*
*
*
Aku sentiasa sedar bahawasanya lebih kurang 3 minggu lagi
aku akan menamatkan zaman bujang, ehh, zaman belajar di UiTM Shah Alam & Perlis. Stay kat
Perlis sejak 2011 dan final year kat Shah Alam sehingga lah sekarang. It’s been 3 years. Banyak yang aku
dapat baik yang manis mahupun yang buruk. Tapi kedua-duanya akan menjadi memori
supaya boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran.
Perkara manis yang aku dapat di sini tak terhitung
banyaknya, aku akui itu. tapi sebanyak-banyak kemanisan tu boleh dirangkumkan
dalam hanya satu perkataan.
TARBIYAH.
Aku percaya level tarbiyah bagi setiap tingkatan berbeza.
Atau dalam kata lain, jenis ujian. Jika sebagai mutarabbi, kita harus
memikirkan tentang bagaimana untuk istiqamah, bagaimana untuk mantapkan iman
dan mungkin juga diuji dengan ukhuwah. Jika bergelar murabbi pula, ujiannya aku
kira lebih getir. Harus memikirkan bagaimana untuk dakwah fardiah (dakwah
individu) adik-adik, kawan-kawan hatta keluarga. Kalau dengan keluarga, mungkin
payahnya hanya kita saja yang tahu. Tapi takpa, Rasulullah sendiri ditentang oleh
kaum keluarganya, tapi Baginda tetap terus menyampaikan biarpun dibaling najis
di tengkuk dan melepaskan bapa saudara sendiri dalam keadaan tidak Islam. Jika
dengan adik-adik, semestinya kita berkorban dengan masa, wang dan studi
sendiri. Bahkan perlu berperang dengan emosi bila respon mereka mengecewakan.
Sebagai seorang daie (penyeru) juga perlu sangat menarik-narik hati dengan hawa
nafsu terhadap jahiliyyah yang datang mahupun membuang yang sedia ada dalam
diri. Supaya tidak dituntut di akhirat kelak (As-Saff:2).
Tapi tarbiyah mampu mengatasi ujian itu. Apabila memahami
bahawa pertolongan Allah sangat dekat, Allah Maha Mengetahui dan Berkuasa di
sebalik segala yang berlaku, segala langkah penyelesaian semua kita akan
berbalik pada Dia. Jika dulu hanya tahu menyalahkan orang lain bila ditimpa
musibah, hanya memikirkan untuk marah, hanya mahu melepaskan stress dengan
tengok wayang, movie marathon bahkan soal hubungan dengan manusia juga,
tarbiyah mendidik bahawa ukhuwah adalah cabang kepada iman. Didatangkan
sahabat-sahabat yang menyokong dan saling menasihat, sungguh ia adalah tarbiyah
yang menguatkan. Belajar erti mujahadah dan berkorban demi redha Allah melalui
sejarah Rasullulah dan para sahabat. Tarbiyah mengajar untuk terus bina
kekuatan dariNya hanya kerana syurgaNya mahal untuk dijejak oleh orang yang
bersenang-lenang di dunia. Dan dakwah itu diperkuatkan oleh tarbiyah. Memikul
tugas dakwah bukanlah sesuatu yang terlintas di akal fikiran pada awal
permulaan. Tapi, ia sememangnya amanah Allah kepada kita yang sudah dapat dan
disampaikan seruanNya.
‘Katakanlah (Muhammad), “Inilah jalanku, aku dan orang-orang
yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan
aku tidak termasuk orang-orang musyrik.” (Yusuf: 108)
Untuk ummah yang sedang tenat sekarang, kita sangat perlu
kepada tarbiyah dan Islam tu sendiri dan menggunakan kesan tarbiyah sebagai
bekal untuk membantu membina iman orang lain dan bekerja bersungguh-sungguh
biarpun dengan jiwa kerana ruh yang menggerakkan kapal dakwah tu. Aku harap
selepas habis belajar, aku mampu untuk terus berasa di landasan ni. Mohonlah
agar Allah sentiasa nak mentarbiyah kita, tak biarkan kita leka dengan dunia
hingga hati kita jadi keras dan susah untuk berbalik semula.
0 comments:
Post a Comment