Sape tu?
Ramadhan.
6 kali dia ketuk. Dan ketukan itu akan berkurangan lepas ini malah semakin kuat gemanya tanda dia juga eksaited.
Menunggu tempoh 6 hari ni, carilah bekas-bekas untuk dibawah menadah bekalan semasa Ramadhan nanti.
Latih diri tilawah Al-quran setiap hari tak tinggal. Zikir dan istighfar di kala diri tak lekang dengan dosa. Didik diri solat di awal waktu dan tingkatkan tahap khusyuk dalam solat. Cuba bangun malam agar hati lentur lembut dan mudah terbiasa untuk bangun semasa Ramadhan nanti. Latih diri bersedeqah walaupun sedikit, dengan hati yang ikhlas keranaNya, bukan dengan tangan. Pupuk hati agar sentiasa melihat kebaikan pada diri orang lain dan berlapang dada memohon dan memaafkan. Ikhlaskan jiwa merendah diri di hadapan Allah agar terhindar sifat u'jub dan takbur.
Supaya kehangatan beramal dan beribadah padaNya kita tak lekok dan cepat terbiasa.
Supaya kita rasa nikmat berduaan dengan Allah pada Ramadhan nanti. InshaAllah.
Kalau boleh nak ambil kebaikan Ramadhan tu dari awal. InshaAllah.
Bukankah Allah janjikan keampunan untuk dosa-dosa terdahulu jika kita berkira-kira mengejar pahala Ramadhan?
Siapa tak nak kan? Rugi yang pandang sebelah mata je.
Semoga 6 days road to Ramadhan, sempat untuk kita.
Allahumma ballighna Ramadhan. YOSH!
Encouragement for myself though.
0 comments:
Post a Comment