Sunday, September 25, 2016

Simpati je tak cukup 😏

Bismillah

Huwaa busy gila sekarang ni weh. Pukul 7.30 pagi aku dah gerak gi lab balik pukul 8 malam. Lepas isyak dah boleh fikir tidur terus. Weekend takyah cakap memang aku berkampung kat lab sampai malam. Aku skip program itu ini, termasuk usrah. Okay buat masa ni ketepikan rasa berdosa n rasa bersalah tu wahahaha.

Aku bukan nak menolak dakwah tu sendiri, aku tak pernah tawar hati pun. Tapi bila dalam situasi sekarang orang-orang DnT ni suka menilai sangat. Sampai aku rasa rimas. Aku spend masa kat buat kerja master, dorang cakap aku pentingkan master dakwah tarbiyah lebur. Aku tak datang program dia cakap aku concern sangat pasal master. Aku buat itu ini, dorang cakap mengelak n kuarantin. Sampai ada yang cakap aku sambung master bukan sebab dakwah. Kau tengok sejauh tu dorang menilai. Sepanjang berada di jalan ini, inilah yang paling aku takut. Iaitu apabila orang-orang kuat menghukum rakan-rakan seperjuangan dakwah sendiri. Sebab tu ada yang berundur & hilang macamtu je.

Aku hargai mereka concern pasal aku, kami pernah bekerja bersama. Tapi kalau dorang betul-betul ingat semua tu, jangan la sampai cakap camtu. Aku tak marah pun. Tapi sebagai manusia biasa, aku rasa terkilan. Dulu pernah diberitahu bila dah berada di jalan tarbiyah ni, kita bukan orang kebiasaan. Sebab islam itu kan asing. Maksudnya orang yang dianggap tak faham tu seperti kita faham considered as orang kebiasaan. Sekarang, aku terpaksa mengakui, mereka yang orang biasa tu lah lebih considerate, kurang hukumannya. Tak semua, tapi ada. Kawan-kawan lab aku, kak mas ex RA mate masa kerja kt IBD dulu. Aku lebih selesa. Even mereka lain agama.

Nak letak gambar dalam fon, tapi taktau lak iphone tak boleh direct dengan blogger. Its okay random gambar ni je


Okay, bukan macamtu. Not intend to manipulate situation & menyalahkan sistem tarbiyah ni. Sistem tarbiyah dah sangat baik, cantik tersusun. Tapi percaya ke tak de yang sempurna. Kalau kita terlalu rely kepada sistem, kita akan penat. Sebab apa yang aku rasa, sistem ni menjadikan diri makin lama makin baik, hebat, much better lah senang. But sometime to sustain it yang payah. But the sistem really do it, kalau tercapah sikit, mulalah aku mata-mata yang memandang yang buat kita jadi down. I  have experienced it, walaupun taklah lama dalam sistem ini, tapi tak salah kan merasai dgn sixth sense. Hmmm

Apapun, aku bersyukur siapa diri aku kini. Bersyukur dengan nikmat iman dan islam yang aku dapat melalui jalan tarbiyah ni. Cuma tak dapat dinafikan pasti ada naik turunnya. Mungkin diri sendiri lah yang perlu mengubah, tiada isu kepada sistem itu sendiri. Ya diri sendiri. Kalau ada yang menghukum atau menilai yang kontradik dengan perkara sebenar. Cepat-cepatlah istighfar, mungkin memang ada salahnya pada diri sendiri atau Allah nak tegur kesalahan kita. Jangan kita pulak nak menghukum orang yang menilai tu. Ego tu bukanlah perlu direndahkan kepad orang lain saje, pada diri sendiri pun. Jangan anggap diri terlalu lemah, selalu ingat ada Allah yang menyayangi & membantu.

Bukan mudah kan nak naikkan semangat balik. Bila hati penat, jangan haraplah akan bangkit sesegera mungkin. Ada kawan sarawak aku yang aku jumpa balik minggu lepas after 6 years tak jumpa, dia cite yang dia dah lama sangat tak solat. Hidup terasa kosong, takde arah tuju. Aku just nak dengar luahan hati dia je, apa yang dia rasa then memang tugas aku bagi semangat tentang sayangnya Allah pada kita. Aku taknak suruh dia terus solat, ataupun menyalahkan dia sebab tak solat sebabtu lah hidup kosong. Takut sangat kalau dia lagi down, terus taknak solat.

Lately ramai pulak yang bercerita meluah kat aku. Dari labmate sampailah kawan-kawan yang lebih muda yang selalu datang program community. Siang tadi tengah bincang dengan budak Fyp yang aku kena guide dia, ni kali kedua dia bercerita pasal keluarga sampai keluar air mata lelaki dia haha. Lelaki tau. Aku pun terkejut. Yang perempuan pun ada, sedih weh dengar cite dorang. Adik n abang dia meninggal berturut-turut semalam. Yang indian ni aku kenal masa join feed homeless selalu pulak dia pm aku kt fb. Luahkan perasaan dia yg pihak EVO UTM reject dia utk jadi calon PRK sebab dia indian. Dia siap cakap dia menyesal jadi indian, dibuang oleh masyarakat. Ceh aku dah macam lawyer kahkah. Aku ni banyak motivate orang je, diri sendiri kelaut sangat. boleh pulak aku motivate kawan gi daurah padahal aku tak pergi. Ada akhawat ni down, aku bagi kata-kata semangat padaha aku pun tengah down, ponteng usrah semua. Haishhh pape jelah!

So kau ada masa ke nak menghukum n menilai tak tentu pasal lagi?

Sometimes its nice to run away a bit from the track. We create our own track.

Oh panjangnya, keh bai.

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com