Sunday, March 6, 2016

bicara tanpa kata

I don't know to whom i should express this feeling. and I think it might be ok to just write this down here.

kalau dulu masa di UiTM aku akan bagi kata-kata semangat dekat kawan-kawan especially anak-anak usrah, usrahmate yang tengah down ada masalah besar. tapi sekarang, semua tu cukup susah untuk aku lontarkan. sebab mungkin kondisi iman aku dah tak macam dulu, berada dalam compound akhawat di uitm yang saling menguatkan, aku dan akhawat di UiTM memang rapat sangat. sekarang aku sedar, perspektif dan cara pandang aku dah lain, dan aku tak boleh menguatkan orang-orang yang aku sayang macam dulu. allahu rindunyaaa zaman dulu.

sekarang, Allah kembalikan salah seorang akhawat di UiTM untuk berdamping dengan aku di UTM ni. dia sambung belajar disini. banyak juga masa kami habiskan bersama. bergelak ketawa seperti dulu. dulu aku sayang gila kat dia, sampai satu tahap bila dia rombak usrah, dia diletakkan di bawah orang lain, bukan bawah aku dah, aku rasa down sangat, menangis esak-esak weh, sampai merajuk jugak dengan usrahmate aku yang arrange rombakan tu.

hari ni ada masalah dia yang dia cerita kat aku, dia dalam dilema. aku terdiam, seolah-olah tak boleh berbicara lagi, tak boleh digest apa yang perlu dia lakukan. dalam hati aku tertanya-tanya, adakah Allah dah tarik nikmat aku melontarkan kata-kata indah buat orang yang aku sayang keranaNya? Allahu. apa yang Allah cuba ajarkan pada aku ni?

firstly, aku dilontarkan dilema tentang niqab. sebenarnya dari dulu aku takde masalah kalau orang nak pakai niqab tu, tak kira lah perangai dia macammana pun. sebab aku sendiri mencari sebab yang membuat seseorang tu kuat pakai? memang dia akan cop someone yang pakai purdah ni dia baik sangat, tapi kalau dia buat onar aku takde masalah. manusia biasa kan. bila aku duduk johor, bro Jay banyak bagi ayat-ayat sentap muhasabah diri pasal surah alhujurat ayat berapa tak ingat (malas nak grab quran waktu ni) tentang semua manusia di sisi Allah sama, yang membezakan adalah taqwa.  kita boleh ke menilai seseorang tu punya taqwa macammana. apa yang dia buat waktu dia sorang, kat luar dia pakai niqab.

persoalannya, kalau niat nak pakai niqab ada, tapi takut, sebab risau membawa fitnah pada agama bila perwatakan peribadi tak melambangkan pemakaian. jujurnya aku tak kisah someone tu nak pakai niqab atau tidak, sekurang-kurangnya jangan perwatakan dia membawa yang negatif pada orang sekeliling. maksudnya tak kira pakai niqab atau tidak, peribadi akhlak itu yang paling utama. tak nak la sentuh bab keimanan, itu memang dah sure sure jadi benda first kena jaga. perspektif aku dah lain dari dulu, mungkin masa yang mengubah diri menjadi lebih sikit bertoleransi dalam isu agama (actually niqab is not a serious issue for me, take it as benda baik, treat niqabist as normal mankind, thats the point sebenarnya yang aku nak cakap).

entahlah. aku dah tak reti bagi nasihat. dulu selalu sharing-sharing dengan akhawat sampai boleh menitis air mata. sekarang, aku terdiam bicara tanpa kata biarkan seseorang yang pernah aku selalu tenangkan dia dulu terpinga-pinga. aku tak berani meluahkan, takut dia kecewa dengan aku sendiri. tapi kalau kita terlalu memikirkan soal kalau pakai niqab tak selari dengan akhlak, jadi di mana masanya untuk membina keimanan dan taqwa, itulah yang paling Allah nilaikan.

moga dia tenang menghadapi persoalan ini. mungkin ujian ini cukup berat untuk dia. aku diam tak bersuara, hanya mampu mendengar dia bercerita, menyentuh bahunya dengan lembut, melihatnya dengan redupan kasih sayang aku, bukan beerti aku tak mahu 'nasihat' dia lagi. tapi doaku moga dia diberikan yang terbaik untuk dirinya.

aku? hanya begini. walaupun dulu aku lain, sekarang aku lain. dulu aku banyak celoteh orangnya, sekarang mungkin Allah nak bina kematangan diri aku dengan exposure of new things yang memerlukan aku diam dan ponder all the way. kehidupan akan terus berjalan, memaknai tiap moment yang berlalu dengan yakin dengan Allah, tiap yang berlaku perlu sabar, yang akan berlaku, perbaiki dengan muhasabah diri.







0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com