Monday, October 18, 2010

Bidadari Syurga

Dambaan Sang Lelaki Mencari Wanita Idamannya...


Dari kegelapan ku temu petunjuk
Dari kesamaran ku temu kejelasan
Dari keburukan ku temu kebaikan

Sungguh diri ini berlumur dosa
Dosaku menggunung tinggi ya Tuhan
Kehidupanku dahulu penuh kejahilan
Namun dengan rahmatMU
Sedikit demi sedikit cahaya menyinari
Hatiku yang buta dan menolak kebenaran

Tuhan umurku kian dewasa
Diri ini perlukan pendamping
Diri ini perlukan teman
Tidak mampu rasanya ku hadapi jalan ini
Keseorangan dan bersendirian

Tuhan
Kau tahu diri ini selalu
Diuji dengan godaan wanita
Kekadang mampuku gagahi
Kekadang ku tewas
Sungguh lemah hambamu ini


Sungguh Tuhan
Pertolonganmu amat ku perlukan
Kurniakanku pendamping yang setia
Kurniakanku penyejuk mata
Kurniakanku wanita solehah
Kurniakanku teman sejati
Teman yang akan menemani bahtera hidup ini
Teman yang akan ku bawa belayar bahtera ini hingga ke penghujungnya
Bahtera perjuangan menegakkan kalimah tauhid
Bahtera perjuangan dakwah dan tarbiah

Sungguh ku tahu ya Tuhan
Wanita solehah itu
Adalah sebaik-baik perhiasan
Wanita solehah itu
Menjadi idaman setiap lelaki
Yang mendambakan cintaMU
Wanita solehah itu
Pembakar semangat seorang pejuang
Wanita solehah itu
Penguat dikala diri ini lemah
Wanita solehah itu
Menutupi segala keaiban dan kelemahan diriku
Wanita solehah itu
Pelengkap hidup keluargaku
Yang bakal mendidik putera puteriku
Mengenal penciptaNya
Mengenal erti hidup sebagai khalifah dan abid
Mengenal kepentingan tarbiah dan dakwah dalam hidup
Mengenal erti perjuangan
Yang bakal mewarisi perjuangan para anbiya’
Menegakkan dan memastikan
Kalimah tauhid tertegak di muka bumi Allah ini

Wahai permata hidupku
Penyeri kebahagiaan
Namamu akan menjadi ingatan dalam hidupku
Agar ia biasa menjadi kenyataan
Agar Tuhan berikan dikau
Sebagai kurniaan teragung
Menghiasi sekelumit ruang dalam hatiku…

~~Moga dirinya peroleh si gerangan yg diidamkan..ameen
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com