Wednesday, May 25, 2011

Tak Mampu Berdiri Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim..

Kita baca Alquran bukan? bagaimana kita membaca Alquran? menghayatinya atau sekadar baca saja? baca Alquran itu sudah bagus. teruskan. nanti apabila sudah lebih kuat, bergeraklah meningkatkan diri dengan cuba memahaminya. banyak kelebihannya. kerana siapa yang mendalami Alquran, maka akan terbukalah kesedaran untuk dirinya.

'Dan cukuplah Allah sebagai wakil...'(An-Nisa:81)

'Wahai orang yang beriman, cukuplah bagi kamu Allah, dan orang mukmin yang mengikuti kamu.'(Al-Anfal:64)

'Sekiranya kamu sudah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.'(Ali-Imran:159)

Rentetan ayat ini membuat kita berfikir sekitar limitasi seorang manusia.
Kita semua faham bahawa berdikari atau berdiri di atas kaki sendiri ialah satu ciri untuk melahirkan manusia yang hebat, bagus dan meyakinkan. majoriti manusia di atas muka bumi ini akan diajar untuk berdikari, menguruskan diri mereka sendiri tanpa bantuan orang lain bagi mempersiapkan diri mereka untuk survival pada masa akan datang. manusia tidak akan mampu selama-lamanya menyandarkan masalahnya pada orang lain., atau selama-lamanya mengharapkan ada orang membantunya. dia perlu berdikari untuk meningkatkan dirinya, untuk meneruskan kehidupannya.. sesungguhnya dia sendirilah yang mencorakkan kehidupannya. andai kata dia tidak pandai berdikari, dia seakan-akan melukis kehidupannya dengan berus yang patah.

Namun meneliti ayat-ayat tadi, saya mula sedar bahawa sehebat mana manusia itu, sebaik mana pun dia mampu berdikari, maka sesungguhnya dia tidak mampu melepaskan pergantungannya kepada Allah SWT. sebenarnya manusia tidak berdiri dia atas kaki sendiri, sesungguhnya sifat itu hanyalah sifat untuk Allah SWT. Allah SWT  berfirman yang bermaksud,

'Sesungguhnya Kami tidak meminta rezeki darimu, bahkan Kamilah yang memberikan rezeki.'(Taha:132)

Hal ini menunjukkan, usaha manusia yang kita lihat sebagai berdikari tu, nak atau tidak,memerlukan juga Allah SWT. kadangkala rasa bongkak dan takbur akan menyusup ke dalam jiwa, apabila kita berjaya mencapai sesuatu dengan usaha kita sendiri. namun kita tidak sedar betapa kejayaan kita itu, setiap langkah kita untuk mencapai kejayaan itu diiringi dengan bantuan Allah SWT.

'Ingatilah Aku, maka Aku akan mengingati kamu, bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu kufur (terhadapKu).'(Al-Baqarah:152)

Sebab itulah kita perlu sedar bahawa kita sebenarnya hanyalah manusia yang kerdil. setiap usaha yang kita rasakan kita usahakan sendiri, pelajaran kita cemerlang hasil belajar sehingga lewat malam, dapat menang dalam pertandingan lepas berlatih dengan gila-gila, semuanya itu adalah diiringi bantuan Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Menguasai Segala-galanya. kita diberikan peluang dan pilihan untuk berusaha, dan Allah akan memberi natijahnya.

'Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah terlebih dahulu apa yang ada dalam diri mereka.'(Al-A'rad:11)



Apabila kita mula sedar akan hal ini, akan mencurah-curahlah rahmat Allah SWT kepada kita. jika hakikat ini kita hayati betul2, maka kita akan merasa lebih rendah diri kepada Allah SWT. apabila kefahaman ini menyusup ke dalam jiwa kita, maka akan berbuah lah syukur di dalam jiwa kita. jika semua ini kita lalui dan telan dengan baik, maka kehidupan kita akan bertambah berkat dan lapang seperti firman Allah SWT.

'Sesiapa daripada kalangan kamu yang bersyukur, maka akan Aku tambahkan untuk kamu (nikmat kamu), namun sesiapa daripada kalangan kamu yang kufur (tidak bersyukur) maka sesungguhnya azabKu amatlah pedih.'(Ibrahim:7)

Oleh itu, kita perlu meneliti kembali usaha-usaha kita. selama kita berdikari sendiri tanpa bantuan orang lain, apakah kita kaitkan segala kejayaan kita kepada Allah? atau kita sekadar melupakan saja bantuan-bantuan dan nikmat-nikmat yang Allah SWT berikan pada kita?

Ada saja yang lupa kepada Allah. dia merasakan segala kejayaannya di dunia ini adalah atas usahanya semata-mata. namun setelah kita lihat perkara yang sebenar, kita akan tersenyum sendiri.

Berdiri di atas kaki sendiri? Kita akan geleng kepala.

Kita hakikatnya bergantung kepada Allah. dan Allah itulah yang memberikan kita segala perkara. kita hanya berusaha dan natijahnya itu adalah milik Allah saja.

Sesungguhnya mereka yang sentiasa berhubung dengan Allah ialah mereka yang tahu akan asal-usul, serta tempat mereka ingin kembali.

Marilah kita duduk sebentar & mengkoreksi diri.

3 comments:

Addien said...

Alhamdulillah, bagus sudah ada kesedaran sebegini, teruskan dan moga thabat, ikhlas dari WADi


Mana lebih susah? Jadi Lelaki @ Perempuan?

Addin said...

usaha, doa & tawakal . itu yang terbaik :)

Addien said...

InsyaAllah, mudah-mudahan =)

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com