Friday, July 8, 2016

#randomsyawal #randomneverfail

Bismillahirrahmanirrahim

Yeay dah raya! Rasanya ni lah first post aku pasal raya sejak dari 2010 blog ni. just came back from kampung, huhu beraya kat KL pula ye. raya tahun ni aku rasa takde sakan sangat. aku belajar untuk lebih kepada pengamatan raya itu sendiri. Audit diri apa kesan-kesan daripada tarbiah ramadhan yg selalu aku dengar dari circle-circle usrah. Ye, contohnya macam apa yang sebelum ramadhan benda yang kita nak tinggalkan, selepas ramadhan kita cuba tinggalkan. Kecil tapi besar. Begitulah konsepnya. Ini aku suka. Hehehe

Lagi satu kalau raya ni kita balik kampung jumpa saudara mara sepupu semualah. Tahun ni aku tak berkesempatan nak jumpa ramai saudara mara sangat, sebab balik kejap je. Tapi sembang sembang dengan sepupu sepupu aku yang dulu kecik2 memang rapat giler, sekarang di dorang sume ramai dah kawen. Cerita-cerita dorang semua dah berubah. Ada yang cerita pasal sedih takde anak lagi. Pastu, nak mintak tolong aku sedeqahkan duit dorang sebab dorang tahu aku buat free food & nasi bungkus untuk gelandangan kat JB.

Entahlah..balik kampung pun tengok tok nenek aku yang dah makin uzur terok kut. kena mandikan dorang, pakai pampers orang tua, kena tolong angkat dorang etc. Arghhh, lama-lama aku duduk kampung rasa macam stress gile. Sebab sikit-sikit jatuh air mata. Rasa macam dekat dengan kematian. Rasa macam kalau ayah aku or orang yg aku sayang sakit camtu, aku bersedia tak? Haha cam melalut pulak cerita nih



up gambar raya sket. Sikit jer..heee


Papepun, tadi aku bosan sangat then tengok tv alhijrah. Ustaz tu rungkaikan sikit pasal ayat seribu dinar (so-called ayat rezeki oleh orang melayu luls). Setiap bait-bait ayat yang dibacakan buat air mata aku jatuh lagi. Huhu lately air mata ni randomly keluar je aiyo! All in all, lebih kepada tawakal hidup ni. Yes, kenapa aku sentap sangat sebab this year banyak kerisauan yg aku alami. Kerisauan dari segi dosa-dosa yg tak layak diampunkan, kerja yang tiada jaminannya, master yang makin kusut kepala, keluarga kewangan, macam-macam lagi. Hatta sejak aku terjebak dengan cintan cintun ni astaghfirullah. Tak expect kut aku boleh jadi se-tak malu begitu, dah macam menjual diri rasa. Arghhh!! Menyesalnyaaa

Then, tawakal tu menjawab persoalan ini. tawakal itu  mcm berserah pada Allah segala urusan. Tapi kena usaha walaupun usaha semacam takde harapan, doa sungguh-sungguh & yakin Allah ada membantu. Ye, aku rasa betapa pentingnya campur tangan Allah dalam urusan kehidupan ni. Kita usaha macamana pun untuk dapatkan sesuatu, kalau Allah tak benarkan, it will not happen. It must be reason kenapa Allah tak nak bagi. Sebab mungkin Allah nak bagi kita sesuatu yang menjadikan kita lebih baik, atau Allah tak redha dengan cara kita.

Segala yang berlaku dalam hidup ni daripada Allah. Dan semestinya kita kena kembalikan pada Dia. Iaitu yakin Dia ada jawapannya dan akan bantu. Kadang-kadang at one point, kita tak perasaan ada invisible hand yang permudahkan urusan. Hati jadi tenang, sebak semacam usaha yang kita buat ni tak layak pun dapat nikmat macamtu. Huhu. Sekarang aku belajar untuk naikkan sikit level tawakal aku. Berhati-hati dalam amal.

Hmm, lagi satu. Aku tak sangka aku akan risau akan kehilangan seseorang. Kenapa entah, tak pernah pun aku cam ni. Allahu, memang cinta itu membutakan, bahkan membutakan iman. Ye, tawakal memberi harapan sebenarnya. Perlukah risau sangat sampai hati jadi buta dan meletakkan Allah pada kedudukan paling bawah. Aku yakin kalau niat untuk membina diri n keluarga demi redha Allah, Allah akan mudahkan. Just sabar & terus membina diri menjadi lebih baik. Letakkan Allah cinta paling teratas. Allahu, inilah tarbiyah yang berharga.

Huhu panjang plak. papepun, setiap orang melalui fasa kehidupan berbeza. Tapi tetap mengajarkan pengertian hidup yang sama. Tinggal kita je perlu menerima, sabar & redha.

Okay, Ya Allah jadikan aku hambaMu yang lebih baik sentiasa inginkan perubahan dalam diri & kuat menghadapi segalanya. Moga Allah jaga orang-orang yg berada di sekeliling aku & dia.

Kbai bai bai.

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com