Friday, May 14, 2010

Rezeki Bubur Jagung Petang


 =) Alhamdulillah! Bubur jagung+ sagu ! Simple mimple..no kompromy. Sesuai dimasak semasa tangan tengah berat macam tukul besi. Kalau masak, tangan terus jadi ringan nak mengetuk kuali. Masak saje!ops, ni nenek saya yang masak. kekeke

 Bahan-bahan

  • 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
  • 3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lepbih perang
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  6. Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa (tp bubuh je la..sagu tu comel)
 
Selamat Mencuba !

3 comments:

Fifi Rahmat said...

wah, bubur jagung neh manis x? sedap je nmpak. tp i neh x mkn benda yg manis2

jedalerihati said...
This comment has been removed by the author.
Miss Cheah said...

Thanks for sharing the recipe.

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com