Monday, February 8, 2016

Meski kurapuh

Bila fikir balik, ada perkara dalam hidup ni yang perlu kita tunggu. Tunggu lama ataupun sekejap. Kepedihannya Allah yang tahu. Ada benda yang perlu kita terima je apa yang terjadi. Benda yang tak boleh diubah. Tapi ubah yang di dalam, iaitu hati..

Kalau ditenung semula kehidupan ni, banyak benda yang menyedihkan sebenarnya. Boleh je tersungkur tak bangkit dah. Tak terima kenyataan dan persoalkan kenapa jadi macam tu. Tapi sejak kebelakangan ni dalam kepala aku asyik terlintas pasal syukur. Dalam usrah, bila ada yang mengadu pasal masalah, mesti naqibah aku jawab bersyukur, bersyukur dan bersyukur.

Aku rasa tu jawapan cliche, tapi bila kena kat batang hidung sendiri, barulah nak seru syukur tu. Bila difikirkan dalam sikit, kalau ada pun masalah yang Allah nak uji, sebenarnya sikit je. Tapi nikmat yang kita kecapi selama hidup masih tertinggal banyak. Kita masih mampu makan, pakai, cakap, berjalan etc. Awak tak bagi pun ujian yang paling berat dalam dunia ni. Allah tak hilangkan semua nikmat pun dari kita. Tapi kenapa lupa untuk syukur?

''Apa yang kita paling patut bersyukur sekali?''
'' Nikmat merasa bersyukur itu sendiri.''

Menerima hakikat kehidupan ini penuh onam duri, kalaulah ada jalan mudah, pastinya kita ambil yang mudah, bukan? Mungkin tiada peluang pun berjuang untuk masuk syurga tu.

Sekarang ni, yang paling memotivasikan aku,

Sediakan hati untuk redha. Mungkin sekarang kita merancang, tapi akhirnya Allah lebih tahu. Redha tu dalam urusan Allah, kita hanya berusaha. semua orang berusaha, tapi yang paling menang adalah yang bertahan sampai ke titisan darah terakhir.

Tak dapat ubah keadaan, ubahlah hati.

"Keperitan hari ini sementara, kemegahan masa depan itu lebih bermakna,"

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com