Friday, June 27, 2014

Responsibility

Esok first paper final exam untuk semester terakhir.

It's been awaited. Aku rasa preparation aku tak gempak macam kawan kawan lain. Sebab apa, tak tahu. Apapun setiap apa yang perlu dilepasi, harus ada kesungguhan. Di mana kesungguhan itu Allah memandangnya. Allah redha dengannya. Preparation di kala waktu amat dekat dan dalam bulan Ramadhan, juga menguji diri aku. Dalam ketidaksabaran menanti Ramadhan, persediaan final exam perlu juga diambil cakna. Melihat kawan kawan dari uni lain dah habis exam, dah siap final projek, aku di sini masih terkapai kapai menuju garisan penamat dunia. Semacam dalam 'space race'.

Dunia ini sentiasa menuntut masa dan kesungguhan kita, cuma terpulang pada kita untuk menggunakan dunia untuk keperluan akhirat.


Teringat akan kisah Said bin Amir, gabenor Syam pada zaman khalifah Umar al Khatab. Beliau sarat dengan tanggungjawab mentadbir negara yang wilayahnya besar dan seolah olah bandar juga, dengan rakyat yang ramai dan bermacam ragam. Banyak perkara yang perlu beliau fokus dan ambil perhatian. Namun, aku tertarik bagaimana dia menggunakan setiap tanggungjawab yang dia pikul itu untuk bersungguh meraih redha Allah. Sehingga masa cuti beliau hanya sehari dalam sebulan, hari itu saja lah beliau mencuci sehelai pakaian sepanjang sebulan. Lewat ke pejabat kerana menyediakan keperluan untuk keluarga kerana tiada pembantu. Tempat tidur hanyalah beralaskan pasir dan sehelai selimut nipis tak mampu mengatasi kesejukan di malam hari. Tapi apabila diberi wang bantuan oleh Umar al Khatab, beliau menolak kerana ia satu musibah baginya. Beliau memberi wang itu kepada fakir miskin yang ada di Syam.

Lihatlah bagaimana manusia itu sememangnya dipenuhi tanggungjawab untuk dunia. Seperti Iman Hassan al-Bana berkata, tanggungjawab itu lebih banyak dari masa. Said bin Amir adalah contoh sahabat yang bijak memperalatkan dunia, dengan menjadikan tanggungjawab untuk meraih redha Allah. Ya, itulah matlamat sebenar kehidupan. Segala yang ada di tangan kita dan bahu kita, adalah dalam rencana Allah. Tanggungjawab kita pada hari ini adalah ketentuan Allah yang hendak tidak hendak kita perlu hadapi. Namun, Allah ingin menguji kita dengan tanggungjawab dan tugas kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat hatta dengan negara sekalipun. Meskipun semua itu bermatlamatkan dunia. Tanggungjawab kita hari ini adalah refleksi tanggungjawab kita pada Allah.

Semoga hari hari kita sentiasa menyedarkan bahawa setiap yang terjadi adalah dalam izinNya dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya dan daei yang menyebarkan kebaikan kepada manusia lain.

May Allah ease for tomorrow's paper ---> Precision Agriculture

Esok exam pun sempat update blog lagi.

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com