Sunday, February 15, 2015

bangkit, bukan terus gagal

aura-aura kestressan master makin dirasai bila tanya orang sekeliling pasal apa yang patut aku buat untuk projek yang aku tak berapa nak faham ni. banyakkk sangat yang aku masih blur and tak tahu pun mana perlu mula.  

aku pernah bagi alasan pada Dr Lee yang aku takde masa nak buat and tengok projek aku sendiri, sebab sibuk dengan projek durian Dr Lee. entahlah, memang rasa berdosa jugak bagi alasan macam tu. tapi seriously tak ada cukup masa nak go through thoroughly pun, sebab penat sangat buat projek durian tu. 
 
Allah...

aku sendiri tak tahu perlu ke aku proceed master ni. aku sangat penat and tipulah kalau kata aku tak kisah sangat projek master aku tu lambat mula, sebenarnya ada rasa risau tu. sekarang tengah cuba ikhtiar cari masa and solution nak fahamkan projek tu.

semalam kak lin, usrahmate baru aku kat johor ni, datang bermuayaisyah kononnya, dia baru habis master and area research dia lebih kurang aku punya. bila aku tunjuk proposal aku, dia rungkaikan apa yang aku kurang and perlukan lebih banyak justifikasi dari Dr Lee. yes, memang aku sendiri masih tak jelas, nak tanya Dr Lee pun aku tak tahu nak mencelah kat masa mana.

tak tahu lah. makin stress dibuatnya. orang kata, this is a nature of master by research. ada satu peak time yang sangat intense berpanjangan. and sekarang, aku soal hati aku balik, serius ke aku sambung master ni? perlu ke aku sambung? 

aku tak tahu memang Allah tetapkan aku di sini ke atau aku yang memilih? 

bangkit
sebenarnya jawapan dia adalah, bersyukur. kehidupan adalah nikmat, tanpa kehidupan,tiadalah kesempatan kita untuk beramal ke syurgaNya. cara kehidupan kita adalah manifestasi kepada tahap kesyukuran kita. kalau kita merungut and terus memilih untuk gagal, agak-agaknya bagaimana syukur kita? kita dah mensia-siakan kehidupan. biarkan apa yang kita buat sekarang adalah dalam kategori kebaikan (inshaAllah), tapi bagaimana kebaikan itu menunjukkan kesyukuran kita pada pemberianNya. ya, semua ni adalah pemberian Dia. bahkan, aku berada di kelompok master student ni, adalah pemberianNya. walaupun aku memilih, tapi ilham itu dari siapa? Allah. haruslah positif, kerja susah, research tak faham. tapi kenapa kita tak berusaha memahaminya and cari solution?

this is random. aku tak nak bila penat and stress macamni, benda negatif yang terlintas. biarlah kita terus memelihara iman kita pada Allah. biarlah susah berusaha dan bekerja, asalkan terus berbaik sangka dengan Allah. sebab sistem kehidupan kita ni Allah dah tetapkan untuk kita berusaha, selebihnya yakin Dia akan bagi natijahnya. 

'Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu terlebih
dahulu mengubah apa yang ada pada diri mereka.' (Ar-Ra d ayat 11)

sebenarnya penat and susah macam mana pun, siapa kita nak berputus asa? kita putus asa and down tu actually bukan pada kerja-kerja kita, bukan pada kehidupan, sebab akhirnya kita akan teruskan juga kehidupan ni. tapi sebenarnya, kita berputus asa pada rahmat Allah. yang memberikan kehidupan and rezeki. kita tak yakin Dia boleh provide kekuatan and semua tu. 

'Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat
Allah melainkan kaum yg ka fir.' (Yusuf ayat 12)

jadi, apa yang dapat selamatkan kita dari tak bersyukur ni? NIAT dan MATLAMAT KERANA ALLAH. itu je, renew lah niat berjuta-juta kali pun. asalkan tak putus asa and tiada istilah give up dengan Allah.

aku mohon, Allah buka jalan permudahkan master and kerja aku. biarpun ada juga masalah lain yang melintang, tapi aku yakin Dia akan kuatkan aku. fighting !

1 comments:

hafizoh hafiz said...

Smoga Allah buka jalan utk wani faham =)

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com