Monday, September 5, 2016

Hypo-c_it 😡

Bismillah

Harini sakit pula hati ni. Tengah stress buat keja lab, ditambah lagi dengan kebengangan dengan golongan ini. Dulu sebelum aku ada perasaan n persepsi ni, aku memang suka, salute & respect tahap aku tengok golongan ustaz ustazah ni macam nampak syurga lah. Tapi kerana seseorang ni aku dah rasa hilang semua tu. Hipokrit, sampai hari ni pun dia still hipokrit. Jugdemental pada orang biasa-biasa baru nak berubah, pakaian tak labuh tak litup macam golongan dia. Argh geramnyaaa. Boleh dia perli aku dia cakap dia nak kahwin dengan orang yang hafal quran je, yang pakai tudung labuh giler. Katanya orang yang hafal quran ni jaminan ke syurga lebih tinggi & akan melahirkan anak-anak generasi alquran.

Allahu. Allah takkan biar hidup kita tak teruji & smooth ya. Biarpun di pandangan kita segalanya sempurna, mungkin Allah akan uji dengan ketidaksempurnaan, kesempitan & kegagalan. Masa tu akan teruji sejauh mana iman kau dengan isteri & anak-anak yang 'sempurna' tu. Sorry lah, kesabaran aku dah sampai limit. Tak salah nak keturunan yang baik sempurna, semua tu bukan ke engkau nak tunjuk betapa kau memiliki pseudo-syurga, memiliki segalanya pada orang sekeliling. Janganlah sampai berkias menghina keikhlasan orang lain untuk berubah. Golongan yang bajet-bajet ustaz istazah ni susah la aku tak leh nak masuk sangat sekarang. Sekarang aku bukan jenis berlembut macam dulu, suka nak dengar-dengar cakap korang, nak borak-borak. Pergilah sana jauh-jauh.

Haish tengah mode geram sangat niiii 😡

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com