Thursday, June 12, 2014

Loading

load ===============================RAMADHAN!

Termasuk harini lagi 16 hari Ramadhan akan tiba. sekejap masa berlalu kan. aku rasa baru je puasa and raya tahun lepas. hari ni nifsu syaaban, bermaksud kita makin hampir lah dengan ramadhan kan. aku tak sedar pun hari ni nifsu syaaban, buka FB ramai post, baru lah terjaga dari lena.

Bulan syaaban ni, ada hadis untuk banyakkan berpuasa.

                                                  Aummm sodap ni. Gambar takde kaitan.

Dari Usamah bin Zaid ra, 'saya bertanya kepada Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat Rasulullah berpuasa pada bulan lain, sebanyak Rasulullah berpuasa pada bulan syaaban?' Jawab Rasulullah saw, 'itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan yang diangkat amalan kepada Allah, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.' (hadis hasan, sunan sughra, kitab puasa)

Yang aku baca, sebenarnya kalau ikut hadis sahih, amalan kita diangkat setiap hari iaitu pagi dan petang. ada juga ulamak yang sepakat kata setiap isnin dan khamis.

And kita dah berada di bulan syaaban dah pun. kita tahu hadis mengenai kelebihan berpuasa dalam bulan tu. jadi apa salahnya cuba berpuasa sekurang-kurangnya isnin dan khamis. ia juga boleh jadi satu praktis sebelum sampainya Ramadhan yang nak datang dekat je lagi.

Yang Rasulullah kata bulan syaaban ni ramai manusia lalai, ya memang kita ni sentiasa lalai dengan dunia. ada je kerja dan urusan yang kena fokus kepala tegak. bukannya bulan syaaban je lalai, bulan sebelum belum tu pun lalai ya amat. tak salah pun kerja dan urusan dunia tu selagi ia bermanfaat, tapi nak highlight kat sini kenapa Rasulullah recommend kita untuk berpuasa, walaupun belum lagi bulan ramadhan ni kak.

Pernah tak bila berpuasa, kita rasa hati lembut je, kalau nak marah pun habis control je. kadang-kadang tak sedar pun diri tengah berpuasa, tup tup hati lembut baii. Ya, itu jawapannya. maksud puasa tu sendiri adalah menahan diri dari melakukan perkara yang diingini oleh nafsu dan keinginan. walaupun penat, tapi sebenarnya puasa adalah rehat. rehat dari syahwat dan maksiat. if you know what I mean.

Puasa adalah satu penyucian dan peningkatan untuk mendidik hati melawan hawa nafsu (kopek sikit dari Majalah JOM). puasa ni sebenarnya rehat tau, rehat kerana Allah. ingat tu. sebab Allah kata "Amalan anak adam itu untuknya, kecuali puasa. sesungguhnya puasa itu untukKu dan Aku akan memberikan ganjarannya." (HR Bukhari)

Hah nampak tu? Kita puasa sebab Dia, Dia offer ganjaran. dah kalau Allah nak offer, ofkos sangat osem ganjaranNya dari biasa kan. Penatnya puasa kita sendiri je dapat rasa manisnya. sebab rahsianya kita dengan Allah je.

Ok back to puasa time bulan syaaban. So, digalakkan puasa time syaaban ni, nanti kalau kena puasa time ramadhan, takdelah kecut muka tu kelaparan kan. sekurang-kurangnya kita masuk ke wilayah ramadha dalam keadaan kita sudah bersedia. tak gitu? eheh.

Jadinya, selamat lah berpuasa ya kawan-kawan.


*Oh esok test. Lek lek sikit je lagi nak habis

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com