Tuesday, February 23, 2016

Bangkit Berani Bebal ?

Aku bukanlah detective conan mahupun inspektor gejet. not wish to be benda tu pun. selalunya orang akan menyiasat kalau ada persoalan yang menghantui dia.

Persoalan aku sekarang mungkin terjawab mungkin tidak. sudahlah, sudah diputuskan untuk tidak teruskan ke arah yang lebih baik, so tak perlu aku fikir lagi. kalau aku find out sesuatu yang confusing aku pun, tak ada daya lagi untuk aku persoalkan. Muhasabah diri banyak banyak wani.

masalah yang dia ada mungkin menyusahkan dia untuk terus membina hubungan persefahaman bersama (dengan aku), tapi kalau dengan orang lain boleh pula kan? aku je tak boleh, aku dah terbayang aku ni virus, microbe, zombi, raksasa yang musnahkan newyork city tu, watanabe dalam unbroken sikit punya kejam. Semua characters ni memang buat orang jauhkan diri pun. Takpelah mungkin aku bukan lagi orang yang selesa & senang bagi dia. Ok ok ok tsk tsk sedih ni hei

Itulah persoalan aku. mungkin aku penyebab dia rasa terganggu. Mungkinkah semua kerana aku? Kihkihkih karat betul jiwang aku wani

Ah persetankan persoalan itu. Kan dah cakap takde daya kuasa lagi nak persoalankan ngehngeh. Biarkanlah biarkanlah. Dah besar pakat semua, pandai pandai fikir lah. Memang nak suruh ke orang faham hati hang. Kalau matang, handle it with manner, beritahu jelas jelas. Barulah takda yang bersangka. Manusia kan, tak lepas dari godaan. Oh awak expect budak usrah macam saya perfect ke, kebal syaitan ya? Bangga jadj budak usrah kalau macamtu.

Moga yang baik baik saja dalam hati dan fikiran kita. Cukuplah dengan negativity yang berlaku kat sekeliling kita, jangan ditambah dengan kekusutan yang kita cipta.

Just to say I am unbroken. Gua bangkit berani bebal (erk?) 3B. Bukan 3D ya!

Monday, February 8, 2016

Meski kurapuh

Bila fikir balik, ada perkara dalam hidup ni yang perlu kita tunggu. Tunggu lama ataupun sekejap. Kepedihannya Allah yang tahu. Ada benda yang perlu kita terima je apa yang terjadi. Benda yang tak boleh diubah. Tapi ubah yang di dalam, iaitu hati..

Kalau ditenung semula kehidupan ni, banyak benda yang menyedihkan sebenarnya. Boleh je tersungkur tak bangkit dah. Tak terima kenyataan dan persoalkan kenapa jadi macam tu. Tapi sejak kebelakangan ni dalam kepala aku asyik terlintas pasal syukur. Dalam usrah, bila ada yang mengadu pasal masalah, mesti naqibah aku jawab bersyukur, bersyukur dan bersyukur.

Aku rasa tu jawapan cliche, tapi bila kena kat batang hidung sendiri, barulah nak seru syukur tu. Bila difikirkan dalam sikit, kalau ada pun masalah yang Allah nak uji, sebenarnya sikit je. Tapi nikmat yang kita kecapi selama hidup masih tertinggal banyak. Kita masih mampu makan, pakai, cakap, berjalan etc. Awak tak bagi pun ujian yang paling berat dalam dunia ni. Allah tak hilangkan semua nikmat pun dari kita. Tapi kenapa lupa untuk syukur?

''Apa yang kita paling patut bersyukur sekali?''
'' Nikmat merasa bersyukur itu sendiri.''

Menerima hakikat kehidupan ini penuh onam duri, kalaulah ada jalan mudah, pastinya kita ambil yang mudah, bukan? Mungkin tiada peluang pun berjuang untuk masuk syurga tu.

Sekarang ni, yang paling memotivasikan aku,

Sediakan hati untuk redha. Mungkin sekarang kita merancang, tapi akhirnya Allah lebih tahu. Redha tu dalam urusan Allah, kita hanya berusaha. semua orang berusaha, tapi yang paling menang adalah yang bertahan sampai ke titisan darah terakhir.

Tak dapat ubah keadaan, ubahlah hati.

"Keperitan hari ini sementara, kemegahan masa depan itu lebih bermakna,"

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com