Wednesday, February 25, 2015

return

a bit stress and frustrating now. problems have flocking around. or so-called 'ujian'.

masalah yang paling aku benci adalah, masalah emosi. yang melibatkan perasaan, bilamana kita tersinggung hati and terpaksa menahan dan pendam perasaan. fasa memendam perasaan ni aku sangat lemah sebenarnya. sebab macam-macam rasa boleh timbul sampai satu tahap boleh membenci. astaghfirullah

aku tak tahu macam mana aku nak cope ujian ni lagi. benda ni pernah berlaku, and sebelum ni aku berusaha juga overcome and ia datang lagi. ingat tak penat ke nak tanggung emosi yang buat kepala otak sakit gila. ditambah pula dengan bebanan kerja yang continuously kena holding up. satu lagi benda datang, satu lagi benda pulak datang.

tadi masa on the way pergi kerja, mengenang nasib diri (cewah) yang kenapa la lemah sangat sekarang. then, teringat, dulu aku pernah cakap kat diri sendiri yang apa-apa yang terjadi pun, susah mahupun senang, terutamanya susah lah macam situasi sekarang ni, kembalikan kesusahan tu pada Allah. Dia lebih tahu.

selama ni aku seolah-olah nak lari and buat emosi aku sendiri. dalam doa pun tak pernah nak minta dipermudahkan masalah ni. why do it happen? kenapa aku sombong sangat? kenapa aku bongkak macam merak yang kononnya bagus and berlagak kuat? and sebenarnya merak punya kepak yang warna warni tu boleh tercabut jugak kan.

so, just return everything that has happened to Allah. He knows what to do. He will guide, kena yakin tu.

hidup ni tujuannya hanyalah untuk meraih redha Allah sahaja. tiap yang berlaku kalau kita tak cari Tuan empunya kehidupan, bagaimana nak dapat restu untuk terus hidup dengan tenang dan damai?



0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com