Thursday, April 3, 2014

Perlis Mory huh?


Finally! Bersawang sawang sawang sawang dah blog nih. Rasanya kurang lebih setahun jugak tak update entry. And rasanya semenjak study kat Perlis ni belum pernah satu entry pun aku update. Huh merindukan zaman mula-mula aktif blogging masa tahun 2010 dulu dan saling bertukar kenalan dengan blogger yang lain and aku sebenarnya tak kenal pun diorang apatah lagi sekarang kan. 

                                  Gambar takde kaitan okay.

Anyway, memandangkan dari awal hingga sekarang ni dah nak habis study dah pun kat bumi Perlis ni, its nice to story mory sikit tentang kehidupan kat sini. Hampir 3 tahun kat sini, macam-macam juga aku belajar dalam proses mematangkan diri. Yelah dulu masa diploma kat Sarawak mananya matang sangat pun. Cuma izinkanlah aku compare antara Perlis dan Sarawak, aku suka Sarawak lagi. Dari segi orang-orangnya terutamanya. Sumpah lain kehidupan aku kat Sarawak and Perlis ni. Perlis ni okay je sebenarnya, aku belajar jadi dewasa. Belajar tak bergantung pada orang dan cuba berdiri atas telapak kaki sendiri dan bawah rangka kepala otak kendiri. Eh

Sebabnya kita bukan setakat belajar kat sini, kita duduk tinggal kat sini jalankan kehidupan macam kat rumah kita. Faham ke? Haha. So tipulah kalau kehidupan kat tempat belajar tu tak memberi impak apa-apa kan. 

Perlis ni tempatnya agak kampungan sikit and ramai orang utagha noh. Tapi benda tu tak bagi masalah besar kat aku. Nak ceritanya pasal pengalaman bergaul dengan pelajar kat UiTM Perlis, terutama rakan sekelas. Hambek kau specifik terus aku kasik. Bila makin lama bersama menadah menelaah menyusuri (amboi) ilmu di dalam kelas yang sama, aku macam rasa ada taraf yang direka-reka dari segi level pencapaian. Bukan semua lah yang mewujudkan taraf tu, tapi minority. Memilih-milih untuk menyapa dan bergaul hanya dengan yang pandai-pandai aje. 

Benda tu small matter (yes, aku tahu) tapi dalam ni hanya nak menceritakan tentang pattern rakan sekelas aku. Terkesima juga (terkilan sebenarnya) dengan situasi sebegini, pada aku orang sebegini susah nak kahwin, kerjanya memilih yang terlajak bijak aje doh. Kahkahkah. Di Sarawak dulu tak ada pula aku rasa situasi macam ni wujud dan kami saling bergumbira dan bersepakat membawa berkat, tak memilih pula dari segi kepandaian tu. Harmoni bukan? Tapi sokayyy lah bumi Allah tu luas, dan banyak variasi yang diciptakanNya. Harusssslahh berlainan keadaan dan ujiannya.

Okay aku tahu small matter. Tapi aku nak cerita jugak peduli hapa kan. Kadang-kadang small matter tu lah kita terlepas pandang. Aku take this into account for my life experience supaya aku tak jadi macam sekutu itu. Hah? 

Rasanya cukup setakat tu. Tak boleh berhenti pula kan. Something more interesting yang berkaitan dengan hidup dan mati akan menyusul inshaAllah. Doakan aku istiqamah update blog.

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com