Saturday, June 14, 2014

Happy What?



                                                      Arau, Perlis, 2013

Dalam kesedihan dan ke’down’ an sekarang, aku serahkan pada Allah segala benda pun. Saat kawan-kawan cakap aku ni great actress, berlagak baik dan tak ikhlas pun, aku cuba untuk kuat. Tangisan yang tiba-tiba turun tanpa dikesan mengajar aku kekuatan dan kasih sayang Allah ada di mana-mana. Ya menangis itu juga satu kasih sayangnya. 

Walaupun tak diberi peluang untuk berkata-kata, aku memilih untuk sendiri, biarpun kata orang yang berkumpulan itu lebih besar kekuatannya untuk menyerang. Biarlah. Biarlah. Biarlah. Kan gua dah cakap gua havoc. Eh. Kan aku dah cakap masa boleh merawat duka dan lara.

Baru lepas 30 minit aku menulis di sini, ayah aku call bertanya khabar. Dan di akhir talian dia menyusulkan nada semacam serius. Aku buat cool je. Dia menyatakan sesuatu yang aku tak sangka. Tidak semena-mena, aku menangis. Menangis teresak-esak nafas punya. Harapnya ia akan dipermudahkan. 

Pasti ada pelangi buatmu wani.

*Berlari keliling padang mengejar arnab gemok phewwww watchaaaaa! 

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com