Lama betul tak update blog ni. Sayang kan kalau dibiarkan
macamtu je. walaupun dia punya traffic nuffnang dah menurun. Tapi takpelah
update jelah. Atleast jadi kenangan untuk diri aku sendiri.
Benda yang bagi aku agak menarik nak ditulis. Semalam aku
ada presentation untuk gantt chart. Budak master la katakan, bukan setakat
presentation setiap 3 bulan, labwork hari-hari tau. Betapa penatnya kalau balik
pukul 5.30 tu terus landing kat katil.
Semalam satu benda aku terwonder lepas dihujani dengan
banyak persoalan yang kritikal, bukan aku sorang, ada lagi bebudak yang lain.
Barisan supervisor-supervisor ni Tanya soalan yang kritikal, sampai susah aku
nak faham, semalam aku banyak kali tersalah jawab soalan diorang. Tanya lain,
jawab lain. Tapi Alhamdulillah atleast aku clarify balik. Diorang tanya dan
jawab dengan penuh kesabaran dan hikmah. Walaupun benda tu mungkin mudah atau baru
bagi diorang, tapi soalan yang dilontarkan tak berbaur nak ‘bash’ atau nak
attack presenter. Aku suka kredibiliti diorang ni. Atlast cakap camni lepas dah
tengok aku stress, takpe tiap masalah ada penyelesaiannya. Siap bagi suggestion
yang sangat membina dan naikkan semangat aku nak buat labwork lebih efficient
lepas ni. Sebelum ni labwork aku macam berterabur sikit sebab kadang-kadang
lupa nak jot (camne tah eja) down dalam logbook. Even supervisor aku pun
membantu, Alhamdulillah. Hikmah ujian Allah uji dulu dengan supervisor yang Ya
Rabbana perangai macam hape, at last Dia hadiahkan supervisor baru yang
MasyaAllah baik giler. May Allah bless her =)
So cerita dia, aku terfikir. Aku dalam ikram siswa ni
coreteam je. Tapi rasanya banyak benda yang diorang push untuk fikir. Susah
sangat nak solve apa-apa problem. Sampai aku fikir apalah jalan penyelesaian
yang sepatutnya nak capai rahmatan lil alamin dan menuju kampus harmoni tu.
haha ini wawasan ikram siswa tau, jangan main-main. Sampai satu masa (bukan
satu je, banyak kali kot) tiap kali bebudak ikram siswa utm ni cakap and
laungkan menuju kampus harmoni, aku akan tergelak. Dalam hati mampu ke nak
capai kalau banyak benda tak setel. Ha yang tu tak nak cakap lah. Benda-benda
yang dah dirancang pun susah terlaksana. Hoo kalau meeting pun tak kira dalam
whatsapp ke meeting face to face ke, dahi kerut fikir masalah yang ada, macamna
nak kasi settle. Nak kata tiap masalah ada penyelesaiannya pun tak sampai hati.
Nampak tak kat situ, betapa usaha nak mengislah masyarakat
sekeliling dan membawa nilai-nilai Islam ke tengah masyarakat bukanlah satu
benda yang semudah kita boleh jawab ‘tiap masalah ada penyelesaian’. Yang
paling aku rasa tak suka and rasa nak keluar dari perjumpaan bila pencapaian
diukur dengan KPI (key performance index). Sebabnya memang kalau difikir logic,
bukan mudah nak capai semua benda tu. bukan mudah nak bina kefahaman dan
membina individu. Kalau perjumpaan ke apa ada je yang cakap beremosi, sampai
aku naik geram tau. Tapi sejam presentation semalam, it makes me wonder yang
perkara ni bukanlah semudah tu. perlukan mujahadah dan kesabaran yang kuat.
Reflek diri sendiri juga yang kadang-kadang merungut dan
mungkin perasaan yang diluangkan untuk program dan meeting bukanlah lahir dari
hati, tapi macam kena paksa. Okeh lepas ni kena ikhlas seikhlas-ikhlasnya,
sebab orang lain pun ikhlas memikirkan sesuatu untuk menyebarkan nilai Islam
yang bukanlah senang ni. Tak kisahlah kalau kadang-kadang ada ahli-ahli yang
tak beri komitmen dengan baik, jangan dipersoalkan sangat ‘siapa’, tapi aku
yakin kalau sama-sama bantu membantu, insyaallah boleh kehadapan sikit demi
sikit. Wataa’wanu alal birru wattaqwa, wala taa’wanu alal ismi wal ‘udwan
(Al-Maidah: 2).
:: 1 Jan ni birthday Dr Alina, so aku dengan labmate Ja Ming nak kasi hadiah kononnya. haha ::