Sunday, June 7, 2015

jangan stress

Bismillah...

waktu ini dah masuk 7 bulan bekerja di IBD sebagai Research Assistant dan dalam masa sama bergelar student master by research with the same supervisor. di punya feeling tu hanya Allah je yang tahu. aku perlu keluar dari pukul 8 (kadang rebel keluar pukul 9) habis pukul 5 yes office hour. tapi memang tak balik tepat pukul 5, paling lambat pukul 6.30. sedih kan.

yang susahnya sekarang ni adalah master. its kind of being forced to pursue master, besides working because 1 research grant is available for both and aku pun terpengaruh untuk sambung benda yang aku takda basic pun. dia punya susah tu macam nak terjun gunung everest je tau tak. selain itu, benda paling penting yang buat aku stress adalah, supervisor. dia chinese (ah tak kiralah cina ke melayu india ke) dia bengis sangat. kadang menyampah juga bila kena marah selalu n kena perli kaw punya. walaupun tu salah aku, tapi aku perlu masa untuk belajar those thingy sebelum run experiment kan. aku baru sem 1, tapi result dia nak dalam masa yang sangat cepat (kalau boleh nak buat jahat rasa nak lari je tinggalkan semua) tapi this is part of life kan.

cita cita aku nak ambil master in food security musnah (haha) at last end up dengan sambung benda bioproses chemical engineering ni. huwa! takpelah teruskan jelah. banyak kata-kata semangat dari kawan-kawan, usrahmate, naqibah yang buat aku kuat sikit. walaupun memang tak boleh nak pergi pun, tapi buat buat kuat je. ditambahnya ada masalah lain yang mengganggu konsentrasi belajar, tapi alhamdulillah pesanan penaja dari makcik nailah menguatkan aku,


''Ada manusia dalam dunia ni kalau dia tengok kita lemah, dia akan provoke kita dengan soalan atau kemarahan dia untuk buat kita stress. Ada juga manusia yang tak peduli pun tentang priority kita dan mementingkan keselesaan diri sendiri. Ni antara sifat manusia yang memalukan dirinya sendiri. Jadi kita kenapa perlu masuk perangkap mereka? kenapa kita perlu STRESS dengan tekanan dari mereka? kalau kita stress dan terus memikirkan tentang apa yang mereka buat, kerja kita tak kan jalan dan kita akan terus stagnant di level yang sama. jadi just have faith in Allah yang Dia akan bagi kekuatan, sebab hidup ni tak ada yang sempurna, ada pasang surutnya. kadang yang kita rancang tu come out dengan benda yang kita tak expect pun. itulah kehidupan."


tengoklah punya panjang makcik nasihat aku. alhamdulillah masih berada dalam linkungan usrah dimana tarbiyah sering mengingatkan aku pada hakikat kehidupan. tak dapat bayangkan kalau diri ni terlepas dari ikatan ini, mungkin aku akan mudah marah n cepat mengamuk. takdir Allah itulah yang terbaik, kita terima atau tidak itulah yang menentukan siapa kita. kata-kata kita, pendirian kita dan lifestyle kita itulah indikator dan refleksi keimanan kita pada ketentuan Allah.

huu macam nilah aku, dah banyak kali jatuh lemah, tapi terus buat-buat kuatkan semangat sendiri. kalau tak macam ni, mungkin aku akan terus quit n cari kerja lain je. its kinda sucks and pissed me off. 

K.

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com