Berangan bermimpi berfantasi
Bercinta denganmu saban hari
Rahsia ini kutimbuskan dalam hati
Dicintaimu tak mungkin jadi kenyataan
Kehadiranku tak terlihat olehmu
Tersisih jiwa terguris luka
Kubendung segala hampa
Merindu menanti dalam sepi
Mengharap sesuatu yang tak pasti
Rahsia ini kutimbuskan dalam hati
Pintu terbuka namun tak pernah kau singgah
Apakan daya cinta yang kuingin
Hanyalah sekadar mimpi
Hanya mimpi
Tinggal mimpi
Kusendiri
π’
Wednesday, October 12, 2016
Sunday, October 9, 2016
Apa yang pasti dalam hidup ni?
Oh today was a bit tired,
Staying in lab from early in the morning until 5.30 eventhough today is saturday. Yes as of now i am going to lab everyday without skip even one day. Bagus tak? Penat dia tu tak terbayang, balik je bilik akan terus landing, sekarang je rasa macam nak scroll facebook n internet tengok update terkini.
Then, buka blog ternampak traffic, oh ada juga orang view latest post. Hmm bila fikir balik, ya Allah latest post aku merepek je, macam tak de manfaat pun untuk bacaan awam. Padahal blog ni bacaan umum. Astaghfirullah, sesuatu perbuatan yang sia-sia tak akan memberi makna pada orang lain. Apatah lagi nak dapatkan kerelaan (baca: redha) Allah. Huhu okay lepasni akan cuba update sesuatu yang bersifat umum & ada manfaatnya.
Okay. Semalam ada lepak-lepak tarbawi sikit.
Kisahnya, aku dengan kawan ni sembang pasal segala yang berlaku dalam hidup ni pernah ke kita tahu benda tu akan terjadi sebelum ia terjadi? Ok jangan pening. Contohnya, kita tak tahu kan kemalangan akan berlaku kat simpang jalan sejam sebelum tu. Semuanya di luar pengetahuan kita. Pengetahuan kita sangatlah terbatas. Kadang-kadang kita menyesal kalau sesuatu terjadi dalam hidup kita sebab kita tak buat precaution lah, kalaulah buat camni camtu, mesti tak jadi camni.
Nak cerita pengajaran yg aku boleh conclude disini, hidup kita ni banyak uncertainties. Tiada apa yang pasti, kecuali mati. Kita cenderung untuk berharap & yakin, sampai kita lupa kita tak tahu pun apa natijahnya. Kita seolah-olah yakin segalanya pasti. Contohnya, kita tahu kita akan dapat gaji pada sekian2 tarikh, tapi tiba-tiba ada musibah, gaji dapat tapi kita tak dapat selesaikan urusan tertentu ikut ketetapan waktu. So apa cerita dia ni?
Konsepnya mudah. Tawakal & cuba jalani kehidupan dengan tertib. Tertib tu macammana? Bukan tertib rukun wudhuk tau. Bertenang, jangan menggelabah. Jangan terlalu resah & risau dengan ketidakpastian. Semua orang pun mengalami. Setiap ketidakpastian tu atas keizinan Allah & aku yakin Dia pasti ada sesuatu nak diajarkan pada kita. Setiap yang berlaku pasti, ya pasti ada hikmah. Allah tak akan izinkan & redhakan sesuatu untuk berlaku kecuali kalau ada hikmah. Betullah bila kita baca kisah-kisah sahabat, kisah Nabi dalam alquran. Kadang-kadang kita tengok Nabi juga diuji, sedangkan dia Nabi. Ya, hikmah kisah-kisah dalam Alquran tu Allah nak tunjukkan pada kita.
Aku takut kalau aku mati sorang-sorang. Orang tak tahu pasal kematian aku. Sebelum mati tu aku berfikir tentang dunia yang seolah-olah aku bimbang kalau aku terlepas nikmatnya. Ya, kita risau kan pasal kematian kita. Walaupun mati adalah pasti, yang tak pastinya pendirian kita. Kita mungkin rasa kita akan mati di hujung umur 60, tapi hakikatnya lebih awal. Macammana nak 'tertib' sebelum menghadapi kematian? Jawapannya, bertenang, bersabar, jangan risau tentang bila Allah akan tarik nyawa kita. Tapi risaulah bila kita nak tunaikan hak-hak Allah. Aku kesal kalau aku teringat benda2 aku rasa ia boleh menggembirakan, tapi sebenarnya ia buat aku lalai lada Allah. Allahu
Contoh lagi, bila kita mencintai seseorang, tak pasti lagi kita akan memiliki dia. Yakin & percayalah Allah akan bagi cinta yang terbaik untuk kita cintai. Walaupun kita risau kehilangan dia, walaupun kita risau dia tak tahu, tapi kena yakin cinta yang sia-sia adalah cinta bukan keranaNya. Allah lebih tahu, jadi Allah lah yang menetapkannya.
Okay panjang pulak. Dah akhir-akhir master aku ni, makin banyak pula aku diuji, master terasa lebih susah berbanding permulaan. Tapi Ψ§ΩΨΩ
Ψ―ΩΩΩ, kadang2 Allah selitkan dengan sesuatu untuk ajar aku hikmah & jadi lebih kuat.
πΌπΌπΌ
Monday, October 3, 2016
A wake up call October
Dah 3 oktober, esok dah 4 oktober. Gila la masa berputar pantas betul. Aku perasan post 2016 ni banyak plak berbanding tahun-tahun sebelum. Haha banyak sangat kot benda berlaku, then blog je lah tempat karang ayat. Takdelah, sebenarnya aku nak simpan koleksi-koleksi post-post ni. Sama ada post aku tu merepek or tak perlu dipost pun. Tapi okaylah kan nanti dah tua boleh tengok baru betapa haru biru jugak hidup ni dulu.
Sebenarnya kalau hidup ni asyik smooth je, kita tak kan ada peluang nak jadi seorang yang kuat, diplomasi, toleransi dengan orang lain, considerate etc. betul tak? Haha. Bila menghadapi sesuatu situasi, macam-macam situasi sama ada perkara yang menjahanamkan diri kita atau life sucks (hahahahahaha! jaga mulut tu sikit). Sebab kita boleh belajar meletakkan diri kita dalam kasut orang lain. Tapi not every situation pun kena tolerate or considerate. Ikut atas orang jugak, kadang-kadang orang sombong, tak hargai kebaikan orang lain. Boleh pergi mati orang camni. Excuse my words
Budak-budak lab aku antara orang yang cakap aku ni baik. Sampai ada yang tiap kali makan je belanja, pape semua refer aku. Padahal aku tak pernah belanja dorang pun haha. Entahlah aku jahat lah in real. Haha. Hipokrit tahap 90000. semua orang ada hak dilayan baik, tapi sama ada kita hargai atau karma yang menjemput. Kebaikan yang kita beri pada orang sekeliling bukanlah utk kepentingan kita. Memikirkan mungkin orang lain juga ada kebaikan yang lebih besar dari yang dapat kita beri, maka rugilah kalau lepaskan.
Haritu berbual dengan sorang makcik cleaner kat fakulti aku, ada makcik cleaner sorang lagi tengah bising sebab panas dengan student phd ni yg lantak dia pijak lantai masa dia tengah mop, taktahu lah mungkin phd tu buat mata buta kot π Pastu makcik yang borak ngan aku tu cakaplah pasal kebaikan sesama manusia ni. Dia cakap la kebaikan yang kita tunjukkan secara tidal langsung kepada orang sekeliling ni memaparkan macammana kebaikan yang dalam hati kita. Aku rephrase ayat makcik tu. Contohnya, kalau kita marah kat orang sampai lebih2 macam nak ajak gaduh, agak-agak dalam hati kita tu ada sabar tak. Giteww lah. Then aku pun terfikir, kebaikan yang kita paparkan kepada orang lain, menandakan sejauh mana kita memberi kebaikan pada diri kita sendiri. Bagaimana kita menaikkan nilai diri kita di sisi masyarakat, apatah lagi di sisi Allah. Aku mengaku aku pun tak baik mana, semua orang pun ada kelemahan dan buat salah.
Tapi, jangan sampai terfikir untuk merendahkan orang lain. Rendah hati tu lagi baik daripada tingginya ilmu. Ilmu yang tinggi tapi tak bermanfaat & tak menjadikan akhlak kita baik, tak guna juga. Analoginya mudah, kita tak sempurna & tak mampu selesaikan semua benda seorang diri. Macam jari-jari kita ada 5 kan, kalau ikut mitos ada definisi setiap jari. Contohnya, ibu jari yang selalu guna utk benda baik, jari tengah yang paling panjang tapi sombong, jari manis yang sopan sampai digunakan utk sarung cincin, jari telunjuk yang menuding & menyalahkan. Semuanya ada perbezaan tersendiri, sama jugak macam kita dalam komuniti ni. Konsep ni bagi aku mudah, kesederhanaan. Ye, hidup ni sederhana. Dari situ, kita belajar untuk merendahkan hati kita dalam semua situasi. Belajar untuk menghargai orang lain & menerima kekurangan mereka.
Hmm still jauh kan diri kita ni kalau nak jadi betul-betul baik. Kadang-kadang termarah, tettinggi suara, tertuduh, macam-macam. Tapi kadang-kadang orang masih menghargai kita, orang still sayang kita, masih memberi kat kita. Entahlah, mungkin aku je yang tak sedar semua ni. Memang sunnatullah, Allah jadikan umat manusia yang brrbilang ni untuk saling berkenalan & melengkapi. Tinggal kita sabar & berbaik sangka saja. Lebih baik tersalah baik sangka, daripada tersalah buruk sangka kan. Sebab kita sedar pahala kita belum cukup utk capai redha & syurgaNya. Allahu terima kasih atas pengajaran ini makcik & pakcik cleaner yang selalu tegur aku, kadang-kadang cuma aku je terjalan laju tak tersapa diorang.
Not just a wake up call in october, but a shot to make small hijrah. Hehe
Salam Maal Hijrah π
Thursday, September 1, 2016
3.30 am
bismillah
okay aku akan kuatkan diri. bila kita lemah, satu titik akan menutupi jiwa kita. dan akan tutup keseluruhan bila lemah berterusan. yakinlah Allah maha Pengasih dan Penyayang. kita tak ada manusia yang mendamping kita? Allah ada sayang untukmu. kita perlu sabar. penyelesaian kepada masalah kita bukan selesai seminit je, mungkin proses agak panjang, tapi kita belajar menjadi lebih baik dan kuat along that way insyaAllah.
sabar sikit ya. Allah akan gandakan.
ok chiow. tido zzzz
harini cuti merdeka, wow terbayang bayang dalam kepala aku muka najib dan sekutu-sekutunya. dan perjuangan mereka yang nak tegakkan kebenaran terutamanya rafizi haha.
ah pape je lah, dah 3 malam aku tak tidur siapkan first quarter writing ni. then siang gi lab, cuma siang tadi je aku tido seharian sebab cuti merdeka en. malam ni berjaga lagi. banyak lagi tak siap ni, susah weh nak karang ayat, nak kait result aku dengan reasons kenapa conduct experiment protocol gitu gini, kenapa dapat result camtuh bukan macam past studies punya result. ko mampu keee, aku rasa ni baru sikit, nanti nak siapkan full tesis memang tak kuar rumah la.
camne ek nak cakap. aku bukan menyesal, bukan putus asa. tapi rasa macam tak larat la nak habiskan. result yang aku dapat tak memuaskan lagi, tengah berusaha selamatkan keadaan, kalau boleh tak nak la kita punya master di hujung tanduk. cuma pitih je la di hujung tanduk huwaaaaa. bukan merungut, tapi teringat dengan kata-kata budak bangla (eh bangladesh) Suraiya, dia labmate aku student phd, dah ada 2 anak. selalu gak aku mintak nasihat dia ni. tapi dia selalu provoke aku pasal jodoh, suruh aku kawen cecepat, you life will be more tough, but you will be a better person. marriage will help you to enter jannah and be a good muslim. katanya. wuishh cambest je kawen. yela dia kawen masa 19 taon kot. pengalaman dia before phd kt mesia, dia dah gi europe n duduk kat finland 5 taun.
ok back to the topic. suraiya ni cakap kat aku kita ni selalu je risau itu ini, pastu down tak memasal, pastu sipa bersumpah dengan diri sendiri nak jadi gitu la jadi gini. dalam hidup ni, banyak lagi benda yang boleh kita fikirkan. banyak lagi kegembiraan, manfaat kebaikan yang boleh kita dapat. kalau kita nak benar2 hidup, kita akan cari sesuatu yang jadikan diri kita manusia yang lebih baik, soft hearted person, tolerate, berfikir tentang teknikal kehidupan yang lebih besar cabarannya. tak perlu stagnant down dengan keadaan yang mematahkan kita. tu aku translate balik ayat english dia. wehhh betul sangat dia cakap dia. giler malaikat ke suraiya ni haha ke wali Allah..wakakaka k merepek
keep calm, dan lihatlah alam yang seluas-luasnya ini. usah bermimpi dalam anganmu yang sempit |
camne ek nak relate. contohnya, bila kita ada masalah yang menjatuhkan kita, kita jadi negatif. kita tak nak menerima pendapat orang, tak nak bergaul, tak nak cari kebaikan. ada orang yang solve dengan duduk je sendiri-sendiri, scroll internet sampai lebam, tengok porno (ni memang ada, suraiya tu cakap la) sebab putus cinta kot. macam segalanya buruk bagi diri dia. huhu okay. segalanya telah berlaku, hidup manusia Allah jadikan penuh ujian, sama ada kebinasaan diri yang mengganggu keimanan, ketakutan, kelaparan mahupun kegagalan. di sini lah turning point Allah nak kita ubah mind set, belajar menerima. tak salahkan keadaan. tapi berbalik pada diri sendiri. make everything moderate in your life, sederhana, tak perlu nak capai tingi-tinggi macam orang lain, kalau mampu capaila.
kehidupan ini hakikatnya untuk akhirat. jadi selagi kita belum nampak akhirat tu, kita masih layak untuk menikmati kehidupan ini dengan lebih baik. positifkan diri kita, cari pembaikan yang bersepah di sekeliling kita sekarang ni. ataupun fokus pada satu benda yang kita suka. living life to the fullest. kita tak akan sempurna sampai bila-bila, tapi tak akan lemah sampai bila-bila. kita ada tubuh badan yang menguatkan, ada hati naluri yang boleh dikuatkan dengan akal & rahmat dari Allah. masakan lah kita nak down berterusan. betul weh aku suka point suraiya ni, berjela gak la aku huraikan point dia ni.
okay aku akan kuatkan diri. bila kita lemah, satu titik akan menutupi jiwa kita. dan akan tutup keseluruhan bila lemah berterusan. yakinlah Allah maha Pengasih dan Penyayang. kita tak ada manusia yang mendamping kita? Allah ada sayang untukmu. kita perlu sabar. penyelesaian kepada masalah kita bukan selesai seminit je, mungkin proses agak panjang, tapi kita belajar menjadi lebih baik dan kuat along that way insyaAllah.
"sekarang Allah telah meringankan kamu kerana Dia mengetahui ada kelemahan padaMu. maka jika di kalangan kamu ada seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh, dan jika di antara kamu ada seribu orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu musuh dengan izin Allah. Allah beserta dengan orang-orang yang sabar." (Al-Anfal:66)
sabar sikit ya. Allah akan gandakan.
ok chiow. tido zzzz
Thursday, August 25, 2016
ego
Some people love each other.
They do miss each other. But, both of them got an ego to keep them together.
" I miss her "
" I miss him "
Said both of them.
Bearing the pain that they don't talk anymore. Bearing the pain that they are not close anymore.
" Well, she probably doesn't want me anymore "
" He already love someone else "
They replied to themself.
The feeling goes unsaid. With false assumptions and expectations.
The space is getting larger and larger. Their relationship is getting worser and worser.
Their love was strong, but it was killed when their ego come along. And eventually,
they do not belong.
People don't know how precious it is to say sorry, how precious it is to be the one that save the situation.
But they choose to hold onto their pride.
Choose to wait and hope from the other side.
When both of them hold onto their pride.
It is when they choose to commit suicide.
Love doesn't kill us.
We killed ourselve
- Luqman San
Aku syak luqman ni orang yang ikut usrah jugak. tapi kerap pulak dia post pasal benda-benda serupa cam kat atas ni. cambest je baca. betul gak dia cakap, sebab ego lah. manusia ni ego dia kadang-kadang sampai tahap gunung runtuh kat belakang pun dia sanggup lari selamatkan diri, orang yang ada kat tempat selamat sanggup dia tolak bagi orang tu mati sebab nak bagi diri sendiri berlindung kat situ. okay ni aku tengok cite San Andreas. tapi memang berlaku dalam kehidupan kita pon. semua manusia pon ada ego dia. cuma tahap mana teruk dia nak runtuhkan ego tu. ada orang ego melangit, tak mampu nak runtuhkan sebab tinggi sangat. memang sakit hati dgn orang camni.
bila kita terlampau ikutkan kemahuan diri, ego pun makin meninggi. percaya tak tahap keimanan menjadi indikator kepada tahap keegoan kita? macam kapal terbang, lagi plane tu terbang tinggi n jauh, plane tu kelihatan makin kecik di pandangan mata kasar. macamtu jugak diri kita. tapi yang kata-kata luqman san
tu, macam ada kaitan je dengan cerita yang aku pendamkan. hahaha.
ok lah ciaw
Monday, August 22, 2016
nasihat kak ayu
Bismillah…
Nasihat kak ayu (ex-naqibah kat UiTM) time lawat dia kat
hospital,
“ Walaupun kita tahu kita dah tak macam dulu, kurang itu
ini, semangat yang dah main luntur, tiada orang yang sama macam orang yang
bangkitkan semangat kita dulu, just positif dengan apa yang berlaku.
Fikirkanlah apa yang boleh kita beri, lebih baik teruskan kehidupan, daripada
lemah stagnant saje. Inilah fasa kehidupan yang perlu kita lalui. Allah Maha
tahu apa yang terbaik buat kita. Jadikan apa yang berlaku sebagai titik tolak
untuk kita menghadapi cabaran yang lebih getir di masa hadapan.”
Nasihat kak ayu dari dulu lagi tak pernah mengecewakan aku. mesti
kena punyew. 2 point yang aku suka kat sini, sampai focus bebeno kitorang borak
kat katil hospital tu.
lupa nk letak gamba ni. ni ah kak ayu. dia je leh naikkan semangat aku blk oh |
First, fikirkanlah apa yang boleh kita beri. Memang tak
dapat dinafikan, kekurangan diri terlalu banyak sekarang. Makin lama hidup,
makin keluar segala dajal (ops sorry kasar sikit). Huhu entahlah wei, aku
taknak komen lah. Secara praktikal, ia agak sukar untuk aku buat masa sekarang.
Macamana nak memberi kalau kita takde pape, jiwa kosong.
Second, inilah fasa kehidupan yang perlu kita lalui. Yang ni
pun ada betulnye jugak. Jujurnya, fasa sekarang aku banyak belajar mengenali sikap
manusia, belajar macamana nak handle with it, kawal emosi & marah. Huhu
Monday, August 15, 2016
Reminiscing~
Bismillah...
Today is off day, not doing any labwork. Dapat cuti dari Dr Alina yeay. Tapi sehari jelah, takyah nak yeay sangat. Tapi yeay2 pun kawan aku (baca:akhawat) ajak lepak kat luar gak. Tak denye nak tidur kat bilik. Aku jenis tak duduk je terkurung, kena keluar jugak haha. Then dapat gambar dari archive google, gambar zaman awal-awal blogging dulu.
Rihab, fatinfana, liyana, wani, maariah |
Weh memang legend gambar ni. Ada lagi gambar lain, tapi macam tak sopan je. Time ni betul2 sehari lepas SPM, kitorang keluar reramai gi tawaf KL. Dalam satu hari pegi Sungai wang , bukit bintang, KLCC, mid valley, pavilion. Mana lagi eh tak ingat dah , naik tren je masa ni ramai-ramai. Sampai balik tengah malam, ayah aku amek kat smakl terus bawak gi makan sate kajang samuri kat melawati. Haha best weyh. Time ni memang gila-gila habis, cakap pun merepek lagi time ni. Pakaian takyah cite, masa ni tak dapat hidayah lagi, walaupun sekolah 'agama'. Seluar jean yg agak ketat, tudung suku, baju lengan panjang tshirt je. Haha lawak kan. Tapj alhamdulillah dari sekolah dididik pakai stokin dari form 1. Wakakakakk
Sekolah agama kat KL ni takyah la nak expect produk dia semua 'alim-alim'. Sama je, mungkin sebab kat KL.
Papepun alhamdulillah Allah atas nikmat hidayah ini. Merasai nikmat tarbiyah selama lebih kurang 6 tahun. Teringat dulu time kat sarawak kat sana aku memang berubah dahsyat sangat. First day pegi sarawak pakai biasa-biasa je. Pastu balik for good dah lain, tu yg adik aku cakap. Tudung labuh gila time tu, belajar beli baju besar. Ish nikmat tak terkatalah perubahan tu. Mula menjaga pergaulan dengan lelaki, tapi budak lelaki sarawak berani2 je duduk sebelah aku dalam kelas n masa makan. Tu tak dapat elak, aku dah faham kat sarawak camne. Tambahan UiTM pulak.
Sekarang ni entahlah. Sedang mencari semula hidayah itu. Mohon kalau terjumpa, tolong saya kutip ye. Huwaaa
Bercakap pasal hidayah ni, ex murabbi aku kat uitm dulu skrg dia stay kat jb, sbb suami dia ustaz kat sekolah hidayah. Haritu masa jumpa dia kat program sekolah ni (Malam Badar), dia tanya macam2 ttg perkembangan tarbiyah aku termasuklah bab baitul muslim. Dia sangat memahami, rindu nak bersama mcm dulu2. Then smlm, dpt berita dia masuk hospital sebulan maybe sebab komplikasi kandungan dia. Uri baby jatuh ke bawah. Belum sempat aku bak ziarah dia, maybe khamis ni. Sedih weyh, dia murabbi aku paling lama, dia berjaya sentuh hati aku yg dulu keras sgt sampai jadi lembut macamni. Tiap kali dia memberikan nasihat & taujihat, memang menusuk tepat ke dalam hati. Kadang2 buat aku menangis. Bukanlah nak cakap naqibah sekarang kurang memahami, sebab naqibah aku skrg makcik n aku agak kurang rapat. Kadang2 awkward nak cerita tentang masalah. Tapi kak ayu pernah cakap dlu, mungkin dlm perjalanan tarbiyah kita akan diuji dengan naqibah. Yg kurang faham keperluan kita. Huhu tapi takpe, naqibah ni adalah satu wadah dlm jemaah. Rasanya kalau kita benar2 mahukan tarbiyah tu sendiri (ataupun bila dah faham) naqibah bukan faktor utama sangat, lebih ke arah diri sendiri nak mencari. Tapi exposure daripada naqibah pun penting gak kan. Haha tah la, aku tak bijak nak cakap pasal ni wahahah
Dulu tarbiyah aku di UiTM memang aki tak dapat nafikan, terlalu larut. Concentrated, bersama 3 orang lagi usrahmates yang rapat sangat dulu. Kami selalu muaiyasyah (baca: bersama) menceritakan perihal peribadi, dakwah kepada mutarabbi. Boleh dikatakan kami jadi pioneer balik kpd dakwah di perlis sebab senior sebelum ni tak meninggalkan pelapis. Alhamdulillah sekarang anak-anak usrah kitorang masih berada di jalan ni, malah lebih hebat weh. Huwaaaa sedih dgn diri sendiri. Mmg betul lah kan, fasa kehidupan ni ada naik turun, jalan dakwah tak pernah memerlukan kita, tapi kita yang perlukannya. Tinggal macammana kita sesuaikan diri ikut tahapan fasa kehidupan tu. Kat johor ni aku tak bawa usrah, jadi semangat dakwah tu terhakis sikit demi sikit. Moga satu hari nanti Allah beri kesempatan untuk bergerak semula.
Ramai murabbi-murabbi aku rupanya dari kt sampai lah di johor. Tapi di sarawak n perlis lah murabbi2 ini yg banyak membantu membentuk kehidupan. Huhu. Moga kak ayu dipermudahkan n segalanya selamat.
Subscribe to:
Posts (Atom)