Thursday, February 12, 2015

Of the Magnificent Tarbiyah

Actually this is the delayed post. Still, I want to post it out. Ehehe. Just like throwback, but meaningful on its content.
*
*
*
Aku sentiasa sedar bahawasanya lebih kurang 3 minggu lagi aku akan menamatkan zaman bujang, ehh, zaman belajar di UiTM Shah Alam & Perlis. Stay kat Perlis sejak 2011 dan final year kat Shah Alam sehingga lah sekarang. It’s been 3 years. Banyak yang aku dapat baik yang manis mahupun yang buruk. Tapi kedua-duanya akan menjadi memori supaya boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran.
Perkara manis yang aku dapat di sini tak terhitung banyaknya, aku akui itu. tapi sebanyak-banyak kemanisan tu boleh dirangkumkan dalam hanya satu perkataan.

TARBIYAH.

Tarbiyah maksudnya pendidikan. Aku bermula ketika belajar di UiTM Sarawak sehingga lah sambung degree kat Shah Alam/Perlis. Tingkatan tarbiyah yang aku dapat berbeza sangat, tapi menghidupkan. Daripada menjadi mutarabbi (adik usrah) hingga lah diberi amanah untuk pikul tugas dakwah. Dan sepanjang perjalanan merentasi setiap tingkatan tu adalah tarbiyah. Even kalau tidak menjadi murabbi (bawa adik usrah) sekalipun, tarbiyah tetap berjalan.

Aku percaya level tarbiyah bagi setiap tingkatan berbeza. Atau dalam kata lain, jenis ujian. Jika sebagai mutarabbi, kita harus memikirkan tentang bagaimana untuk istiqamah, bagaimana untuk mantapkan iman dan mungkin juga diuji dengan ukhuwah. Jika bergelar murabbi pula, ujiannya aku kira lebih getir. Harus memikirkan bagaimana untuk dakwah fardiah (dakwah individu) adik-adik, kawan-kawan hatta keluarga. Kalau dengan keluarga, mungkin payahnya hanya kita saja yang tahu. Tapi takpa, Rasulullah sendiri ditentang oleh kaum keluarganya, tapi Baginda tetap terus menyampaikan biarpun dibaling najis di tengkuk dan melepaskan bapa saudara sendiri dalam keadaan tidak Islam. Jika dengan adik-adik, semestinya kita berkorban dengan masa, wang dan studi sendiri. Bahkan perlu berperang dengan emosi bila respon mereka mengecewakan. Sebagai seorang daie (penyeru) juga perlu sangat menarik-narik hati dengan hawa nafsu terhadap jahiliyyah yang datang mahupun membuang yang sedia ada dalam diri. Supaya tidak dituntut di akhirat kelak (As-Saff:2).




Tapi tarbiyah mampu mengatasi ujian itu. Apabila memahami bahawa pertolongan Allah sangat dekat, Allah Maha Mengetahui dan Berkuasa di sebalik segala yang berlaku, segala langkah penyelesaian semua kita akan berbalik pada Dia. Jika dulu hanya tahu menyalahkan orang lain bila ditimpa musibah, hanya memikirkan untuk marah, hanya mahu melepaskan stress dengan tengok wayang, movie marathon bahkan soal hubungan dengan manusia juga, tarbiyah mendidik bahawa ukhuwah adalah cabang kepada iman. Didatangkan sahabat-sahabat yang menyokong dan saling menasihat, sungguh ia adalah tarbiyah yang menguatkan. Belajar erti mujahadah dan berkorban demi redha Allah melalui sejarah Rasullulah dan para sahabat. Tarbiyah mengajar untuk terus bina kekuatan dariNya hanya kerana syurgaNya mahal untuk dijejak oleh orang yang bersenang-lenang di dunia. Dan dakwah itu diperkuatkan oleh tarbiyah. Memikul tugas dakwah bukanlah sesuatu yang terlintas di akal fikiran pada awal permulaan. Tapi, ia sememangnya amanah Allah kepada kita yang sudah dapat dan disampaikan seruanNya. 

‘Katakanlah (Muhammad), “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.” (Yusuf: 108)


Ujian sepanjang perjalanan mendidik jiwa supaya tetap dan tsabat menakhluk hati manusia dan membebaskan manusia dari jahiliyah. Teguh jiwa membawa risalah dakwah mengajak  manusia kepada Allah. Jalan ini tak akan pernah dibentang karpet merah, mungkin akan berjumpa atau terpijak duri dalam perjalanan, tapi di hadapan pasti indah Allah janjikan. Jatuh terjelepok tu memang akan berlaku, aku juga pernah mengalami. Seperti hilang arah, disebabkan kekurangan diri. Tapi sekali lagi, tarbiyah menyelamatkan. Dakwah dan tarbiyah itu adalah penyelamat sebenarnya (Idad Murabbi). Jika kita keluar darinya, ia tidak pernah rugi bahkan terus berjalan, sebab Allah sebutkan dalam Alquran, Allah mampu gantikan orang yang lebih baik untuk mentadbir bumi ini. Kalau aku putus asa, aku yang rugi dan mungkin akan tenggelam semula dengan jahiliyah. Dakwah dan tarbiyah tu mampu menghidupkan kerana umat yang berjuang untuk redhaNya tidak akan mati, bahkan kita akan berjaya sebab sebaik-baik dakwah dan tarbiyah itu adalah celupan Allah (Baqarah: 138) dan tak syak lagi adalah pertolongan dari Allah (Muhammad: 7).


Untuk ummah yang sedang tenat sekarang, kita sangat perlu kepada tarbiyah dan Islam tu sendiri dan menggunakan kesan tarbiyah sebagai bekal untuk membantu membina iman orang lain dan bekerja bersungguh-sungguh biarpun dengan jiwa kerana ruh yang menggerakkan kapal dakwah tu. Aku harap selepas habis belajar, aku mampu untuk terus berasa di landasan ni. Mohonlah agar Allah sentiasa nak mentarbiyah kita, tak biarkan kita leka dengan dunia hingga hati kita jadi keras dan susah untuk berbalik semula.

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com