Friday, June 20, 2014

Pre-Ramadhan


Lagi 10 hari tetamu agung akan tiba. Rasa eksaited tak? Saya sangat eksaited. Sebab apa eksaited? Sebab bulan yang dinanti-nanti akan datang. Bulan yang Allah sediakan ganjaran yang osem berlipat-lipat ganda. Hanya orang yang mendengar saja lah yang beria menerima berita ini dan menyahut seruan Allah (Al-An’am:36). Okay ayat ni sangat sentap.


Kita pelik dan tengok saje kenapa orang gumbira benar bila Ramadhan nak dekat, padahal Ramadhan tu puasa macam biasa je lah. Malam ada solat sunat trawih, buka puasa, sahur dan bazaar Ramadhan. Err


Allah wahyukan pada Rasulullah melalui Jibril tentang istimewanya Ramadhan ni. Ramadhan ni satu-satu anugerah Allah yang Dia janjikan pahala yang berganda bahkan boleh menghapuskan dosa-dosa kita terdahulu yang tak terhitung tu. Allah tak ada pula menceritakan ganjaran pada bulan-bulan lain setanding dengan ganjaran bulan Ramadhan. 


Antara hadis sahih riwayat Bukhari & Muslim:

‘Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.’

‘Barangsiapa yang membangunkan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.’

 Dua hadis ni cukup menerangkan tentang keistimewaan Ramadhan itu sendiri. Dosa-dosa kita yang dulu-dulu diampuni oleh Allah jika kita berpuasa seluruhnya keranaNya. Hadis kedua juga disebutkan seruan Allah untuk menghidupkan Ramadhan, iaitu dengan ibadah ikhlas untuk meraih keampunan dan redhaNya semata, so baru boleh terhapus dosa-dosa kita, dengan kehendak Allah inshaAllah. Itulah yang dimaksudkan dengan berkira-kira yang disebutkan dalam hadis di atas. Kata kuncinya adalah keranaNya dan ikhlas, serta menghitung amalan-amalan  (Apa lagi yang aku tak buat?) dalam bulan ramadhan semata-mata untuk penyucian diri.


                                       Hendak tidak hendak, kena go jugak. Ewahh

Jadi amatlah penting untuk kita fokus semaksimum mungkin pada bulan ni. Tak kira sesibuk mana kita, berilah penumpuan extra dalam ibadah di bulan ramadhan ni sebab ia merupakan refleksi untuk bulan-bulan lain. Bak kata naqibah saya, Ramadhan ni macam kursus, tempat kita melatih diri untuk performance kita pada masa depan atau masa bekerja nanti. See?


Jadi, sebab itulah Ramadhan itu dinanti-nanti kalau kita memahami apa yang Allah janjikan. Panaskan engine kita dari sekarang, praktis diri untuk bangun malam dan bina momentum dengan mendekatkan diri dengan Allah. Supaya nanti hari pertama Ramadhan kita menjadi hambaNya yang bersedia menyahut ganjaranNya. Supaya Umphh Ramadhan cepat melekat dalam jiwa kita berbanding tahun-tahun lepas, di mana kadang-kadang lambat feel tu nak datang kan haha. Buat planning dan target apa yang nak dicapai Ramadhan ni. 


‘Aku nak jaga hati aku. Nak jaga amalan supaya aku lebih dekat dengan Allah. Rugi kalau Ramadhan aku sama je macam tahun-tahun lepas. Banyak yang aku hambarkan. Maka keluar Ramadhan pun hambar je. Aku nak berbakti pada keluarga dengan masak juadah berbuka (Ehh! Mampu ke?) dan nak sedeqah time pergi solat tarawih and mesti singgah bazaar (untuk bagi kat jiran ke kengkawan makan err). aku nak khatam and tadabbur Quran blablabla...’
Tu contoh target la. Tapi rasanya korang punya target mesti lagi bombastic.


Tinggalkanlah dulu planning nak beli baju raya yang dijual kat beratus-ratus page Instagram. Baju raya kita beria fikir, macam ni ke kita sahut kebaikan yang Allah nak bagi? Nanges T_T. Beria kita tu belum tentu lagi umur kita akan sampai ke Ramadhan tahun ini.


JOM! Kita panaskan engine kita, ikat tali kasut kemas-kemas, tunjukkan beria-ria kita tu dengan persiapkan ruh, jiwa even masa sekalipun untuk Ramadhan.


Jadi, bersediakah kita untuk 'berkira-kira'? If you know what I mean. Allahumma ballighna Ramadhan.


*Actually baru usrah tadi. Tugasan tafsir surah al-Qadr. Memang kena lah kan. Naqibah pun banyak bincangkan pasal Ramadhan. Aku pun terbangkit dari lena, ‘Ehh aku wat lek wat cool je ramadhan nak dekat dah woi.’

Thursday, June 19, 2014

Strong

Terjumpa quote ni.


"You're strong when you have no choice than just being strong."

Dan ada sahabat yang seperti tahu kesedihanku. Berkali-kali dia ucapkan kata kerinduan padaku. Memberi kata-kata mendekatkan jiwa dengan Tuhan. Thank you Nana. 
Kenapa lah kesedihan asyik menyerang aku je. Di sebalik senyuman yang terukir di bibir, tersembunyi kegigihan untuk bangkit. Untuk melawan segala syak wasangka pada orang sekeliling. Menangkis kemarahan yang menjadi kunci ke syurgaNya. Memupuk hati agar alur lembut memberi dan memohon kemaafan dan Menahan keperitan perasaan bersendirian dan ditinggalkan. Ouch pedihnya :(

Ku memikirkan selama ini mampu bertahan, kenapa pula sekarang nak tewas?



 

Saturday, June 14, 2014

The Loose


Darimu kutemukan hidupku~ lalalala

Fefeling jiwang sikit hihi


                                                                   Batu Burok, Terengganu
Takde kaitan pun ya.

Sebenarnya ada sesuatu yang aku wonder malam tadi selepas usai solat maghrib. Tentang kenapa boleh lengah-lengah solat. 

Teringat masa bertarung nyawa buat fyp haritu, tunggang langgang hidup. Memang kalau boleh nak menghargai setiap minit dan saat untuk buat tesis ni. Memang setiap masa duduk depan laptop. Sampai roommate pun kata ‘wani tak makan  ke tak tidur ke tak blablabla…’ Mana tidaknya bersengkang mata jugak aku tulis tesis tu. Kepala ni tak payah ceita la memang dia punya berat tu macam ada bola besi lotaq peluru tu hampa tau dak, bukan main berat benau. Tapi haru nya time viva kena hentam baik punya dengan panel. Takpelah yang tu kena admit careless diri sendiri. Seriously aku memang tak tidur masa writing tesis ni, sebab otak aku ni lembap sikit so nak reka ayat tu memang macam siput la. 
 
So, nak ceritanya kat sini, dalam  kelam kabutnya aku  masa tu, bila tiba waktu solat, mesti ada terlintas dalam kepala ‘huih nak siapkan ayat ni bagi habis takat ni, pastu baru gerak semayang’ ‘eh japgi lah solat kalau tak buat ni rugi masa’ ‘alaa nanti kalau buat lepas solat takut tak sempat’. Baik punya alasan kau tu. Susah nak tepis perasaan ni. It seems too simple to wonder, benda ni time aku form 1 ada kakak selalu bagi tazkirah pasal ni la weh. Clithce (okay tak reti eja). Habis tu benda-benda macam ni kau ingat out-to-date ke? Kena la refresh selalu. Pehal la emo sangat.

Jadinya cerita dia, aku teringat ayat ni.

‘Sekiranya kamu dan sesiapa sahaja di atas muka bumi ini seluruhnya ingkar, maka hal demikian tidak merugikan Allah sedikitpun, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Terpuji.’ (Ibrahim:8)

Kita rasa kerja kita paling penting untuk masa ni. Kita rasa kitalah manusia paling sibuk sekali sebab nanti lepas grad nak jadi boss besaq kat menara jagung. Solat kita, doa kita, amalan kita, dah tak sama macam kita buat masa kita gila ‘beriman’. Mungkin masa tu kalau bagi note pad suruh tulis list ranking 1 sampai 5 apa benda paling penting dalam hidup kau, Allah takda la kot. Hehe. Kita belakangkan solat yang Allah suruh tu. Mungkin kita rasa sekali sekali solat lambat, lepas selesai tesis ni hantar hard cover semua, aku semayang ah awal balik, sibuk je la awak ni.

Kalau aku solat lambat, solat patuk-patuk ayam je, baca laju laju, asal solat lah ye, Allah tak rugi apa apa tau. Kita yang rugi sebenarnya. Apa yang kita nak tunjuk sangatlah kerja kita yang banyak sangat tu. Apa yang kita nak show off sangat lah tesis yang kebabom tu. Padahal yang bagi kita ilmu, kudrat dan nikmat belajar tu Allah juga kan. Apa kita nak tu njuk kita hebat sangat ke bila dapat buat projek final year tu, tapi kita kecil-kecilkan solat. Solat tu suruhan Allah yang pertama sekali dihisab, apatah nak dapat masuk syurga tanpa hisab jangan mimpi siang la dik. 

Peluang kita berjumpa dan berbicara dengan Dia adalah peluang yang Allah janjikan dalamnya kekuatan., seperti Rasulullah berkata kepada Bilal bin Rabah ketika tentera muslimin keletihan dan ramai tentera yang mati di dalam Perang Uhud, ‘Rehatkanlah kami dengan solat.’

‘Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang bersolat, iaitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya. Juga orang-orang yang dalam keadaan riak dan bangga diri dalam ibadah.’ (Maryam: 4-6)

Allah tak pernah memerlukan manusia sebenarnya. Kalau pun kita buat dosa sampai kita kata ‘ala mana azab neraka yang korang kata tu? takde pun!’ nauzubillah. Bahkan, Allah tu sifatNya Maha Besar, Kaya dan Berkuasa, kuasaNya tak akan terefek pun dengan lengah-lengah kita tu. KekayaanNya tak akan menjadikan Dia miskin pap kedana pun kalau kita main-main denganNya. Manusia itulah hakikatnya jadi lebih mulia kalau dia sujud pada Allah dalam hati ikhlas and menyerah diri.

Allah adalah Pemberi nikmat, kekuatan dan ketenangan. Bahkan Dial ah yang memudahkan kerja-kerja kita tau kalau awak-awak semua nak tau. Macam invisible hand giteww. Jadinya, kalau kita melekakan Allah, meninggalkanNya, mengambil ringan dengan kuasa-kuasa Dia, boleh jadi nikmat kekuatan, ketenangan semua tu akan hilang dari hidup kita. Semua tu pun akan lengah nak datang pada kita. Sebab kita ni mudah melatah. Ada banyak kerja sikit, solat lambat. Kita rugi banyak woo.

Rugi kita tu bukan kat dunia je tau, sampai ke akhirat nanti. Takut kan? nanti kat padang mahsyar baru akan rasa kerugian yang betul-betul rugi tu, sebab kat dunia tak rasa kan. Nah.

‘Katakanlah sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarga mereka di hari kiamat kelak. Dan ingatlah yang demikian itulah kerugian yang nyata.’ (Zumar:15)

Kerugian yang nyata tu macam mana? Terai lah rugikan diri. Choi

Ini peringatan untuk diri saya juga yang konon-konon sibuk sangat ni. Okay setakat tu je yang terlintas. Hehe

*Sebenarnya tengah mencari topic untuk usrah ni. And why not kan XP

Thursday, June 12, 2014

Like Dying


Terjumpa satu lagu lagu ni from The Scripts tajuk Live like we’re dying. Band ni aku dah follow lama sejak lepas SPM lagi. And takdelah semua lirik lagu dia aku hafal, tapi ada certain lagu la boleh buat aku feeling siket. 

Sometimes we fall down and can't get back up
We're hiding behind skin that's too tough
How come we don't say I love you enough
Till it's too late, it's not too late
Our hearts are hungry for a food that won't come
We could make a feast from these crumbs
And we're all staring down the barrel of a gun
So if your life flashed before you
What would you wish you would've done
Yeah, gotta start Lookin' at the hand of the time
we've been given here
This is all we got and we gotta start thinkin'
If every second counts on a clock that's tickin'
Gotta live like we're dying

Boleh cari music video diorang kat TubeAnda.

Bercampur baur jugaklah liriknya. Opss apa guna lah aku selongkar lirik orang kapiaq ni. Haha. Chill. 

Ok proceed.

Dalam keadaan hati kekadang ada rasa dikoyak-koyang, dicincang-cincang, dilapah-lapah. Kita mesti tahu apa puncanya meskipun ia datangnya dari sikap orang lain. Antara penyebab kemarahan kita adalah manusia itu sendiri, yang dekat dengan kita, yang satu kelas dengan kita, yang hari-hari kita nampak dia. Ada jenis manusia yang tak sedar pun dia dah offend orang lain. Ada jenis yang memanjang minta maaf. Tapi kedua-duanya ada kebaikan. Apapun, macamana nak counter benda macam ni. 

Walaupun kita boleh kategorikan dah dewasa and dah besar panjang dah, tak matang lah woi merajuk, tak cool la tarik muka. Jujurnya dulu aku macam tu jugak, silapnya aku dulu sebab terlalu bergantung pada orang. Itulah aku kesal dengan diri sendiri selepas datang Perlis. Berbeza dengan semasa aku di Sarawak, aku mampu berdiri atas kulit telapak kaki aku sendiri. But yet, dengan kawan-kawan lain still close and no discriminasion yang aku dapat rasa. Peliknya diri aku sekarang. Apa? Ada masalah mental? Ekk.

Baru-baru ni ada seseorang memberi satu solusi macam mana nak counter perasaan ni. Dia cakap chill je. Biar masa menentukan. Aku fikir balik, betul jugak. Masa itu sendiri adalah makhluk Allah yang berharga untuk manusia. Seluruh hidup manusia terbalut dengan makhluk bernama masa ni. Why not, biar masa yang panjang (mungkin) berlalu walaupun perasaan sakit itu masih ada. Aku percaya bagaimana kuasa Allah memegang masa itu sangat haibat. Ia boleh fade away kesakitan tu tanpa kita sedar. Pengharapan penuh pada Allah mungkin orang kata ‘ahh, semua orang cakap macam tu.’ Okay, cubalah terai, hati jadi tenang walaupun sekejap. Walaupun sikap-sikap manusia tu sentiasa tak berhenti menarah jiwa kita. 

Terkadang aku rasa down, sampai malas nak berdoa sungguh-sungguh. Malas nak mengharap sangat. Huh perasaan apakah ini? Tapi cuba kau fikir balik, siapa lagi kau nak berbalik? Dalam jiwa besar kita meronta-ronta kesakitan, tapi sedar tidak sedar, jiwa kecil yang paling dalam mencari-cari kekuatan Allah. Itulah kehebatan hubungan manusia dengan Allah. Walau tak nampak, tapi rasa kuat untuk kembali pada Dia. Apa yang aku dapat rasa bila biarkan masa tentukan rasa kemarahan ni walaupun tak tahu bila ia akan redha, aku dapat tenang. Dan aku rasa just nak slip off manusia-manusia gebang yang buat aku bengang. Ehh 

Buat aku rasa not worth to concern much about them. If you know what I mean.
But, the mistake is still held on us (maybe halfly or quarterly or setitik dakwat pen). Being rasional to control the anger is not somehow like plucking Harumanis from the tree (ehh), it drives us crazy like hell. So do what I have stated previously. Hoho

Ok melalut dah. Basically, aku bukan nak menghayati sangat lirik lagu ni, tapi sekadar penyeri majlis sudah memadai. Haha.
Okay.

Monday, January 6, 2014

Coming Back!


Assalamualaikum :)

Salam tahun baru 2014.

Its been years tak jenguk blog ni since habis diploma. And now dah degree and dah final year dah pun. Tengah final lagi katekaww. Betapa lama tu, tah tah tak ingat sendiri ada blog kan. Dulu bukan main update, yelah dulu diploma tak sesibuk degree ni. Masa tu pun pemikiran still funky-funky lagi. Dapat sikit ilmu terus nak share. Sekarang ni eksaited jugak je nak share, peluang dapat ilmu agama pun makin bertambah kat perlis ni, cuma masa tu terbatas lah sikit and lupa jugak ada blog kan. Since blogging ni dah lame, I think.

So no idea to write about what for this time. Just wanna tell to my friends geng2 SMAKL yang dulu selalu sama sama visit blog, currently am studying at UiTM Perlis, doing Plantation technology, dah final year, inshallah bulan june 2014 akan grad, had been graduated from UiTM Sarawak. So for those yang still ingat aku still kat Sarawak, nope, aku dah kat semenanjung. So kalau nak gi mana mana, mesti kena ajak aku. k

So this is just a startup for the coming back. Inshallah anything yang aku rasa boleh share aku share demi Syahadatul Haq, kalau rajin. 

And of course banyak benda nak share. Lain tempat, bertambahnya masa, situasi mesti berbeza. Yang sebelum ni aku share apa yang aku dapat kat Sarawak. So maybe apa yang aku dapat dari segi tarbiah, dakwah, friendship macam macam lah, they’ve been a collective of meaningful journey. To baru kat Tanah Melayu ni, belum lagi gi travel pi tempat lain. Amboi cakap utagha noh. Haha

Ok. A very goodluck wish to my friends yang sekarang tengah bertarung dengan final exam. Next paper will be this Wednesday, one of two subjects yang paling aku tak minat for this sem. Tu yang update blog, malas nak study weyh.
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com