Wednesday, December 30, 2015

Dimana ketenangan itu

Allahu..

Apa yang menghalang hatiku dari mencintaiMu, apa yang menutup jiwaku dari mengimaniMu, apa yang mengaburi pandanganku dari melihat kebesaranMu, apa yang meleraikan aku dari kasihMu, apa ya Allah apa?? 

Hatiku tidak tenang mengenangkan dosa-dosa yang aku sengaja terjah kedalamnya. Jiwaku menangis menahan air mata tanpa suara. Aku ingin menjerit, melaungkan bahawa aku mahu menaatiMu, aku takut denganMu. Di mana diri aku sebenar??

Mengapa perlu kupautkan batinku pada nafsu maksiat? Allahu, tak kuat rasanya.
Beri aku hidayahMu,  jadikan aku hambaMu yang soleh. Bukanlah pernah dahulu kau bermati-matian menentang jahiliyyah itu? Tak bersyukurkah kau dengan dirimu yang kini? Tak sedarkah kau nikmat hidayah terbesar itu sudah kau dapati tidak lama dahulu??

Allahu...ampuni aku. Berikan aku ketenangan jiwa..untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dan Kau redha denganku. 

😭😭😭😔😔😔😢😢😥😥😥

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com