datang kan haha. Buat planning dan target apa yang nak dicapai Ramadhan ni. 


‘Aku nak jaga hati aku. Nak jaga amalan supaya aku lebih dekat dengan Allah. Rugi kalau Ramadhan aku sama je macam tahun-tahun lepas. Banyak yang aku hambarkan. Maka keluar Ramadhan pun hambar je. Aku nak berbakti pada keluarga dengan masak juadah berbuka (Ehh! Mampu ke?) dan nak sedeqah time pergi solat tarawih and mesti singgah bazaar (untuk bagi kat jiran ke kengkawan makan err). aku nak khatam and tadabbur Quran blablabla...’
Tu contoh target la. Tapi rasanya korang punya target mesti lagi bombastic.


Tinggalkanlah dulu planning nak beli baju raya yang dijual kat beratus-ratus page Instagram. Baju raya kita beria fikir, macam ni ke kita sahut kebaikan yang Allah nak bagi? Nanges T_T. Beria kita tu belum tentu lagi umur kita akan sampai ke Ramadhan tahun ini.


JOM! Kita panaskan engine kita, ikat tali kasut kemas-kemas, tunjukkan beria-ria kita tu dengan persiapkan ruh, jiwa even masa sekalipun untuk Ramadhan.


Jadi, bersediakah kita untuk 'berkira-kira'? If you know what I mean. Allahumma ballighna Ramadhan.


*Actually baru usrah tadi. Tugasan tafsir surah al-Qadr. Memang kena lah kan. Naqibah pun banyak bincangkan pasal Ramadhan. Aku pun terbangkit dari lena, ‘Ehh aku wat lek wat cool je ramadhan nak dekat dah woi.’

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com