Saturday, June 11, 2016

5th ramadhan

Bismillah...

rasa dah lama tak update post yang 90% sedar, latest post tu nampak macam orang gila kot tahpape lirik lagu kunun. haha. so sekarang, insyaallah dah okay sebab masa itu memulihkan. acececewah. tapi sekarang ni aku takdelah ceria mana, ada je masalah, stress jugaklah dengan kerja & master. dengan program lagi. but seriously semua ni mengajar aku nak urus masa dengan lebih baik. bangun pagi subuh dah mandi, malam tidur lambat tu dah biasa, tapi pandai2 curi masa qadak tidur. putaran kehidupan ni nampak biasa, semua orang pun mengalaminya, tapi macamana diri kita sendiri nak memanfaatkan setiap 'detik' supaya terisi. kenapa aku cakap 'detik', sebab kalau minit, seminit pun belum tentu kita appreciate. itulah perbezaannya masa orang yang terisi dengan tak, walaupun semua orang ada time circle yang sama.

wah sekarang dah ramadhan. eksaited kan. teringat haritu masa beberapa hari lagi dah nak ramadhan, dia punya eksaited tu Allah je tahu. sebab apa ek? aku fikir-fikir, rupanya itulah fitrah manusia. manusia 'suka' untuk kembali kepada Pencipta dia. yelah ramadhan ni kan ibarat musim bunga untuk umat islam, sebulan Allah bagi untuk berpesta ibadah. dari hari sebelum puasa haritu aku tak terhitung dosa aku sepanjang setahun ni. Allah. jatuh terduduk aku tiap kali kira jumlah dosa yang aku buat. memang banyak. aku kira dari bulan Jan sampai Mei 2016, Allah...memang nangis berat aku. memang banyak, sampai aku rasa boleh ke dosa-dosa tu semua diampunkan. kelalaian yang aku reka sendiri, padahal Allah dah buka jalan kebaikan di hadapan aku, tapi aku lepaskan. moga Ramadhan ini memberi seribu satu erti pada diri aku. insyaallah belum cukup terlambat nak taubat. insyaallah Ramadhan ini menjadi bulan untuk aku hapuskan dosa-dosa yang terdahulu.

nak cerita bulan ramadhan ini pun banyak juga dugaannya. aku set beberapa azam ramadhan yang aku akan laksanakan untuk pembaikan diri selepas ramadhan. biasalah, dalam Alquran Allah ada cakap Allah akan uji dengan kesusahan untuk jadi hambaNya yang benar-benar beriman. berdepan dengan ujian hati, manusia, masa, mujahadah untuk lengkapkan muttabaah amal ramadhan. di sebaliknya ada ujian. tapi alhamdulillah, perkara pertama apabila hadapi kesusahan adalah, SYUKUR. yang ni yang aku pegang sampai bila-bila. segala amal ibadah yang kita laksanakan adalah untuk dapat redha Allah. so, kalau merungut, satu demi satu redha Allah tu akan jatuh.


nikmat ramadhan yang tak akan kusia-siakan cewah

eh satu lagi sebelum terlupa. DOA. cliche kan? banyak dah tazkirah pasal doa ni. tapi for this ramadhan, I got the best reflection pasal doa. naqibah aku haritu cerita pasal orang yang merungut gagal, tapi sepatutnya dia kena menyesal sebab tak doa. sekecil-kecil perkara, berdoalah. satu refleksi besar untuk aku jugak bila dapat ramadhan planner dari AZAM Russia, dalam list tu ada masukkan doa as separating list. maksudnya, bukan main-main doa lah, manfaatkan tiap masa untuk doa sungguh-sungguh. sebelum berbuka tu waktu mustajab. ehem doa jodoh mungkin? hahaha ni kawan yang cakap

and yes, we ain't perfect at all. still, kalau kita buat amal sebanyak mana pun, 'baik' macammana pun kita, kita lah sendiri tahu diri kita macamana. level iman kita pun kita boleh rasa lemah even tengah buat amal (baca: tilawah, tadabbur, solat sunat etc). di sini lah keikhlasan diuji. walaupun sekecil-kecil perkara kita buat untuk dekatkan diri pada Allah, untuk memohon keampunan dari Allah, jadikan ia paling bermakna dalam ibadah kita. contohnya, ni apa yang aku alami (selalu alami kot). baca ma'thurat separuh jalan, then tak habis. then bila aku fikir, dah banyak kali gak la aku baca separuh jalan, tapi tiap kali tak habis sebab terpaksa buat kerja or apa2 aral, aku mesti menyesal. Allah, bersyukur sangat ada perasaan ni. sekurang-kurangkan kita cuba untuk improve day by day.

apa apa pun. memang kita tak perfect. tetap diuji, tetap akan marah, tetap akan down, tetap akan kecewa, tetap kurang sana sini. inilah permulaan kepada episod kehidupan kita. Allah sediakan semua ni untuk jadikan kita 'hamba' yang betul-betul hamba. erk acano tu? sebab kan, aku fikir (ni teory aku sendiri la), bila kita diuji then diuji lagi, at last kita menyedari hakikat yang kita perlu bersyukur. jadi lebih matang menghadapi ujian. mampu kaitkan masalah dengan akhirat (ha tudiaaa! bak hang) haha.

okaylah. days by days passed, we never know when will be our last breath in this world. sedari hakikat kita hanya 'sewa' di dunia ni, so what should we do adalah,

GIVE - SERVICE - KIND - SURVIVE (yg ni aku tambah!)

ni kata-kata Muhammad Ali yang pulang ke rahmatullah baru-baru ni. cukuplah quote kata-kata dia ni mendefinisikan kehidupan didunia ni. yg part service tu, tengah fikir apa patut aku buat utk bagi service kat orang ek? kawan aku cakap tetibe, tak duduk sorang-sorang, keluar bergaul dengan orang tu dah service lah tu. harap ada yg terasa lol.

okaylah. merepek banyak niii. ciooouuu!


0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com