Saturday, June 14, 2014

The Loose


Darimu kutemukan hidupku~ lalalala

Fefeling jiwang sikit hihi


                                                                   Batu Burok, Terengganu
Takde kaitan pun ya.

Sebenarnya ada sesuatu yang aku wonder malam tadi selepas usai solat maghrib. Tentang kenapa boleh lengah-lengah solat. 

Teringat masa bertarung nyawa buat fyp haritu, tunggang langgang hidup. Memang kalau boleh nak menghargai setiap minit dan saat untuk buat tesis ni. Memang setiap masa duduk depan laptop. Sampai roommate pun kata ‘wani tak makan  ke tak tidur ke tak blablabla…’ Mana tidaknya bersengkang mata jugak aku tulis tesis tu. Kepala ni tak payah ceita la memang dia punya berat tu macam ada bola besi lotaq peluru tu hampa tau dak, bukan main berat benau. Tapi haru nya time viva kena hentam baik punya dengan panel. Takpelah yang tu kena admit careless diri sendiri. Seriously aku memang tak tidur masa writing tesis ni, sebab otak aku ni lembap sikit so nak reka ayat tu memang macam siput la. 
 
So, nak ceritanya kat sini, dalam  kelam kabutnya aku  masa tu, bila tiba waktu solat, mesti ada terlintas dalam kepala ‘huih nak siapkan ayat ni bagi habis takat ni, pastu baru gerak semayang’ ‘eh japgi lah solat kalau tak buat ni rugi masa’ ‘alaa nanti kalau buat lepas solat takut tak sempat’. Baik punya alasan kau tu. Susah nak tepis perasaan ni. It seems too simple to wonder, benda ni time aku form 1 ada kakak selalu bagi tazkirah pasal ni la weh. Clithce (okay tak reti eja). Habis tu benda-benda macam ni kau ingat out-to-date ke? Kena la refresh selalu. Pehal la emo sangat.

Jadinya cerita dia, aku teringat ayat ni.

‘Sekiranya kamu dan sesiapa sahaja di atas muka bumi ini seluruhnya ingkar, maka hal demikian tidak merugikan Allah sedikitpun, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Terpuji.’ (Ibrahim:8)

Kita rasa kerja kita paling penting untuk masa ni. Kita rasa kitalah manusia paling sibuk sekali sebab nanti lepas grad nak jadi boss besaq kat menara jagung. Solat kita, doa kita, amalan kita, dah tak sama macam kita buat masa kita gila ‘beriman’. Mungkin masa tu kalau bagi note pad suruh tulis list ranking 1 sampai 5 apa benda paling penting dalam hidup kau, Allah takda la kot. Hehe. Kita belakangkan solat yang Allah suruh tu. Mungkin kita rasa sekali sekali solat lambat, lepas selesai tesis ni hantar hard cover semua, aku semayang ah awal balik, sibuk je la awak ni.

Kalau aku solat lambat, solat patuk-patuk ayam je, baca laju laju, asal solat lah ye, Allah tak rugi apa apa tau. Kita yang rugi sebenarnya. Apa yang kita nak tunjuk sangatlah kerja kita yang banyak sangat tu. Apa yang kita nak show off sangat lah tesis yang kebabom tu. Padahal yang bagi kita ilmu, kudrat dan nikmat belajar tu Allah juga kan. Apa kita nak tu njuk kita hebat sangat ke bila dapat buat projek final year tu, tapi kita kecil-kecilkan solat. Solat tu suruhan Allah yang pertama sekali dihisab, apatah nak dapat masuk syurga tanpa hisab jangan mimpi siang la dik. 

Peluang kita berjumpa dan berbicara dengan Dia adalah peluang yang Allah janjikan dalamnya kekuatan., seperti Rasulullah berkata kepada Bilal bin Rabah ketika tentera muslimin keletihan dan ramai tentera yang mati di dalam Perang Uhud, ‘Rehatkanlah kami dengan solat.’

‘Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang bersolat, iaitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya. Juga orang-orang yang dalam keadaan riak dan bangga diri dalam ibadah.’ (Maryam: 4-6)

Allah tak pernah memerlukan manusia sebenarnya. Kalau pun kita buat dosa sampai kita kata ‘ala mana azab neraka yang korang kata tu? takde pun!’ nauzubillah. Bahkan, Allah tu sifatNya Maha Besar, Kaya dan Berkuasa, kuasaNya tak akan terefek pun dengan lengah-lengah kita tu. KekayaanNya tak akan menjadikan Dia miskin pap kedana pun kalau kita main-main denganNya. Manusia itulah hakikatnya jadi lebih mulia kalau dia sujud pada Allah dalam hati ikhlas and menyerah diri.

Allah adalah Pemberi nikmat, kekuatan dan ketenangan. Bahkan Dial ah yang memudahkan kerja-kerja kita tau kalau awak-awak semua nak tau. Macam invisible hand giteww. Jadinya, kalau kita melekakan Allah, meninggalkanNya, mengambil ringan dengan kuasa-kuasa Dia, boleh jadi nikmat kekuatan, ketenangan semua tu akan hilang dari hidup kita. Semua tu pun akan lengah nak datang pada kita. Sebab kita ni mudah melatah. Ada banyak kerja sikit, solat lambat. Kita rugi banyak woo.

Rugi kita tu bukan kat dunia je tau, sampai ke akhirat nanti. Takut kan? nanti kat padang mahsyar baru akan rasa kerugian yang betul-betul rugi tu, sebab kat dunia tak rasa kan. Nah.

‘Katakanlah sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarga mereka di hari kiamat kelak. Dan ingatlah yang demikian itulah kerugian yang nyata.’ (Zumar:15)

Kerugian yang nyata tu macam mana? Terai lah rugikan diri. Choi

Ini peringatan untuk diri saya juga yang konon-konon sibuk sangat ni. Okay setakat tu je yang terlintas. Hehe

*Sebenarnya tengah mencari topic untuk usrah ni. And why not kan XP

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com