Darimu kutemukan
hidupku~ lalalala
Fefeling
jiwang sikit hihi
Batu Burok, Terengganu
Takde kaitan
pun ya.
Sebenarnya
ada sesuatu yang aku wonder malam tadi selepas usai solat maghrib. Tentang
kenapa boleh lengah-lengah solat.
Teringat masa
bertarung nyawa buat fyp haritu, tunggang langgang hidup. Memang kalau
boleh nak menghargai setiap minit dan saat untuk buat tesis ni. Memang setiap
masa duduk depan laptop. Sampai roommate pun kata ‘wani tak makan ke tak tidur ke tak blablabla…’ Mana tidaknya
bersengkang mata jugak aku tulis tesis tu. Kepala ni tak payah ceita la memang
dia punya berat tu macam ada bola besi lotaq peluru tu hampa tau dak, bukan
main berat benau. Tapi haru nya time viva kena hentam baik punya dengan panel. Takpelah
yang tu kena admit careless diri sendiri. Seriously aku memang tak tidur masa
writing tesis ni, sebab otak aku ni lembap sikit so nak reka ayat tu memang
macam siput la.
So, nak ceritanya
kat sini, dalam kelam kabutnya aku masa tu, bila tiba waktu solat, mesti ada
terlintas dalam kepala ‘huih nak siapkan ayat ni bagi habis takat ni, pastu
baru gerak semayang’ ‘eh japgi lah solat kalau tak buat ni rugi masa’ ‘alaa
nanti kalau buat lepas solat takut tak sempat’. Baik punya alasan kau tu. Susah
nak tepis perasaan ni. It seems too simple to wonder, benda ni time aku form 1
ada kakak selalu bagi tazkirah pasal ni la weh. Clithce (okay tak reti eja). Habis
tu benda-benda macam ni kau ingat out-to-date ke? Kena la refresh selalu. Pehal
la emo sangat.
Jadinya cerita
dia, aku teringat ayat ni.
‘Sekiranya
kamu dan sesiapa sahaja di atas muka bumi ini seluruhnya ingkar, maka hal
demikian tidak merugikan Allah sedikitpun, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya
lagi Terpuji.’ (Ibrahim:8)
Kita rasa
kerja kita paling penting untuk masa ni. Kita rasa kitalah manusia paling sibuk
sekali sebab nanti lepas grad nak jadi boss besaq kat menara jagung. Solat kita,
doa kita, amalan kita, dah tak sama macam kita buat masa kita gila ‘beriman’. Mungkin
masa tu kalau bagi note pad suruh tulis list ranking 1 sampai 5 apa benda
paling penting dalam hidup kau, Allah takda la kot. Hehe. Kita belakangkan
solat yang Allah suruh tu. Mungkin kita rasa sekali sekali solat lambat, lepas
selesai tesis ni hantar hard cover semua, aku semayang ah awal balik, sibuk je
la awak ni.
Kalau aku
solat lambat, solat patuk-patuk ayam je, baca laju laju, asal solat lah ye,
Allah tak rugi apa apa tau. Kita yang rugi sebenarnya. Apa yang kita nak tunjuk
sangatlah kerja kita yang banyak sangat tu. Apa yang kita nak show off sangat
lah tesis yang kebabom tu. Padahal yang bagi kita ilmu, kudrat dan nikmat
belajar tu Allah juga kan. Apa kita nak tu njuk kita hebat sangat ke bila dapat
buat projek final year tu, tapi kita kecil-kecilkan solat. Solat tu suruhan
Allah yang pertama sekali dihisab, apatah nak dapat masuk syurga tanpa hisab
jangan mimpi siang la dik.
Peluang kita berjumpa dan berbicara dengan Dia
adalah peluang yang Allah janjikan dalamnya kekuatan., seperti Rasulullah
berkata kepada Bilal bin Rabah ketika tentera muslimin keletihan dan ramai
tentera yang mati di dalam Perang Uhud, ‘Rehatkanlah kami dengan solat.’
‘Maka
kecelakaan besar bagi orang-orang yang bersolat, iaitu mereka yang berkeadaan
lalai daripada menyempurnakan solatnya. Juga orang-orang yang dalam keadaan riak
dan bangga diri dalam ibadah.’ (Maryam: 4-6)
Allah tak
pernah memerlukan manusia sebenarnya. Kalau pun kita buat dosa sampai kita kata
‘ala mana azab neraka yang korang kata tu? takde pun!’ nauzubillah. Bahkan,
Allah tu sifatNya Maha Besar, Kaya dan Berkuasa, kuasaNya tak akan terefek pun
dengan lengah-lengah kita tu. KekayaanNya tak akan menjadikan Dia miskin pap
kedana pun kalau kita main-main denganNya. Manusia itulah hakikatnya jadi lebih
mulia kalau dia sujud pada Allah dalam hati ikhlas and menyerah diri.
Allah adalah
Pemberi nikmat, kekuatan dan ketenangan. Bahkan Dial ah yang memudahkan
kerja-kerja kita tau kalau awak-awak semua nak tau. Macam invisible hand
giteww. Jadinya, kalau kita melekakan Allah, meninggalkanNya, mengambil ringan
dengan kuasa-kuasa Dia, boleh jadi nikmat kekuatan, ketenangan semua tu akan
hilang dari hidup kita. Semua tu pun akan lengah nak datang pada kita. Sebab kita
ni mudah melatah. Ada banyak kerja sikit, solat lambat. Kita rugi banyak woo.
Rugi kita
tu bukan kat dunia je tau, sampai ke akhirat nanti. Takut kan? nanti kat padang
mahsyar baru akan rasa kerugian yang betul-betul rugi tu, sebab kat dunia tak
rasa kan. Nah.
‘Katakanlah
sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang merugikan diri mereka
sendiri dan keluarga mereka di hari kiamat kelak. Dan ingatlah yang demikian
itulah kerugian yang nyata.’ (Zumar:15)
Kerugian yang
nyata tu macam mana? Terai lah rugikan diri. Choi
Ini peringatan
untuk diri saya juga yang konon-konon sibuk sangat ni. Okay setakat
tu je yang terlintas. Hehe
*Sebenarnya tengah mencari topic untuk usrah ni.
And why not kan XP