Tuesday, March 1, 2016

Harapan 1

Kita mencipta harapan. Apa yang ada pada harapan? Adakah akan terlaksana sebuah harapan, atau pudarnya ia bak mentari pergi dibalik awan?

Harini macam biasa isnin aku usrah. Disebut tentang kematian. Bila seseorang yang dah mati, saat dimandikan, dikafanka, dikebumikan. Tiada harapan untuk si mati. Tiada lagi. Semua amal yang dilakukan semasa hidupnya, itulah hang dia akan bawa. Tiada harapan lagi untuk dia menambah amal dan bertaubat. 

aku terfikir, kita ada banyak harapan. Kita ada masa yang tak diketahui bila akan berakhir. Kita dapat lihat masa kita sekarang, tapi masa depan belum diketahui. Tapi, adakah kita nampak harapan-harapan yang terbentang luas di depan kita tu? 

kita akan masuk syurga dengan rahmat Allah, walaupun sebanyak mana amal semasa hayat hidup, akhirnya Allah akan hitung keikhlasan, kualiti mengatasi kuantiti. Naqibah aku cakap, nak dapat rahmat Allah kita sendiri pun tak tahu caranya. itu semua rahsia Dia. Jadi bagaimana? 

Caranya, dekat dengan Allah. Contohnya, kalau kita nak tahu sesuatu dari seseorang, kita mesti akan cari orang yang tahu dan faham, akan godek-godek rahsia dengan dia. Akhirnya, ada yang akan bagitahu directly, ada yang bagitahu indirectly. Isunya, kita mesti akan berfikir adakah jawapan itu logic dan betul?

Kita dekat dengan Allah bukan sekadar solat, tapi hati terhubung sampai kita tak tahu nak ungkapkan apa jawapannya yang kita cari selama ni. Begitu jugalah, bila rapat denganNya, kita akan tahu Allah tu bagaimana, sifat2 kekuasaanNya, sampai matlamat kita hanya redhaNya. Itulah jawapannya. 

Lagi satu, pasal rahmat Allah ni, Dia dah bagi kita rahmat Dia sebenarnya. macamana hati kita bila diminta menghargai? Menghargai orang sekeliling, binatang, alam etc. Beramallah dengan penuh rasional dan kasih sayang. Itulah rahmatNya. Dan kita kena bersyukur Allah masih memberi kita perasaan itu.

Allahu. 

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com