Monday, July 11, 2016

Raya ke 5

Gi beraya ngan kengkawan smkakl hari ni. Huhu bila di kenangkan sejenak, best nye lahai jadi budak sekolah dulu. Dulu cakap merepek pun kengkawan sudi gelak. Sekarang ni umur makin meningkat, task of life more risking and tougher. Cepat betul membesar aku ni. Dah 24. Harini bestnyer lahai gelak-gelak, lawak merepek je kot, gelaknye bukan main. Rindu.







Raya 2016

Memikirkan kerja aku sekarang, ya Allah sometimes I cant really smile, sampai kadang2 rasa dah bosan dengan benda-benda tu sume. Bila akan berakhir master aku ni. Kerja RA yang memeningkan kepala. Dalam lab meeting asyik kena ceramah je. Aduhaii

Pe motif raya ngan kerja RA n master ni??? Yelah, aku took 2 days extra leaves raya ni sebab nak rehatkan minda. Lepas raya ni memang akan busy n fokus untuk kerja-kerja tu. Bulan 8 ada 2 conference n kursus kt UPM. So sekarang ni aku tengah pulun gila siapkan paper untuk submit n poster. Itu dah tertangguh lama sebab aku tak reti nak edit paper. Bukan power english aku ni, cakap mader tang je.

Hidup ni nampak mudah kan, bila segala benda dah siap. Kalau semuanya mudah pasti kita akan pilih yang paling mudah sekali. Takde peluang pun nak berebut masuk syurga kalau camtu, sebab syurga tu bukanlah semudah itu. Haha. Hidup ni sementara je kan, buatpe nak buat sangat benda-benda research segalanye ni, lastly akan buang jugak n trrsimpan dalam komputer gak. Eh kalau tak buat semua benda tu, nak kena buat apa??? Cari alasan cepat! Niatlah untuk redha Allah, setiap kebaikan tu harus ada nilainya, paling tidak pun pada masyarakat. Itulah khalifah di muka bumi yang makmur haha. Tipulah kalau kerja-kerja yang kita buat semua sia-sia. Khennn...

Okay cam melalut je. Eh..kawan-kawan ni lah yang dulu masa sekolah penah gaduh besar, buat aku nangis, dulu bukannye budak pandai kat sekolah, tapi dorang bole terima kebodohan (eh ??) aku. Paling aku ingat pasal dorang ni, dorang selalu doakan aku dalam bab exam, sebab dulu exam aku selalu teruk resultnye. Teruk sangat tau. Dorang jenis doakan depan2 aku haha. Lawak je dulu. Orang kata klu kawan rapat ni semua benda rahsia kita tau, tapi dorang ni aku tahu latar belakang jelah, karakter, preferrences, dorang suka sape pun aku tau haha. Cuma dorang je tak tau aku suka sape. Sebenarnya ramai lagi. Tapi ni je sempat jumpa. Huhu semangat lak aku, sebab rasanya raya tahun depan dah lain sikit. Erk apa yang lain tu?? Itu yang kita tak tahu.

Ok pasni aku dah busy, blog ni akan diupdate 6 bulan lagi. Haha masa tu master sikit lagi nak habis..kuikuikui

Papai

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com