Monday, July 7, 2014

few days to go

Harini dah 7 Julai 2014, maknanya lebih kurang 5 hari lagi akan meninggalkan Perlis dan dunia sebagai pelajar universiti.

Teringat kurang 4 tahun lepas, masa mula mula bertapak ke universiti, universiti pertama adalah UiTM Sarawak, kat sana aku mengenal tujuan hidup di dunia dan peranan diri, mula belajar berdiri atas kaki sendiri dan rempuh segalanya dengan SABAR! 

So tak lama lagi akan menamatkan degree yang hampir 3 tahun kat UiTM Perlis ni, paper ada lagi 2 and tak lupa jugak Final Year Projek kite yang kena paksa untuk dicop dan diendorsekan. Nak cerita bab final projek ni aku tak sanggup, bukan tak best, best kisahnye, tapi MALAS.

Rasa best jugak dapat sambut Ramadhan yang terakhir kalinya kat Perlis, lepasni mungkin aku susah nak datang sini. Banyak suka duka yang ada aku rela nak ingat dan ada yang nak lupakan. tapi most of past things kita akan ingat kalau benda tu selalu kita buat. And yang pasti yang manis-manis tu aku akan kenang sampai bila-bila.

                                                  Mukhaiyam 2013, Kuala Nerang


Moga dipermudahkan perjalanan untuk menamatkan degree ni dan tak sia-siakan peluang untuk beramal di bulan Ramadhan ni. 

Yang manis seharusnya dikenang, yang pahit walaupun ditelan, namun tetap membuahkan kemanisan, iaitu kekuatan dan kesabaran.

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com