Tuesday, July 19, 2016

risau ya? #randomneverfail


Bismillahirrahmanirrahim

tajuk tu tak catchy langsung. kata nak update 6 bulan lagi, sempat pulak aku taip benda ni panjang-panjang. take note je la sebelum semua tu lupa. ni buat pedoman awal-awal.

Rasa nak share walaupun tengah busy sekarang mengerah tenaga untuk siapkan kerja master. I have only one semester left. Dr Alina dah paksa-paksa aku untuk siapkan secepat mungkin. Risau tau risau. Risau pasal yuran master yang akan disponsor satu semester je lagi, risau pasal yuran bilik tempat aku berteduh sekarang ni, risau tak dapat siapkan semester depan. Risau kalau ada yang terasa dengan aku, risau kalau aku ni ignorance, risau kalau tawakal aku tak cukup, risau kalau awak takde disisi saya? ehh jangan macam-macam

Say what, bila aku tengah risau pasal duit nak bayar yuran itu ini, nak survive kat johor satu semester lagi mampu ke dengan simpanan yang ada sekarang? Then dunia dikejutkan dengan bom yang melanda turki 2 hari yang lepas. Pastu, tadi aku usrah, makcik nailah kasi headshot sampai ke turki tau luls. Dia cakap pasal basic needs seorang yang bernama manusia. Dia cerita pengalaman  dia pergi berkempen AMANAH kat kuala kangsar haritu. Then, ada penduduk kat sana cakap kalau kami undi prof ni apa yang kami dapat? Saya cuma nak mesin jahit untuk biaya tanggungan saya. hmm sesetengahnya masih belum faham kenapa kena tukar pemimpin. Tapi terus berfikir untuk survive di zaman era ekonomi tak stabil, barang makin mahal, nak mengharapkan ketua keluarga tapi tak boleh harap. Mencela harga barang yang terlalu mahal sampai tak mampu nak sustain daily life, tapi apa yang difahami pilih pemimpin yang boleh bagi selonggok duit cukup untuk makan seumur hidup. Kenapa kena tukar pemimpin? Kita ulang lagi ya

Then aku try kaitkan dengan erdogan yang super duper power tu, best influence man ever in the world. dulu masa degree uitm pernah first time kupas panjang pasal erdogan ni dalam usrah. so bila dibincangkan balik dalam usrah tadi rasa macam refreshed balik memori dulu.Terbaca kat write-up-write-up yang ikhwah akhawat share kat group whatsapp tentang macamana keadaan turki yang tengah hiruk pikuk kena serang dengan tentera tali baru barat, rakyat sanggup keluar berdemo seawal 1 pagi lepas erdogan membangkitkan keadaan & bawa rakyat dia untuk keluar menentang tentera. Masa tu erdogan takde kat turki, dia guna Facetime je bangkitkan rakyat & rakyat dia sendiri yang tenangkan keadaan. Okay itu mengagumkan. Yang lebih mengkagumkan, ni kaitan dengan basic needs tadi tu. makcik nailah cuba relate pyramid maslow (ni semua budak uitm mesti tahu ni). 

 
ni la teori maslow. budak uitm memang kebanyakannya kena ambil subjek management walaupun takda kaitan dengan course. budak engineering tak tahulah, tapi aku budak sains ni pecah otak jugak la menghafal teori ni
Pyramid ni diilhamkan oleh Abraham Maslow, basically dia pasal hierarchy of needs. Aku tak minat psychology, tapi bila dengar orang cerita cambest gak la. I don’t really talk about psychology, if I do, it’s a fake! Haha. Tingkatan paling bawah dalam pyramid ni adalah basic needs including makan pakai, keluarga, hubungan seks, tempat berteduh etc. boleh refer gambar. So nak kaitkan tentang erdogan ni, kita tahu condition ekonomi kat turki macam mana kan. pendidikan percuma kot, pendapatan isi rumah yang terjamin, hampir zero unemployment etc. macam-macam lagi yang erdogan jaga rakyat dia supaya basic needs ni sentiasa maintained & sustained. Eh rasuah apatah lagi, tak macam kat mesia ni banyak betul pintu-pintu rahsia yang tak nampak. Haa lepas tu dia boleh terapkan nilai-nilai islam yang dah lebih 90 tahun dipatahkan oleh mostafa antarturk. Ranking kedua tu psychology, bila basic needs dah okay, boleh sentuh hati pula ye. Hebatnye.

Then, masa drive tadi aku still berfikir pasal duit untuk bayar itu ini, cukup ke simpanan aku sampai tahun depan? Then, teringat makcik nailah cakap segala yang kita ada sekarang ni adalah dari Allah. Kita risau ada benda ni tak cukup benda tu tak mampu, takut tak dapat teruskan hidup, takut mengemis. Rezeki tu dari Allah, anak-anak & keluarga yang baik, pencapaian yang hebat kita harini, segalanya lah semuanya dari Allah, bukan dari kita walaupun kita berusaha untuk capai semua tu. so nak dapatkan lebih lagi dari Allah, perlu la bekerja lebih lagi untuk Allah. Sentap sangat tau, masa ni hati aku berdebar giler, teringatkan apa benda aku buat untuk bekerja di jalan Allah ni. Ha jawab wani! astaghfirullah, benarlah nasihat tu kalau kau sombong tak nak dengar, rugi dia sampai akhirat nanti pun belum tentu kau ada rasa nak masuk syurga tu. niatkan segalanya demi Allah semata. Iman tu bisa menembus ke langit jika hati benar-benar tulus mengharap pada Allah. InshaAllah Dia tak akan sia-siakan keimanan yang ikhlas padaNya.

“Dan katakanlah, bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasulnya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan nyata, lali diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Taubah:105)

“Dan barangsiapa berserah diri kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang kukuh. Hanya kepada Allah kesudahan segala urusan.” (Luqman: 22)

hati orang yang beriman kepada Allah ni dia yakin walaupun sesuatu tak masuk akal pada perkiraan manusia. Palestin, Syria, mesir..satu persatu. Dan sekarang turki. Dimana islam tu akan menang dan tertegak? Hanya orang yang yakin saja akan terus bekerja & berusaha.

moga Allah ampunkan dosa aku, keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat dan semuanya. So pasni kalau risau, hadapi je lah. Terus bersangka baik dengan Allah :) 

chioww

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com