Friday, September 16, 2016

3 am

Bismillah

Tadi keluar gi program dengan kak S. Huhu kitorang selalu lepak sesama, sebenarnya ada lagi sorang. Aku panggil dia kakak russia, sebab dia degree kt russia dulu. Tapi sekarang kakak russia dah benti belajar dia balik ke kampung dia. Memang kamcing kitorang ni. Selalu je luah masalah. Harini sepanjang jalan pergi dan balik ke Kulai, macam biasa cerita la apabenda kitorang nak cerita. Tetiba kak S ni tanya aku. Wani dah tak nak aktif ke macam dulu. Haha kak S ni macam tak tau plak apa jawapan aku. Tak lama lepastu, dia sambung cakap, takpela wani calm down n cari masa untuk diri wani sendiri. Kadang-kadang kita terlalu mendengar untuk orang lain, senyum untuk orang lain, menangis untuk orang lain, pura-pura baik untuk senangkan hati orang lain, tapi hati sendiri terluka. Hmmm kenapa kak S cakap camni plak kat aku? Betulke aku macam gitu? 

Terfikir jugak best jugak kan kalau kita ada record tak baik, walaupun sekali. Hmmm lain macam statement tu. Aku rasa sejak aku terjebak dengan tarbiyah ni, tak pernah sangat aku rebel ponteng usrah ke, tak datang program ke. Teringat degree dulu, lepas habis exam je terus aku shoot perfi daurah untuk adik2, padahal kepala tengah gertak kot sebab tak tido malam tu study. Sekarang mungkin aku rasa jugak penat, dikelilingi orang yang terlalu sempurna di mata aku. Malu seyh kalau buat salah sikit. Malu seyh kalau act not qowy lols. Macamana ea nak cakap. Aku ngaku juga kadang aku berusaha memenuhi expectation orang di sini, sampai aku penat sendiri. Untuk apa kita memeluk tarbiyah, kalau achievement kita berdasarkan pemerhatian orang. Adakah keimanan tu diukur dengan pandangan & expektasi orang-orang hebat? Cuba lah cuba, lama-lama akan penat sendiri. 

Ya kita tetap akan merasai nikmat tarbiyah bila kita berusaha mencapai tahap yang lebih tinggi & lebih baik. Tapi di saat kita laju berlari, penat makin cepat menerpa kita. Seolah-olah beban yang semakin lama dibawa, makin sakit tangan & bahu kerana memikulnya. Kita nak kejar orang yang dah dihadapan dan hebat sana, nak sama paras kedudukan. Padahal iman & amal tu saling bersangkutan. Kalau sebanyak-banyak amal pun dibuat bersama orang-orang hebat, iman kau uncontrollable, berguna ke? Tiap orang lain ujian imannya. Masakanlah sama dengan orang-orang yang kau pandang hebat tu. Actually aku pun tak sedar aku banyak push diri aku. Bersama berdiri, berlari dengan orang-orang hebat, akhirnya aku sesak nafas. Rupanya nak jadi terbaik, bukan ini caranya. 

Jadi sekarang, i am a bit rebellious. Dah kurang dengan program (bukan kurang, tapi ponteng dah) usrah pun malas nak buka update kat whatsapp group yang terlampau banyak tu. Ya sometimes have a bad or slack record is good. Memberi ruang diri memahami hati sendiri. Juga melihat sejauh mana orang-orang sempurna tu menilai & menghakimi orang-orang yang buat salah. Ada usrahmate aku cakap, wani ni bukan akhawat yang paham ni kalau tak datang program. Okay you can say it, ada ke awak cuba faham apa yang saya rasa, faham sikit pun jadilah. Selama ni saya selalu lembut je dengan awak.

Haha ok dah macam orang gila je aku ni cakap bende camni. Ok moga segalanya diiringi pertolongan Allah, harini syukur sangat aku dapat jugak cari duit bayar yuran sebab harini last bayar 😭. Sekarang menghabiskan sisa-sisa beberapa bulan master kat utm ni, permudahkanlah ya Allah

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com