Lagi 10 hari tetamu agung akan
tiba. Rasa eksaited tak? Saya sangat eksaited. Sebab apa eksaited? Sebab bulan
yang dinanti-nanti akan datang. Bulan yang Allah sediakan ganjaran yang osem
berlipat-lipat ganda. Hanya orang yang mendengar saja lah yang beria menerima
berita ini dan menyahut seruan Allah (Al-An’am:36). Okay ayat ni sangat sentap.
Kita pelik dan tengok saje kenapa
orang gumbira benar bila Ramadhan nak dekat, padahal Ramadhan tu puasa macam
biasa je lah. Malam ada solat sunat trawih, buka puasa, sahur dan bazaar
Ramadhan. Err
Allah wahyukan pada Rasulullah
melalui Jibril tentang istimewanya Ramadhan ni. Ramadhan ni satu-satu anugerah
Allah yang Dia janjikan pahala yang berganda bahkan boleh menghapuskan dosa-dosa
kita terdahulu yang tak terhitung tu. Allah tak ada pula menceritakan ganjaran
pada bulan-bulan lain setanding dengan ganjaran bulan Ramadhan.
Antara hadis sahih riwayat
Bukhari & Muslim:
‘Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan
Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala
dosanya yang terdahulu.’
‘Barangsiapa yang membangunkan Ramadhan, penuh
keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang
terdahulu.’
Dua hadis ni cukup menerangkan
tentang keistimewaan Ramadhan itu sendiri. Dosa-dosa kita yang dulu-dulu diampuni
oleh Allah jika kita berpuasa seluruhnya keranaNya. Hadis kedua juga disebutkan
seruan Allah untuk menghidupkan Ramadhan, iaitu dengan ibadah ikhlas untuk
meraih keampunan dan redhaNya semata, so baru boleh terhapus dosa-dosa kita,
dengan kehendak Allah inshaAllah. Itulah yang dimaksudkan dengan berkira-kira
yang disebutkan dalam hadis di atas. Kata kuncinya adalah keranaNya dan ikhlas,
serta menghitung amalan-amalan (Apa lagi
yang aku tak buat?) dalam bulan ramadhan semata-mata untuk penyucian diri.
Hendak tidak hendak, kena go jugak. Ewahh
Jadi amatlah penting untuk kita fokus
semaksimum mungkin pada bulan ni. Tak kira sesibuk mana kita, berilah penumpuan
extra dalam ibadah di bulan ramadhan ni sebab ia merupakan refleksi untuk
bulan-bulan lain. Bak kata naqibah saya, Ramadhan ni macam kursus, tempat kita
melatih diri untuk performance kita pada masa depan atau masa bekerja nanti.
See?
Jadi, sebab itulah Ramadhan itu
dinanti-nanti kalau kita memahami apa yang Allah janjikan. Panaskan engine kita
dari sekarang, praktis diri untuk bangun malam dan bina momentum dengan
mendekatkan diri dengan Allah. Supaya nanti hari pertama Ramadhan kita menjadi
hambaNya yang bersedia menyahut ganjaranNya. Supaya Umphh Ramadhan cepat
melekat dalam jiwa kita berbanding tahun-tahun lepas, di mana kadang-kadang
lambat feel tu nak datang kan haha. Buat planning dan target apa yang nak
dicapai Ramadhan ni.
‘Aku nak jaga hati aku. Nak jaga
amalan supaya aku lebih dekat dengan Allah. Rugi kalau Ramadhan aku sama je macam
tahun-tahun lepas. Banyak yang aku hambarkan. Maka keluar Ramadhan pun hambar
je. Aku nak berbakti pada keluarga dengan masak juadah berbuka (Ehh! Mampu ke?)
dan nak sedeqah time pergi solat tarawih and mesti singgah bazaar (untuk bagi
kat jiran ke kengkawan makan err). aku nak khatam and tadabbur Quran blablabla...’
Tu contoh target la. Tapi rasanya
korang punya target mesti lagi bombastic.
Tinggalkanlah dulu planning nak
beli baju raya yang dijual kat beratus-ratus page Instagram. Baju raya kita
beria fikir, macam ni ke kita sahut kebaikan yang Allah nak bagi? Nanges T_T. Beria kita tu belum tentu lagi umur kita akan sampai ke Ramadhan tahun ini.
JOM! Kita panaskan engine kita, ikat tali kasut kemas-kemas,
tunjukkan beria-ria kita tu dengan persiapkan ruh, jiwa even masa sekalipun
untuk Ramadhan.
Jadi, bersediakah kita untuk 'berkira-kira'? If you know what I mean. Allahumma ballighna Ramadhan.
*Actually baru usrah tadi. Tugasan tafsir surah al-Qadr. Memang
kena lah kan. Naqibah pun banyak bincangkan pasal Ramadhan. Aku pun terbangkit
dari lena, ‘Ehh aku wat lek wat cool je ramadhan nak dekat dah woi.’
0 comments:
Post a Comment