Sunday, June 21, 2015

#Partoflife 2

kita mungkin nampak berbeza zahirnya

hakikatnya hati lah yang membezakan

hati yang bagaimana?

hati yang menyerahkan segala urusan kehidupan bulat-bulat pada Sang Pencipta

selalu isu ini menegurku tatkala dirudum perasaan marah pada seseorang

akhirnya yang aku akui dia, mereka dan aku adalah sama

taqwa itulah yang membuatkan seorang hamba peroleh darjat di sisiNya

lalu bagaimana taqwa aku?

aku belum cukup berlapang dada pada manusia

belum cukup boleh memaafkan

belum cukup menahan amarahku

kelembutan dalam ketegasan?

lagilah aku tidak mampu

aku belum cukup tegas menyuarakan kebenaran

belum

maafkan aku wahai Tuhan dosaku menggunung tinggi

lantas pecutan terakhir ke syurgaMu belum mampu kupenuhi momentumnya

aku masih bermain-main di pesisiran dunia

tanpa menyedari dunia ini hanya lebih kurang dari setitis luasnya lautan

dugaan yang menyinggah hanyalah keperitan biasa

yang dikocak dengan amarah, rungutan tanpa kesyukuran

tiada refleksi ibrah kugarapi

ampuni aku Tuhan

aku menzalimi diriku

12.03 p.m / Skudai

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com