Monday, August 8, 2016

reality absolutely hurt

bismillahirrahmanirrahim

oh oh I was fallen into slut again! maksudnya menjadi bodoh lagi kerana tidak mencuba menjadi sekuat mungkin like I used to be. aku malas lah nak tulis benda-benda tu. aku anggap benda tu sebahagian dari kehidupan yang Allah takdirkan untuk aku lalui. perjalanan kehidupan ni semakin kita membesar perlu kita hadapinya dengan matang. mendepani realiti yang sebenar, tak melayan perasaan yang membuatkan kita di awang-awangan. cinta manusia tu kalau kita tak dapat, bukan bermakna kita hilang segala-galanya. disekeliling kita sebenarnya penuh dengan cinta. melayan perasaan berpanjangan membuatkan kita melepaskan peluang-peluang kebahagian yang ada di depan mata kita. aku bercakap guna 'kita', eh kenapa?

ok sebenarnya tengah cuba mengubati perasaan. it happened for many times, and aku dah kecewa banyak kali, tapi aku tak putus asa. mungkin bagi dia melepaskan & meninggalkan begitu saja kerana dosa adalah untuk dirinya sendiri, tapi sejarah tak dapat diubah, dan taubat tidak beerti menyakitkan, kenapa perlu mengecewakan? cinta tak pernah menyakiti, tak pernah membuatkan kita putus asa, bahkan bangkit, gembira, ceria, bahagia. entahlah pandai pulak aku bermadah. aku pernah kenal seorang pasangan suami isteri ni yang dulu mengaku banyak benda yang mereka jahil, tapi diorang anggap perasaan cinta yang wujud antara mereka bukanlah direka-reka, ada hikmah dipertemukan. disebabkan waktu 'muda' berpegangan tangan & lebih dari yang sepatutnya mungkin, Allah beri hidayah untuk kembali. tapi kedua-duanya tetapkan untuk berkahwin. lepas kahwin diorang sangat menjaga, sebab isteri dia cakap kenapa kita nak elak dari membina kasih sayang untuk diri sendiri, keluarga & anak-anak. aku rasa cukuplah point yang aku leh dapat kat situ.

takpelah, tiap orang lain kisahnya. kalau dua orang dah ada rasa cinta & merasakan saling memerlukan. dan akhirnya melepaskan, kita tak akan dapat 'kekayaan cinta' tu. pastinya kedua-duanya ada rasa cinta yang ikhlas kerana Allah, oh itulah maksud kekayaan cinta. kalau dengan orang lain, mungkin tak akan dapat rasa kekayaan cinta tu. hehehe amboi mana aku dapat term ni.

sebenarnya, aku pun pelik dengan diri aku, kenapa aku beria & ambik port sangat. lantaklah dia. cuma jangan anggap aku macam strangers je, jangan awkward bila bercakap dengan aku. aku tak nak. aku tak suka putuskan hubungan tanpa sebab yang tak rasional. eh cakap pasal putuskan hubungan, semalam tetibe kawan aku masa kecik dulu dia jiran aku kat koperasi polis, nama dia Zarul (nama penuh Azharul Hafiz bin Ibrahim) sama umur kitorang. dia contact ak, mana dia dapat nombor entah haha. dah 18 tahun tak jumpa. dulu family kitorang memang rapat. dari tadika sampai darjah 3 pegi sekolah sama-sama. main kat padang sesame. borak-borak semalam, dia cakap dia nak kahwin dah bulan 9 ni. wow syukurlah zarul nak kawen. walaupun dulu ko hensem muka putih rambut perang, tp tengok gambar ko skrg macam dah tak hensem hahaha. watever. bestkan dapat eratkan hubungan balik.

smlm Zarul bagi gambar latest fam dia. wah teringat memori dulu2. Zarul yang cekak pinggang tu


*********************************************************************************
okay sebenarnya ada benda yang bermain dalam fikiran aku lately. kawan aku kat JB ni, dia dalam kalangan akhawat jugak. dia cerita kat aku je n sorang lagi usrahmate aku, pasal dia nak kawen. umur dia dah agak lewat 28 tahun. menurut apa yang dia cerita ngan aku, dia dah kecewa 5 kali dengan laki melayu (haha!) melalui proses BM. so dia berniat nak calon foreigner, okay sukahati ko lah. pastu sekarang dia tengah ontheway dgn mamat pure indian (dari negara India dia kenal kat muslima.com) 35 tahun. mamat tu ajak kahwin, ala-ala alim la gak aku tengok gaya mamat ni. ada master keje kat dubai. dia nak jadikan kawan aku ni isteri kedua. huhu mula2 aku n usrahmate aku sorang lg tolak habis2an. jangan desperate sangat nak kawen.

semalam, dia converse dengan isteri mamat uh. isteri pakai purdah seyh, dari gaya conversation isteri dia tu, aku yakin isteri dia seorang yang sincere n pastinya matang. kawan aku ni je yang tak sabar & emosi bukan main, sampai aku nasihat pun dia nak marah aku & tak makan saman lgsg. kamon, ko jadi camni sebab mamat tu eh??? geram pulak aku. aku rasa perbincangan & pertimbangan pasal kes kawan aku ni perlulah matang & tenang. isteri dia tu cakap dia kecewa & hurt a lot bila suami dia nak kawen lagi satu. stress aku tau tak semalam bodohnya laki camtu isteri punya baik nak lepaskan buatpe. mamat ni tak telus dengan isteri dia, sebab isteri dia tak tahu apa firm reason suami dia nak kawen lagi. tapi boleh pulak mamat uh bagitau kawan aku ni dia nak kawen sebab dia tak dapat cukup kasih sayang dari wife dia sekarang & wife dia tak nak tambah anak. kamon bhaiya, anak dah 3, bersyukurlah. rezeki yang Allah bagi dah cukup banyak dah tu. geram tauuu. aku cukup pantang lah dia kutuk isteri dia kat orang lain.

aku nampak kekecewaan dari cara wife dia converse tu. semalam aku dah nanges gak lah mengenangkan kepedihan isteri dia. problem sekarang kawan aku ni. macam dah tak makan nasihat. aku suruh bincang ngan naqibah, dia tak nak. tolonglah, taktau nak cakap camne dah. hanya mampu doakan yang terbaik. kawan aku ni dia kesian gak ngan wife mamat desperate tu. tapi aku tengok dia keep on tanya soalan pasal mamat tu kat wife dia. kalau aku la kan, tersiat-siat hati ni. kawan aku ni jenis kurang sabar & mudah emosi. walaupun umur dah 28 tahun, tindakan dia bagi aku kurang matang menghadapi situasi yang serius camni & menjaga perasaan orang. okay sorry, I have to say that. aku nampak kawan aku ni dah angau & dia memang nak sangat kawen ngan mamat tu. entah apalah umpan mamat tu.

mestilah aku sayangkan kawan & akhawat yang sepatutnya saling memastikan kebahagiaan saudaranya. semua orang pun nak bahagia, aku tahu aku tak layak nak tentukan kebahagiaan dia & aku tak berhak halang pun. tapi entahlah. aku tahu aku sendiri pun belum kawen & 'gagal' (sedihnye...am crying at night without you) dalam bercinta. tapi naluri sebagai seorang wanita yang inginkan wanita lain bahagia, aku sanggup dimarahi kerana menasihati. maafkan saya kak.

I pray to Allah that you will be given someone the best for your life & your dakwah. kekecewaan yang dia alami sebelum ni bukanlah bermakna terhenti kebahagian, tapi perjalanan hidup yang perlu dihadapi demi redha Allah. YES, kita kena redha apa jua berlaku. segalanya dari Allah, He knows what has happened in our life. jangan rasa yang terjadi tu bala & malang untuk kita. tapi anggaplah cubaan yang Allah dah janjikan syurga di sana. I wish Allah gives you strength & petunjuk.

********************************************************************************


okaylah, post yang agak panjang, malamni aku agak penat dengan kerja lab & lepak dengan kawan sampai malam. banyak lagi yang berlaku sebenarnya. nak katanya, yes inilah kehidupan. takde masa lah kau nak menipu dengan perasaan kau sendiri. just face the reality. buat apa nak buat-buat tak tahu. dulu aku pernah nak jadi ignorance sebab dah penat dengan manusia, tapi in real aku tak boleh sebenarnya. realiti memang pahit, tapi oleh kerana sikap kita yang nak menjadikan ia manis, hidup tak sebahagia & tak setenang yang diimpikan. apa aku merapu niii. Apa yg aku belajar dalam apa jua situasi, jangan menyalahkan orang lain bila terjadinye sesuatu masalah walaupun kita rasa kita tak salah. Berbalik pada merenung diri sendiri, rasanya itu lebih baik kot. Kat sini aku berdepan dengan ramai orang yg bila ada masalah, dlm organisasi n bekerja sama terutamanya, tend to speak names of org yag dia anggap bersalah tu. Huhu dari situ aku rasa sangatlah kecewa, moga2 hikmah yg aku dapat tu dpt aku praktikkan. okaylah dah pening & mengantuk.

gambar takde kaitan. tp ni lah (Ng Ja ming & Suraiya) labmates aku paling terbaik penah aku jumpa haha. they come drop by in my life as a blessing & anugerah terindah hahaha.


0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com